Tuesday, March 02, 2010

Dugaan Demi Dugaan...

Rasanya tak sampai pun sebulan lepas tragedi rumahku dimasuk pencuri. Habis porchbag hubby dirembatnya. Satu haram tak tinggal. Muncung tali porchbag pun tak nampak. Terkedek mamat tu pi buat report polis, buat IC baru. Block semua ATM dan kredit kad. Banyak dokumen penting hilang termasuk la bateri kamera Nikon DSLR pun ada dalam tu. Selamat~! (Selamat dikebas).

Jumaat malam balik ke rumah kami setelah 3 hari di rumah mak. Satu lagi tragedi bila seekor ular kapak ditemui betul2 depan pintu masuk bilik air. Cukup garang. Berapa kali dia melompat dan menggoyang2kan ekornya memberi amaran. Ketika hubby keluar rumah memanggil jiran depan, aku berseorang bersama ular kapak di bahagian dapur dan aku melihat ular itu berdiri setinggi kerusi yang ku panjat dengan hanya hujung ekor. Aku mengagumi seni akrobatiknya sehinggalah aku diberitahu itu merupakan mukadimah ular kapak sebelum melompat dan mematuk. Kesan patukannya, mangsa diberi peluang bernafas sekadar setengah jam sahaja. Akhirnya hubby kembali bersama jiran dan sebatang rotan. Jiran depan turut membantu menahan badan ular dengan penyodok. Berbekalkan batang rotan, kepala ular kapak diketuk hubby berkali2 sehingga mati. Trauma seketika kerana pada awalnya aku menyangka ianya ular sawa dan aku hampir ingin menyentuhnya.

Pagi tadi dikejutkan lagi dengan jeritan hubby, "rumah kita dimasuki pencuri lagi!!!"... Melompat aku bangun dari katil. Beg tanganku tiada, porchbag dan wallet leather hubby yg masih baru kubelikan pun lesap. Aku terduduk. Teringat beg tangan yang penuh segala macam benda. Nyaris2 aku menangis. Hubby keluar rumah. Ketika itu baru pukul 6.40pagi - masih gelap. Hubby terjumpa beg tanganku yang diletakkan di tepi longkang. Aku menggeledah pantas. Semuanya sudah berterabur. Tapi mujur IC, ATM kad, kredit kad dan diari masih ada. Duit dan kamera olympus ku yang berwarna pink... selamat dikebas. Mujur malam tadi aku mengecas hp di dalam bilik tidur, kalau tak itupun selamat. Hubby... again dia lebih malang... porchbag dan walletnya tak ditemui. Mungkin pencuri berkenan dengan porchbag dan wallet yang kubelikan tu. Jarang pilihanku tidak menepati citarasa lelaki - (masih nak angkat bakul lagi tu).

Dan ketika pulang dari balai polis aku dan hubby tersandar di sofa. Kata2 hubby waktu itu sangat meruntun hati aku. Katanya, "terlalu banyak dugaan bertimpa-timpa. Lepas satu, satu datang. Saya dah tak berdaya.. saya takut saya kalah. Saya manusia biasa, sabar saya ada hadnya. Cukuplah dugaan2 ni.... jangan ada lagi."
Aku diam cuma tapi hati aku juga mengakui hakikat itu. Terlalu banyak pintu rezeki yang dibuka dihadapan kami namun jalan ke sana amatlah sempit.... dan akhirnya pintu itu tertutup sebelum kami mampu sampai. Sudahlah kerap terlepas rezeki, rezeki yang ada dikebas orang pula.......

20 comments:

Azrul Hisham said...

akak, bawak bersabar k....

Mazidul Akmal Sidik said...

Vic, saya juga banyak melalui peristiwa getir sepanjang hidup. Namun selagi yang hilang itu 'barang', InsyaAllah kita akan mampu mendapatkannya kembali.

Dalam banyak kes, mangsa kehilangan barang dan nyawa, itu lebih malang.

Nanti apabila hubby balik kerja, peluk dia.

Cakap ...

"Barang hilang I boleh cari, you tak boleh"

Mesti dapat purse baharu.

He! He! He!

azieazah said...

Muhasabah diri VIC...
Semoga menemui serba sedikit, kenapa dugaan ini datang..
apapun teruslah tabah...

Benar BRO MAZ, selagi bernama “barang” apalah sangat..

Tapi kasih sayang, insan yang kita cinta, kalu ilang? Boleh nanar dibuatnya...

@cu SaYaNg said...

sabar ya VIC...

btw, nnt pegi rawang x?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azrul - terima kasih Azrul.

Bro Mazidul - Betul tu bro. Macam dalam kes ular kapak aritu, syukur bukan nyawa saya yang hilang. Kalau la ditakdirkan ular kapak tu melompat dan patuk, ntah masih ada ke tak saya hari ni.

Erkk... alamat kena belikan purse baru lagi la ye? Hehehe

Kak Azie - tu la. Vic cuba jadikan setiap kejadian itu sebagai pengajaran dan peringatan darinya. Sebab tu nak meraung pun tadi tertahan2... sudahnya tak jadi meraung, menangis pun tidak. Cuma macam terpinga2... tapi alhamdulillah... beg tangan dijumpai kembali beserta dokumen penting. Mungkin pencuri tengok banyak sgt benda yg penting dalam tu... dipulangnya kembali beg tu.

Acu - InsyaAllah Acu. Jumpa di sana ye~!

echah_syed said...

vic...org2 tua berkata kalau ular dah masuk rumah bermakna tuan rumah disuruh pindah rumah.

mungkin betul ataupun kebetulan fakta ni sbb kawan2 combi mmg mengalaminye.

dan sebenarnye combi pun...hiks :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Echah - mak vic pun kata begitu. Tadi ada hint tuan rumah yang mengatakan nak pindah. Tapi tuan rumah janji nak pasang gril di semua tingkap hari ni juga. Tatau la kak echah, rasanya hubby pun dah tawar hati kot nak stay situ. Tengok la mcm mana.

ieja said...

Vic.. bawak bersabar ye.. syukur ko n andy tak diapa-apakan....

barang kita boleh cari, nyawa tiada galang ganti..

iCe said...

vic, setiap apa yang berlaku samada baik atau buruk tu semuanya ada hikmah... kita kena terima dengan redha semua dugaan tu... dakni pon bulan januari lepas diduga dengan macam2 dugaan sampai mengeluh macam andy mengeluh... dakni faham sangat dengan perasaan andy tu...
barang yang hilang tu boleh diganti walaupon tak sama sentimental value dia tapi kalo nyawa yang hilang mana nak cari ganti lagi...
lepas ni vic belikan je handbag untuk andy tu... tak payah pakai pouchbag lagi... muahahahaaaa gurau2 je

Dayung Serian said...

banyakkan bersabar vic & I feel sorry dgn apa yg berlaku.

zeqzeq said...

sabar dalam ketahan diri. berat mata memandang

luqman hafifi said...

zaman skarang..perompak penyamun makin licik..harap2 pasnih boleh tingkatkan keselamatan rumah..perhati mana2 tingkap dan pintu yang berisiko , then ganti dengan yang lebih selamat..seriously , barang hilang boleh dicari , hilang nyawa tiada galang ganti..syukur sebab x jadi pape kat vic n family..n ..sy cadang panggil orang bc doa selamat and solat hajat kat rumah..mudah2an..terlindung rumah dripada musibah lagi..even orang pun dibunuh depan orang , apatah lagi orang nak mencuri depan jirang..tiada yang mustahil..moga2 selamat sekeluarga sentiasa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

ieja - terima kasih. Semalam dah bagitau begitu pada Andy.

iCE - Aku tengah cuba meredhakan diri ni, tapi walau apa pun aku ada gak la rasa terima kasih kat pencuri tu kerana pulangkan beg tangan aku tu walaupun tanpa duit dan kamera kesayangan. Tapi kalau jumpa aku tetap ketuk gak kepala dia.
Tayah beli... nanti aku kasi handbag aku yg lama2 tu kat dia, tgk la kalau dia mau pakai ke tak. heheheh

Dayung & Zeq - terima kasih untuk kata2 semangat dari kowang. I feel better.

Luqman - pertama kali nampak Luqman komen. Terima kasih sebab sudi menjengah. InsyaAllah.. semalam owner rumah pun dah ukur tingkap nak buat grill. Tapi dalam masa yang sama masih juga tengah merisik-risik kalau boleh pindah ke rumah yang lain.

iCe said...

muahahahaaaa lupa plak yang vic ni kan tokey handbag... 1 lagi, vic dok kat klang kan? kat area mana tu? meh pindah je kat setia alam... dekat dengan umah dakni... keh3

Framestone said...

sabar2...

rasanya perlu di kaji cam mne boleh 2x rumah di masuki oleh pencuri.. xpelik bin ajaib ke..??

lagi satu.. mybe pilihan mu itu tetap menjadi pilihan org len

BroFramestone Blog

Anonymous said...

kalau dh kali kedua jadi.. dh xleh bagi nasihat lembut2 kena kasar2 baru beringat, lekat kat memori, x gheti kunci pintu lelok.. g print sticker tampal kat pintu umah "Awas hanjeng Bulldog ada didalam" jgn lupa bubuh logo bulldog tu skali..!! kalau bg alasan xde printer kat ghumah.. leh la mula salahguna alatan pejabat during opis hour, mcm la x tak biasa buat kan?, achik sndiri pun always bikin wat... see.. how jujur am i.. then u should continue reading my komen!.. haa td tu br achik punya mukadimah.. benda yg bertimpa2 jadi nie semernya petunjuk dr tuhan, cuba tgk kesilapan diri sendiri ms dulu2 ke, tahun lepas ke or the day b4 the kecurian happen ke.. sebelum we all start make false statement dat will come out from our apom mulot n begin meratapi takdir, y not go find cermin n see our muka, then ask the reflected mirror, r u hav done little, some, many or millions sins n mistake b4?! tunggu 15sec cermin tu x balas our punya question, then la make flashback...mana la tao pernah ambil hak2 ex gf/bf kita ke.. ex fren ke, ex boss kita ke (peratusan kita naya kat org yg bagi kita gaji nie sgt la tinggi sbb achik pun dh kena balasannyer! tuhan bayar cash!! mini story dia cam nie.. achik niat nk pinjam jap je... nnt diam2 achik letak la balik.. skali bila mcm line clear jek ex boss achik tak perasan.. achik tangguh2 nk pulang.. pastu achik terlupa.. betul! achik x bohong!! achik bukan pencurik!... SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI CAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI ) or hak2 other living things ( termasuk la tumbuhan2 tao!! tu sbb achik x suka fishing ikan.. tp apa kena mengena dgn tumbuhan?!) yg mana atas sbb pikiran kita pada waktu itu adalah tindakan wajar, mmg patut pun and sah disisi undang2 yg kita sendiri ciptakan.. nasihat achik la yg dh telan,isap,kunyah white sugar,brown sugar,sugarcane, garam ,ajimoto, carbon dioksida..etc dgn amount yg lebih serta lama dulu2 lagi dah, sila bwk2 la menunaikan solat istikarah ( apa ingat solat tu tuk pentujuk cr jodoh je ke?! ) mintak pentujuk kat tuhan apa silap kita.. bila kita nampak the way that tuhan show.. kita will sedar n later feel rasa tobat.. confirm tuhan will porgive u then up next.. takdir yg baik2 plak coming in ur life. ha.. cukup la tu.. achik dh mcm mula meleweh2 lari from tajuk, sooo... end kata.. selamat membaca komen achik.. if x suka achik punya komen pun... ada nyer ke achik kesah??? semoga kita semua diberkati tuhan.. amin..!

P/s : Kenyataan , Kebenaran mmg sukar serta pahit utk kita terima serta mengakuinya mengikut standart2 iso diri sendiri, but yg sukar n pahit tu la ubatnya

{{-Makcik Leha Mulot Apom-}}


**Suka guna simbol koma dgn tanda soal dan sgt suka jadi sarcastik!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Cik Leha,
Tergaru2 kepala saya membaca komen cik Leha ni. Memandangkan Cik Leha baru pertama kali tinggalkan komen dan menggunakan id Anon, lebih elok kiranya saya mengenali Cik Leha lebih memandangkan Cik Leha menasihati saya macam kita dah kenal 5 tahun lepas. BTW... terima kasih banyak2 atas nasihat yang diberi dan di atas kesudian menyinggah di blog saya.

Saya suka..... sifat prihatin Cik Leha dan nasihat2 yang diberi cuma kata orang, luka jangan ditabur garam. Kelak yang terluka bleh menjerit kesakitan. Ada gak yang melenting terus memberi sedas penampar. Nasib baik saya ni jenis yg tak jerit mahupun menampar kerana saya menghormati walau apa jua jenis sifat dan sikap pun. Mungkin bersikap sarkastik boleh memberi kepuasan kepada Cik Leha berbanding bersifat toleransi dan santun. Saya akan cuba cermin diri dan muhasabah diri saya. Tapi seandainya cik Leha peka orangnya mungkin Cik Leha perasan saya bukan jenis yang melalak meraung meratapi benda yang hilang malah ketika saya terduduk setelah menyedari beg tangan saya tiada saya cuba menenangkan diri dengan berselawat di dalam hati. Jadi tak adil rasanya kalau saya dihentam seolah tak sedar diri dan menyalahkan takdir.

Saya pun suka juga bermadah dan berpantun... tapi hari ni cuma sekadar memberi pantun lama yang dah kerap didengar tapi diabaikan.

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa...

Dari bahasa mencerminkan siapa kita.

siti murni ishak said...

Sabar Vic.. hopefully, u & hubby terus kuat menempuh dugaan demi dugaan ni. kata orang dugaan itu mematangkan kita. Maybe ada hikmah di sebalik dugaan, yg penting jalan utk kejayaan tu masih ada, ingat ya! kejayaan pun bermula dr kegagalan...hv a nice day Vic!

iDAN said...

Tak sangka Sdr Diana pula ditimpa malang yang bertimpa-timpa, tapi masa gathering kira dipermurahkan rezekinya. Biar pun tak setimpal apa yang hilang tapi Ilahi masih mahu Sdr Diana rasa gembira.

Memang rasa tergugah bila rumah kediaman telah dimasuki orang. Sabarlah, rasanya jika tuan rumah pun telah berjanji nak pasang grill tingkap pelbagai pastinya pencuri itu tak masuk lagi.

Berpindah itu okey tapi apa kata masalahnya sama. Di sini pun pencuri asyik pecah rumah, ragut di mana-mana. Sampai dipasang kain rentang di mana-mana masalah kecurian kini semakin bermaharajalela.

Amat payah nak selesai masalah pecah rumah ini. Jadi sebelum berpindah elok tanya-tanya org sekeliling apakah tempat baru itu sering berlaku kejadian yang sama.. pecah rumah. Jika di Jenaris ini janganlah!.

Saya amat takut akan ular, tak kiralah ular sawa atau ular lidi sekali pun. Biasanya ular akan bertindak jika terpijak atau disergah; orang kata matanya itu bagaikan kamera. Bangkainya kena tanam agar pasangannya tidak dapat mengecam pembunuhnya. Jika tidak pasangannya mungkin datang lagi macam filem Nagin.

Orang India amat memuja ular tedung; saya sendiri jarang nampak ular kapak.

shazriena said...

alahai kesian nye sis.. maaf baru terbaca entry ini..
sis sabarla yea,, mungkin ada hikmah nye apa pun shaz doakan yg baik2 utk sis n family ok..