Saturday, February 20, 2010

Things that U don't know about me..

Perkara yang kowang tak tahu tentang aku.... (tapi lepas baca entry ni kowang dah tau la)

1- Dulu aku sukaaaaaaa sangat bunga. Especially roses. Bila time birthday aku atau anniversary, biasanya hubby akan belikan perfume atau jewellery. Tapi aku akan merajuk sebab tak ada flowers bouquet. Lama2... tiap kali anniversary hubby akan mintak florist hantar flower bouquet kat ofis. Kadang2 kalau lalu depan kedai bunga dia akan belikan bunga. As a result... skang ni aku nampak bunga pun rasa nak muntah... sumpah aku dah tak suka bunga dah..

2- Dalam seminggu kalau aku tak dapat makan Donut Yammy Yamato from Big Apple, hidup aku akan rasa sungguh tak lengkap... macam nak kena demam kepialu. Biasanya aku makan 2-3 hari sekali... tp at least once a week.

3- Aku ada berpuluh-puluh beg tangan pelbagai jenama. Tapi aku hanya tukar beg paling kerap pun sebulan sekali je. Jadi bayangkanlah... dalam setahun paling banyak pun aku akan guna 12 beg tangan sahaja... jadi apa jadi dengan balance puluh2 beg tangan lagi? Biasanya hantar welfare lepas pakai sekali aje.

4- I love sandals... and the most brands are Scholl & Hush Puppies (kerana 2 ni je yg biasanya ada size kaki aku yg mcm gajah). Aku ada 3 highheels yang hanya pernah dipakai sekali je seumur hidup kasut tu... sebab aku memang tak reti pakai kasut tumit tinggi. Dan kalau orang tanya apa rahsianya aku berjalan laju macam lipas kudung tiap kali pi shopping. First because shopping adalah perkara yang paling buat aku excited skali, 2nd because of my comfort shoe.

5- Aku paling suka dengan ular sawa. Especially ular sawa albino... (yg kaler kuning putih tu). Malangnya hasrat aku nak membela ular tu mendapat tentangan keras dari family dan hubby aku sendiri. Mereka khuatir akan menjadi makanan ular tu sekiranya aku terlupa memberi ular aku makan. Walaubagaimanapun aku paling geli dengan lipas. Kalau kowang dengar suara aku terpekik macam nak kena rogol di tengah malam, itu bermakna aku ternampak lipas dalam bilik air or on the way ke bilik air.

6- Semasa tingkatan 5 aku merupakan pemidato dan pembahas sekolah sehingga ke peringkat daerah. Pernah dinobatkan sebagai pembahas terbaik dan di antara 10 pemidato terbaik daerah Klang. Tetapi seandainya kowang melihat aku menjadi minah gagap atau tersekat kerongkong ketika bercakap dengan kowang, itu bermakna mungkin ko terlalu hensem atau menarik sehingga membuatkan aku kelu. hehehe

7- Sebelum aku tidur nyenyak atau bermimpi indah, biasanya mukadimah mimpi aku ialah jatuh bangunan atau atau jatuh gunung dulu sampai aku terkejut dalam mimpi tu dan terbangun tiba2. (Biasanya orang yang tidur di sebelah aku akan terbangun waktu ni gara2 terkena libasan padu tangan aku).... lepas je mimpi tu.... biasanya aku dah leh tidur nyenyak dan mimpi indah2.

8- Pada zaman aku muda2 dulu, (memandangkan skang aku masih muda, kiranya waktu aku kecik2 dulu) aku bleh dikategorikan sebagai kakak yang bersifat Nazi. Mana2 adik yang melawan cakap aku akan diberi tendangan padu atau sekehan maut. Pendek kata adik2 aku cukuplah menyampah kat aku dulu. Tapi la ni.... aku la kakak yang paling dowang sayang sekali. Semua rahsia mereka di tangan aku. muahahahahahah (eh tergelak jahat plak).. kiranya akulah orang pertama yang diorang cari sekiranya memerlukan advice.


8 comments:

azieazah said...

Waaa.. the true..

fakta yang sekali baca macam kelakar, tetapi fakta itulah yang menggambarkan yg sebenar.

Tapi bab ular tu, sama mcm Kak Azie gak, suka ular sawa.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hehehe..
a part of me..
balik tabir..

kak azie pun minat ular sawa juga ye?
heheh.. sama la kita
tapi vic jamin kak azie tak takut lipas.

iCe said...

tengah bayangkan macamana laaaa rupe nye vic menjerit nak kena rogol tu... muahahahahaaa mesti bergegar macam nak runtuh rumah tu

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - Memang pun. Tapi at least jiran tetangga dengar suara aku je, tak nampak muka.

Kadang2 kalau pi kedai mamak yang banyak lipas tu lagi la..
Orang tgh ramai aku dah sibuk angkat kaki bersila atas kerusi, kalau dapat lipas yg terbang tu... kepala aku plak bawah meja sambil tu jerit, "nak balik!!! nak balik!!". Kadang2 sampai nangis geli punya pasal. Semua org kat kedai mamak tgk je. Malu belakang kira dah masa tu.

siti murni ishak said...

Again Vic..again!! Ada jer sama eh...:-) No. 1 tu sama...yg tak sama part ular sawa tu...geli lah. lipas boleh tahan lagi. tapi binatang yg menyusur mcm tu memang seriau! Vic jerit max volume eh...jaga2 bergegar katil..kesian org sebelah gara2 sekor lipas..hehe!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Murni - tu la pasal... rasanya org sebelah dah imune la dengan suara vic yg terpekik di tengah malam.

Padan muka... lipas2 ni dari rumah dowang la.. buang sampah belakang umah.. sampai lipas buat sarang... pengotor betul.

Disebabkan bilik air kami ada link.. tu yg lipas senang pindah randah tu... tensen tul!

Dayung Serian said...

entry yg comel kekeke...tapi bab2 ular tu hmmmm....vic mmg seorg yg berani.

iDAN said...

Lipas memang banyak kat rumah ini!, faham sahajalah kabinet dapur tu punyalah sarat barangannya...

Orang kata lipas ini takut dengan bau daun pandan... betul ke?

Fakulti tempat kerja lama banyak ular sawa; mahal rupanya ular sawa ini. Pernah rakan saya jual sampai beratus harganya! tapi memang panjang lebih dari empat meter!