Friday, February 26, 2010

TEATER MUZIKAL ANTARA: Yang Baik & Yang Jelek.


Khamis 25/2/2010 merupakan hari pratonton untuk Teater Muzikal ANTARA. Hari dimana pertama kali teater dibuka kepada umum khasnya kepada wartawan, media cetak mahupun elektronik.

Umum telah tahu ANTARA merupakan satu teater dakwah yang cuba diterapkan oleh Eirma Fatima kepada bangsa melayu lebih2 lagi ia dipentaskan pada malam Maulidur Rasul.

Yang Jeleknya... 99% penonton merupakan ISLAM/MUSLIM tetapi berpakaian mengalahkan bintang porno Hollywood. Sekurang2nya kalau korang tak buat revision mengenai teater ANTARA pun, at least hormatlah malam tu sebagai malam memperingati kelahiran Rasulullah s.aw. Ini tidak... kebanyakan perempuan yang perasan moden ni, berpakaian seksi, gaun atau skirt separas peha (atas lutut) dan menayangkan buah dada yang 50% terkeluar. Apa kejadahnya? Ini termasuklah beberapa artis jemputan. Apa dowang ni? Jadi betul la kata Wardina Safiyya, artis di Malaysia ni memang tak layak jadi ikon. Bukanlah aku minta dowang datang pakai telekung atau berjilbab... tapi.. cukuplah kalau kainnya labuh sikit, dadanya tutup sikit. Inikan teater berunsurkan ISLAM dan lebih2 lagi malam Maulidur Rasul.

Lebih jelik lagi, beberapa artis Sehati Berdansa yang datang lambat tergedik2 nak duduk sebaris di barisan hadapan walau apa pun jadi. Even though kerusi masih banyak lagi di kawasan Grand Circle.. tapi mereka seboleh2 nak duduk sebaris, sehingga mencetuskan rasa tak puas hati kepada penonton yang datang awal dan sudah mengambil tempat lebih dahulu di barisan hadapan. Mereka diminta berpindah walaupun teater sudah hampir dimulakan. Salah seorang yang beralih termasuklah seorang pakcik tua yang nak berjalan pun perlu dipimpin anak2nya. Benci dengan sikap perasan Diva artis2 Malaysia ni.

Berdakwah bukan perkara yang mudah. Itulah kesukaran yang dihadapi Eirma Fatima barangkali. Walaupun skrip yang dituturkan oleh Si Iblis (dalam teater ni dia paling menonjol) padat dengan kata2 pedas dan menyindir umat Islam dan artis2 Malaysia, namun aku jamin... cuma segelintir aje yang tersedar. Yang selebihnya buat2 tak sedar diri.

Props yang cantik, skrip yang menarik, penyanyi yang hebat merupakan kekuatan TEATER MUZIKAL ANTARA ni. Malah ramai yang meremang bulu roma dan menitiskan airmata bila Jamal Abdillah mengalunkan lagu popularnya... tak ingat tajuk tapi liriknya lebih kurang begini..
"Tak sudi memandang... tidak mengapa.. kerana aku sedar aku insan hina..."
Beliau mendapat tepukan paling gemuruh pada malam itu kerana berjaya membuatkan penonton berdiri bulu roma dengan suara jantannya.

Lebih mencantikkan majlis, apabila penamat pementasan penonton diminta berdiri bagi sama2 berselawat ke atas Nabi junjungan kita. HA!!!!!! pada waktu ni la baru la wanita2 ni kelam kabut jatuhkan rambut, tutup tetek yang nak tersembul tu, tarik baju nak tutup dada, panjangkan gaun/skirt bagi tutup lutut (boleh ke?).

Ramai juga yang menitiskan airmata ketika selawat beramai2 kerana suasana dan gema suara yang kedengaran sangat syahdu. Aku pun turut sama mengalirkan airmata mengenangkan perjuangan Rasullullah. Kesimpulannya teater ni benar2 menginsafkan dan telah digarap dengan sangat kemas. Mungkin ramai yang kurang senang bila tiba part yang menarik, kerap sangat diselang selikan dengan lagu2 tapi dah namanya pun teater Muzikal kan? Apa pun.. well done Eirma Fatima. Thumbs Up!

8 comments:

zeqzeq said...

pilih yang baik dan ppositif..

sayangi airmata insan...mengalirnya ke arah yang BENAR

echah_syed said...

artis kita ni berlumba sape yg lebih seksi sbb nak pikat vvip kot :D

ngape dorang pakai seksi ekk.anak dara combi cakap kalau nak masuk IB kena pakai baju sopan.

uishhh kompius!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq- banyak sebab kenapa airmata mengalir malam tu zeq. Selain dari mengagumi kisah Adam dan Hawa, sebenarnya rasa terpukul dengan "ingatan" yang diberikan. Lebih syahdu bila selawat dibacakan bersama2 dalam suasana yang sangat syahdu. Sedih juga mengapa Maulidur Rasul tidak disambut semeriah Valentine Day oleh anak melayu sendiri.

Kak Echah- memang peraturannya tidak membenarkan pakaian menjolok mata. Tapi mereka ni cukup expert. Mereka mengenakan pashmina atau shawl di bahagian luar baju. Bila tiba giliran ambik gambar dan selepas elok je masuk ke dalam panggun Sari, habis pashminanya hilang.

Koishie said...

aku baru sahaja pulang daripada menonton ANTARA... terlalu banyak persembahan... tetapi sgt tertarik dengan jamal abdillah...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Koishie - memang Jamal mendapat tepukan paling gemuruh. Suaranya tetap mantap dan hebat. Namun rata2 yang menyaksikan teater itu pasti juga memuji lakonan si Iblis yang nyata sangat hebat.

siti murni ishak said...

pakai seksi pegi teater, ape ke hal...???ikut basic dress code mesti tk jadi hal...hurm...sabo je la..

azieazah said...

Kak Azie sempat tengok temubual di MHI sebelum diteaterkan..

Selain Fahrin Ahmad, yang menonjol yg VIC maksudka itu adalah seorang pelakun teater yg hebat juga, iaitu AZHAN RANI (sebagai iblis).

Dengar citer jer dah rasa teruja. Cuma kisah2 ELLI SURIATI tarik diri last minit kerna selisih faham dgn Erma Fatima tu jer yg tak best didengar...

iDAN said...

ELLI SURIATI tu saya tak berapa suka, nampak macam terlebih sesangat.

Jamal pula kalau tak sebab dadah memang dia artis yang boleh jadi jutawan. Bukan kejap dia di alam seni, bakatnya semula jadi, baik menyanyi atau pun berlakon. Memang saya peminat dia sejak awalnya di Bintang RTM.

Eirma Fatima pula rakan Ratib 1,000 Syair, dia seorang seni yang punyai bakat besar.

Emmm! bila dapat tenguk teater ni!.