Wednesday, March 17, 2010

Dah Terhantuk, Benjol dan Pengsan Baru Nak Terngadah

Puas hati bila dapat baca artikel akhbar Kosmo hari ni:-


KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan premis seks di sini, Subang Jaya dan Johor Bahru diserbu semalam atas dakwaan menjual gajet-gajet seks. Operasi itu berakhir dengan tiga buah kedai diarah tutup serta-merta.
Hasil rampasan daripada ketiga-tiga premis itu melebihi RM120,000.
Tindakan itu membuktikan anggapan sesetengah pegawai kerajaan khususnya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kononnya mereka tidak dapat bertindak atas alasan pengusaha premis terbabit tidak melakukan kesalahan kerana menjual cenderamata, adalah salah.



Pertama sekali membincangkan hal ni (sebelum disiarkan dalam Kosmo lagi) di dalam blog abg sham @ ondscene Kemudian bila keluar front page Kosmo, kami bincang lagi hal ni dalam blog Bro Mazidul di sini, kemudian di sini dan seterusnya di sini pula. Pertikaiannya masih berpaksi kepada "Bagaimana Premis Seperti Ini Boleh Hidup bertahun-tahun lamanya, Beranak Pinak sehingga berjaya membuka cawangan merata-rata tanpa sebarang tindakan daripada pihak penguatkuasa tempatan. Namun tiada juga sebarang jawapan mahupun tindakan yang dibuat oleh DBKL.





Akhirnya hari ni semua orang mula bersuara:-

SPRM hairan DBKL lambat bertindak
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hairan dengan kelewatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan susulan terhadap pendedahan Kosmo! mengenai kewujudan premis menjual gajet seks secara terbuka di ibu negara.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tindakan DBKL menyerbu beberapa premis jualan gajet seks secara senyap-senyap selepas mendiamkan diri selama seminggu memang meragukan.

Beliau juga berjanji akan melihat terlebih dahulu prosedur SPRM dan akan mengambil langkah yang perlu untuk membolehkan siasatan dilakukan terhadap DBKL.
"Tindakan DBKL melakukan serbuan secara senyap-senyap boleh menimbulkan persoalan dan keraguan sedangkan isu tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Kosmo! semalam melaporkan sikap para pegawai kerajaan yang mengecewakan sehingga tiada satu pun penguat kuasa daripada jabatan kerajaan mahu bertindak terhadap premis-premis seks terbabit.

Sehubungan itu, Mohd. Shukri meminta orang awam tampil membuat aduan jika terdapat sebarang unsur perlakuan rasuah berhubung perniagaan gajet seks yang tumbuh bagai cendawan di ibu negara.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut kesal dengan sikap DBKL yang bertindak dalam senyap terhadap premis berkenaan kerana ia sememangnya menimbulkan keraguan dari segi penguatkuasaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, adalah wajar SPRM melakukan siasatan segera berhubung perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
Katanya, campur tangan SPRM dapat menjawab segala desas-desus serta punca para pegawai kerajaan dan pihak berwajib menuding jari antara satu sama lain.
"Dalam seminggu ini isu penjualan gajet seks secara terbuka hangat dibincangkan orang awam selepas dibongkar dalam Kosmo! tetapi DBKL serta beberapa agensi kerajaan tidak menunjukkan sebarang reaksi,'' katanya.


Kata Menteri-menteri pula:-

Hishammuddin, Shahrizat terkejut
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan sahaja terkejut malah mengaku langsung tidak mengetahui kewujudan kedai menjual gajet seks secara terbuka di negara ini.
Berikutan itu, kedua-dua menteri itu berjanji akan menyiasat pendedahan Kosmo! mengenai isu tersebut sebelum mengambil tindakan yang lebih tegas.


Apa pun Vic nak ucapkan tahniah kepada WARTAWAN (you know who you are) yang berjaya membangkitkan isu ini dan seterusnya membuka mata semua orang khasnya "ikan-ikan besar yang selama ini tidur" mengenai hal yang telah lama cuba diketengahkan oleh rakyat Malaysia. Tahniah! Ini baru betul WARTAWAN, bukannya dok cari gosip murahan je~!!

p/s: kepada pihak berkuasa tempatan, ini bukan dah terhantuk baru nak terngadah ni. Ini dah pengsan dan benjol baru nak sedar. Nasib baik tak mati.

p/s: kepada pak menteri, bershoppinglah di mana rakyat Malaysia yang lain bershopping (mcm moto pasaraya Giant je), maka anda boleh melihat apa yang rakyat Malaysia lihat. Selain dari tu no komen. Saya tak nak kena saman.

6 comments:

Azrul Hisham said...

saya sebenarnya nak tergelak bila kosmo citer pasal pak menteri, shahrizat & hishamuddin terkejut ada kedai seks kat negara ni...

tengok la camne diorang nak siasat perkara ni..harap kedai-kedai macam ni tak wujud lagi...

shazriena said...

ehm x sangka kan... di Malaysia ada kedai sebegini... dah jadi mcm negara2 barat lak leh jual menda ni secara terang2 terangan, kalau sblm ni dijual melalui internet skrg mereka dah berani bukak booth sendiri, x tau nk komen apa cume, terpk bgmn boleh kementerian terlepas pandang menda mcm ni.. ada yg tersembunyi kah?

echah_syed said...

uuuuuuuuuu...takutnyer nmpk gadjet sex tu.eh..vic dulu kalau org nak jual main order dlm pamplet tau sorok2 lagi.

skrg ya rabbi terang terangan.ada kawan combi bercerita dulu kalau ada kawan2 yg gi obersi dorang kirim beli bende alah ni sbb kat malaysia blom ada.skrg nah dpn mata.beli selagi larat!

inilah kot trend anak muda skrg bersosial tanpa batasan.heran dgn parents yg biar anak2 bercouple sehingga tido berduaan didlm bilik hotel atau bilik dlm rumah sendiri.jgn terkejut ya vic..mmg ada :)

azieazah said...

Sebenarnya dah lebih setahun Kak Azie dah dengar citer ni. Tapi sembang orang bawahan macam kita, takda orang pot pun..

Sebab, dengar ada orang meniaga secara terbuka di Pasar Pudu (ya tempat shopping orang bawahan bukan tempat Menteri shopping).

Bila timbul balik, baru terfikir tak sangka boleh buat buka kedai yang ada rangkaian plakkk...

Ya.. benda cenggini memang senang buat duit..

Kita lihat pula adakah SPR akan buat statement apa-apa lepas ni..

*Saya pun takut kena saman gakkk..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azrul - kak vic pun nak tergelak sambil garu2 kepala juga. Mula terfikir.... takkan tatau kot??

shazriena - betul tu shaz, benda ni bertahun lamanya. Seingat vic masa baru masuk UiTM dulu, jalan2 dengan kawan di Sunway Pyramid dah ada kedai ni. (bermakna sekitar 10 tahun yg lepas). Kedai tu baru bukak, jadi bila kita masuk dan tengok.... huiyooo!! Terus cerita dengan kawan2 dekat sunway ada kedai selucah itu. Maka tersebarlah seluruh fakulti dalam masa sehari... takkan 10 tahun baru nak sampai kat pak menteri kot?

combi - Kak combi, jiran2 kaw. perumahan vic ni pun dah ada mengamalkan benda camni. Cucu dah 2 tahun baru mak bapaknya dikahwinkan. Tok nenek siap bangga meraikan majlis besar2an kemudian sembunyikan cucu pertama, padahal bukan org tak nampak menantu dia dah sarat perut masa belum kahwin lg.

Toksah pi jauh2.. tengok emak si syafia humaira je cukup. Nenek ngan atok pun bersekongkol rupanya.

Kak Azie - Kedai gadget seks ni ada juga dijual di Sunway Pyramid, Mid Valley dan One Utama klu x silap. Tapi mungkin Pak Menteri shopping kat oversea je.. tak shopping dalam Malaysia kot.

iDAN said...

kedai boleh serbu...kaki lima mungkin tidak!... cara masuknya ke negara ini yang menjadi misteri!