Saturday, March 06, 2010

Biggest Bloggers Gathering - 6 Mac 2010

Hasil penganjuran 7 bloggers popular Mazidul Akmal Sidek, sham ondscene, Hazrey, Lord Zara dan beberapa bloggers akhirnya misi mengumpulkan bloggers dan followers berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Turut menjadi penaja memeriahkan bloggers gathering ialah suratkhabar Sinar Harian, Majalah Wawancara, Majalah Cermin, Pihak Pengurusan Komanwel Forest Park dan air minuman tongkat ali berkarbonat X10.Bloggers yang sampai paling awal. Excited nak ambik door gift punya pasal. hahahaha
Sambil2 bersembang pasal 360, 999 dan MHI yg suram tanpa Mazidul Akmal Sidek, sambil2 berposing.
Kak Liza, tokey kurma. Belakangnya yg kepala senget itu Hazrey. Orangnya memang senget pun. Bloggers tak kering gusi ketawa bila dia jadi MC majlis masalahnya yang dijadikan bahan ketawa itu 80% adalah team kami (kak azie, aku, acu sayang, azizah dan kak chik seroja). Jaga ko Hazrey, next gath aku pastikan ko dicampak ke dalam sungai. Sila bawa baju lebih.
Ramainya bloggers, ada yang datang dari selatan dan utara pun.... supportive sungguh~!
Pembukaan game: 10 perempuan dipaksa ke depan untuk membuat satu permainan... suspender tul masa ni.
Oh... rupanya suruh pegang ular je. Ingatkan apa tadi. Favorite aku ngan kak azie ni!
Sebagai hadiah kerana telah mengerjakan ular tu, setiap daripada kami diberikan 1 carton air tongkat ali X10... hmmm bertongkat la kami gamaknya balik ni.
Walaupun dah pukul 6 petang dan hujan turun dengan lebat, kebanyakan bloggers masih belum berganjak kerana masih excited bergambar dan bertukar cerita sesama masing2.
Aku terpaksa mengcrop gambar ni supaya aku tidak kelihatan lebih besar dari Bro Mazidul. Hehehe..

By the way, dalam cabutan bertuah aku telah berjaya memenangi satu carton lagi tongkat ali X10 (Total dah 2 carton). Hubby plak berjaya memenangi Grand Prize penginapan 3 hari 2 malam di Komanwel Forest Park. (Read: aku akan ikut nasihatmu Hazrey, minum 1 carton ketika bermalam di sini). ekekeke...

p/s: jangan ditanya kenapa muka aku je dalam tiap2 gambar yg di post, ini kerana kowang sedang buka blog aku, maka muka aku le yg banyak.

19 comments:

Azrul Hisham said...

saya tak nampak lagi yg door gift tu macam mana rupa bentuknya..hehe

saya datang awal tadi pun nak amik door gift gak..hehe

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

hmmm... usah ko sebut lagi door gift tu Azrul. Kak Vic ni kul 10 dah ada kat area sana, semangat nak kutip door gift punya pasal.

Takpe la... janji eden dah bawak balik 2 carton air tongkat Ali. Siap dengan baucer percuma tido resort. ekekeke.

Tak dpt door gift pun takpe la... by the way azrul... kak azie sudahnya dapat tak cabutan bertuah??

iCe said...

vic, makcik leha yang dok komen tu sape ek? keh3 seronok baca text membebel dia...
bila nak pergi holiday kat resort tu ek? time cuti sekolah pon best gak

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE- tu ar... kita try booking 20,21,22 Mac 2010 ni nak?
Besday aku 21 Mac, bleh ko preparekan hadiah untuk aku skali. ekekek.. bleh yer iCE... ekekekek

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Pasal Cik Leha tu.... aku pun tak kenal dia selain namanya Cik Leha (itu pun kalau betul).

Ini la kot yg Bro Maz kata aku nyer silent reader. ekekek... Lama dia silent, sekali dia komen terus qada' yg lama2 silent tu. Tu yg panjang lebar. Selamat datang Cik Leha... lenkali join kami nyer gahtering ye.

Kujie said...

saya sampai lepas 12.30, ingat tinggal 'window gift' je...sebab 'door gift' orang dah rembat..hehehe


btw... salam kenal

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kujie, door giftnya ialah majalah wawancara, cermin, suratkhabar sinar harian dan warta perdana tu la...

Tidak ada door gift lain sebab semuanya sudah dijadikan cabutan bertuah.

echah_syed said...

wawawa...vic dapat hadiah grand ye.tahniah bole gi hanimun :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi -Hahahah... bukan vic... suami vic. Vic menumpang je. ekekekekek...
Tu ar Hazrey kata tadi. Save budget bawak bini honeymoon kat situ. hahahah..

From The News said...

aa ah ek..baru teringat pasal door gift..ehehehehe :P

azieazah said...

Kerana ujan, cabutan nombor bertuah tergantung. Tapi hadiahnya tetap sama, dan Kak Azie dapat lagi 1 katun lagi Minuman Tongkat Ali X10 tu.. hehehehe.. sakannnn!

Main ular adalah acara paling besttttt...!

Kalu ada acara lempar Budak Back Street tuh ke sungai, harus paling gempakk...!

LORD ZARA 札拉 said...

ada gift ke?

huwaaa~

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

From The News - usah dikenang barang yang tak ada.

Kak Azie, next gath masukkan agenda mencampakkan budak Backstreet Boy tu ke dalam sungai ye.

Lord Zara - aik, ko dapat 2 carton air tin tongkat ali dah habis ke zara?

mizzyN said...

yahuu!

Nor Azizah Aling said...

Vic: sokong cadangan untuk mencampakkan budak BSB tu ke dalam sungai.. Tapi wajar dipastikan sungainya dalam banget ya!!

Cheq balik terus lepas solat asar, sebab dah rasa melekit sangat. Nanti kita jumpa lagi ya..

siti murni ishak said...

erk..berani nyer pegang ular...!! sakan u all ber'gathering'..meriah! 2 carton air tongkat ali tu tak nak bagi kat i sikit ker...(aiyak...muke tak malu...!!hehe)

Hazrey said...

patutlah tersedak dua tiga hari ni. hahahahah.. hahahahaha.. berdosa tau menganiaya budak bawah umur macam saya.

dosaaaaaaaaaaaaa.... hahahahahaha

psttt, tom jones ada concert kat malaysia ahh.. kebetulannnnnnnnn sungguhhhhhhh

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Mizzyn - yuhaaaa~!

Azizah Aling - Ok... jumpa di next gath ye aling... dh habis minum ke tongkat ali kamu tu?

Murni - murni... orang lum kahwin mana leh minum tongkat ali. Kang malam2 bertongkat sape yg susah? heheheheh

Hazrey - Ye ker Tom Jones nak buat konsert kat Malaysia? Dahsyat ye... walaupun veteran tapi masih leh buat konsert. BSB walaupun muda dah masuk kubur. Baik ko jaga2 hazrey, banyak2 mengucap ye.

iDAN said...

... murahnya rezeki dia... tahniah!; bab cabutan ini saya ini jenis taubat lahom tak mahu menangnya!... kat mana majlis pun.