Thursday, March 11, 2010

Ada Apa Dengan Hazrey??

Hehe... gempak tak pakai nama dia kat title? Saje je suh korang curious. Ada apa ngan mamat senget ni ye?
1- Dia telah men"tag" aku (sebenarnya bagus juga dia tag sebab aku dah tatau nak post apa kat blog).

2- Kerana mamat ni adalah punca utama aku tukar profile picture. Ade ke patut dia perli aku pasal letak gambar kawen (masa tu memang la gambo aku tgh lawa, kurus, comei2). Skang dah comel lebih lagi, tu pasal tak sama ngan gambo... mcm tipu ar konon...
(dan dia kata itulah reason rumah aku masuk perompak kali ke-2 sebab nak make sure gambo kawen tu ngan aku adalah orang yang sama. Kurang assam)

3- Dia la orang pertama yang kata aku sezaman dengan Tom Jones. Biasanya orang kata aku zaman2 Spice Girls pasal tu orang panggil aku Vic (Victoria Beckham). Walaupun kini saiz tubuhku sudah jauh beza dengan bini Beckham tu, tapi comei2nya masih ada. Tul tak kak Azie? ekekek..

OK... 'Game'nya gini le bunyinya:-

1. Go to your photo files… select the 8th photo folder
Susunan Folder aku dalam My Picture: -
1.Personal Photo 2. Photo Gallery 3. Video Clip 4. Aliyah 5. Paip Ofis 6. Vic Lagi 7.Staff Photos 8. Pecah Masuk 10-06-09 (Mcm ni nyer detail jgn kata aku ngelat ye)

2. Select the 8th photo in that folder
Erm... ngapa la tragedi pecah masuk ofis ni yg kena no. 8. Nanti dowang kata vic takde kije lain... rumah kena pecah masuk... opis pun kena pecah masuk... (percaya la.. bukan pintaku semua ini berlaku)

3. Post that photo along with the story behind it
Al-kisahnya kejadian berlaku tanggal 10 Jun 2009 (ala.. skemanya ayat). Toot Toot... guard call.. "Pn. dah dapat report kami tak pasal kejadian pecah masuk dekat warehouse pagi tadi?" "Dah... nanti saya turun". (Padahal aku baru sampai, letak beg pun belum... inikan plak nak baca report. Kena tunjuk efisien :P)
Inilah hasil tembakan kamera olympus pink (kini sudah tinggal sejarah) pagi tu. Gambo ke-8 ni menunjukkan pagar yang telah ditebuk dek tupai a.k.a pencuri - (dari kamera cctv nampak 2 orang lelaki kurus tak berbaju sebab baju dia dah ikat kat muka, konon cover muka la). Barang yg hilang sekadar 8 biji tong kosong yang harganya jauh lebih murah dari harga nak repair pagar ni. Aku pun tatau la kenapa guard aku nak enterframe dalam gambar ni, takpe la... kasi can..!

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.
1- Acu Sayang
2- Kak Azie
3- Yabeet
4-Mak Kecik a.k.a Ieja
5- ZeqZeq
6- Kak Cik Seroja (kalau kak cik dah sihat, buat ye, dari bosan2 duk umah tu)
7- Azrul....
8- Siti Murni

Ok... dipersilakan...

10 comments:

Azrul Hisham said...

alamak..kena tagged?? jap lagi saya buat..hehe :p

azieazah said...

Weyyyy aku ingat dah terlepas dari cengkaman HAZREY, boleh ler gelak gelak...

Kat sini plak aku dikenakan..! oh tidakkkk!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azrul - buat... jangan tak buat..

Kak Azie- Mana leh kak Azie terlepas.... Lari mana pun kena cekup gaks

siti murni ishak said...

alamak..kena jugak..huhu..hutang dulu vic..hehe..ada 2 tag tak jawab lg ni yang...heeee..^_^

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Siti Murni - ok... masuk buku 555 k... cukup bulan jgn lupa bayar.. ekeke

@cu SaYaNg said...

erk...acu pong kena ke??
iskh..iskh..

iDAN said...

Tak pandai bab tagged ini... tapi kalau buka situs tagged itu rajin juga...

zeqzeq said...

tag tag tak faham..
setahu saya smartTAGE Plus RM120 kini..

saranan: letak pic Diana semasa sekolah rendah di pintu masuk..
tulis jangan curik saya..

huhuu..

nota:kisah tinggal di rumah anak yatim (harta tuan rumah)pun akan terheret dek penyewa juga..

macam mana jika sang hantu terdegar rintihan seorang anak yatim yang melewati rumah penyewa;

'alahai rumah dari arwah ibuku dirampas oleh uncleku yang zalim''

zeqzeq said...
This comment has been removed by the author.
V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iDAN - Vic pun baru setahun tahu benda alah tag ni..

Zeq - Wow topup smartag banyak ye... separuh transferkan pada vic boleh?