Thursday, February 11, 2010

Porak Peranda Hidupku

Akhirnya aku diberi kesempatan untuk meluahkan perasaan. Setelah 4 hari aku tak punya masa walau setengah jam untuk menenangkan diri sendiri atau melakukan sesuatu yang menggembirakan hati.

8-12 Februari 2010 merupakan minggu tersibuk dalam hidupku sepanjang tahun 2010.. ini kerana aku mengharapkan inilah minggu paling sibuk terakhir bagi tahun ini… tak sanggup nak menghadapi minggu yg seperti ini atau lebih teruk dari ini..


Isnin 8/2/2010 – Masuk2 je kerja pagi ni aku perlu menyenaraikan 9 lagi nama untuk Tibi Screening. Bagi yg blur2… actually one of employee telah dikenalpasti pembawa virus tibi yg aktif. Maka setelah mendapat arahan dari Jabatan Kesihatan, pekerja2 di syarikatku diarahkan membuat saringan tibi di hospital kerajaan terdekat. Memandangkan aku adalah org yg agak rapat dengan pesakit kerana kerap menaiki kereta berdua dengannya ke hospital, maka aku diarahkan sebagai org pertama yg perlu menjalani saringan. Tapi hospital kerajaan memang terkenal efektif, pantas dan mengagumkan…. Ujian XRAY aje memerlukan sebulan setengah untuk dibuat report yg mana di hospital swasta proses tu mengambil masa tak sampai setengah jam pun. How Sucks! Akhirnya aku perlu mengsubmit nama aku sendiri sekali lagi bagi menjalani ujian tibi yg bermaksud aku turut perlu mengambil XRAY sekali lagi. Oh… kesiannya tisu2 badanku yang baru nak tumbuh kembali.


Kembalinya dari tibi screening, nyonya tua telah menunggu dengan sekeping kertas di tangan. Arahannya mudah tapi amat susah untuk orang yg perlu membuatnya. Tolong find out kenapa Account Audit for Employee Insurance tak teley. Oh God! I really hate account and for God sake.. I don’t know why the figures were different.Aku tak tahu mana nak letak credit note dan debit note ni. Account la satu2nya subjek yg aku kantoi sampai 2x. Itu pun kali ke-3 pass cukup makan je. Kalau boleh ambik sampai 5 kali, harus aku ambik paper tu smpi 5x agaknya. Oh Tuhanku… tolonglah hambaMu ni.. 6.45pm baru balik ke rumah.


Selasa 9/2/2010 – Masih terkial2 menyiapkan akaun Insuran pekerja. Sumpah aku tak tahu kenapa tak balance lagi. Kerana benda haram jadah ni la tray IN aku dah macam bukit gara2 tak diusik sejak semalam. Ending, aku tutup muka, nangis puas-puas dan teresak-esak gara2 terlampau stress. Lalu aku baling kertas tu ke lantai dan mula mengambil satu demi satu dokumen dalam IN tray aku. Balik lambat lagi 6.30 petang.

Rabu 10/2/2010 – Hari terakhir aku di ofis. Tak bernafas dibuatnya. Hari ni juga aku perlu siapkan Mid-Salary. Dalam senarai PENDING tak kurang 10 dokumen perlu disiapkan hari ni termasuklah insuran haram jadah tu.


Kemuncaknya, apabila aku sedang sibuk mengejar masa tiba2 aku menerima panggilan intercom dari nyonya tua yang melenting tak tentu pasal selepas Cleaner bertanya ttg payslipnya.


Nyonya: Kenapa you tak ingatkan I yang payslip bulan Januari belum print?

Aku :Mana la I tau you nyanyuk sampai payslip tak print lagi pun u tak tahu..

(Merah padam muka nyonya tua, dia berdiri dihadapanku sambil cekak pinggang. Aku sekadar jeling dengan ekor mata)

Nyonya : Hei Siti. You ingat you sorang je ke banyak kerja? I pun banyak kerja tau. Kalau I lupa apa pasal you tak ingatkan?


Hmmm berasap telinga aku dibuatnya. Aku ni banyak kerja pasal ko tak buat kerja. Kalau ko rekod akaun ko dengan proper takde la aku kena buat kerja bodoh ni. Aku Sumber Manusia… ko tu akauntan… kalau akaun tak tele itu pasal ko adjust figure tanpa pengetahuan aku. Bodoh! Elok la… tengah panas… aku pun bahasakan dia la..


Aku: Hei Ms (Nama Nyonya Tua).. Kalau you dah lupa nak print payslip just admit je la you dah lupa… yang you nak finger point kat I apa hal plak? Sendiri buat salah…. Kenapa nak salahkan org lain. Mengaku je la…


Ha… aku tgk muka pmpn tu dah macam nak kena hysteria dah. Last sekali dia pun menjerit la nama bos aku Mr Ricky. Diajaknya orang tu yg baru keluar toilet masuk bilik payroll. Huiiii… hangin je aku… terus aku jerit “Ha… nak mengadu la tu.. Mengadu la.. ingat aku takut? Hati busuk!” GEDEBUPPP… dia hempas pintu bilik… Lantak ko la.


Malamnya planning nak tidur awal. Besok kul 6 pagi aku kena pi hospital untuk ambik result reading injection tibi kat tangan aku. Lepas tu aku ada training kat Phileo Damansara selama 2 hari. Tapi malangnya malam tu suamiku ada meeting lagi dan lagi dan lagi.. pukul 12 malam pun masih belum pulang ke rumah. Jiran Bangla kat tingkat atas pulak bergaduh terjerit sambil main baling2 barang depan rumah aku… 10 monit sebelum tu pintu rumah diketuk orang tapi bila buka… tak ada sesiapa plak. Seriau aku dibuatnya. Baru 10 minit terlelap hp bunyi… serius mengganggu, dah le susah aku nak tidurkan diri sendiri.. Adik lelaki aku nak pinjam kereta. Selagi aku tak cakap boleh, selagi tu dia tak nak letak telefon. Tiba2 aku rasa panas hati. Aku jawab boleh dengan penuh sakit hati. Akibatnya…. Aku tak tidur sehingga dia pulangkan kereta pukul 5.30 pagi…. Ya Allah.. esok dah le aku nak drive dan training kat jalan paling sesak di Malaysia


Khamis -11/2/1010 Phileo Damansara training Industrial Relation Act dengan Mr Ricky. Sempat kami bersembang hal nyonya tua… luckily… Mr Ricky sentiasa menyebelahi aku. Opss.. ramai juga ya HR Managers yang datang untuk training ni… dan baru ku tahu… HR Managers di Malaysia ni ramai yang muda2 dan hensem2… ehemm…. At least there’s something to cure the toughest week of mine…


Training Venue: Malaysian Employers Federation / Persekutuan Majikan Majikan Malaysia.

5 comments:

-inay- said...

besnye dapat lawan mcm tuh ngan mr nyonya..hahaha

siti murni ishak said...

A stress week Vic! Sabar ya...hopefully, long holiday ni dapat buat u refresh semula. Nyonya tua tak sudah2 cari pasal ya...kalau i pun, rimas ngan pe'el dia. Sabar je la..

Happy holiday ya Vic!

Dayung Serian said...

fuhh!!!respek vic blh cakap mcm tu dgn nyonya tua tu. hehehe ;)

slamat bercuti & jgn stress2 lagi.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

yabeet - besh sebab dapat tengok muka dia bengang giler...

murni - memang stress, alhamdulillah... sudah berjaya membayar balik minggu stress tu dgn weekend yg bermakna.

dayung - heheheh.. sbnrnya lepas ckp semua staff kat situ pun tercengang.... tak sangka vic berani kata gitu. Mungkin kesan tindak balas benci yg disimpan lama kot.

iDAN said...

Sian pula nyonya tu kena bahasa, orang tua ni Diana memang pelupa, esok-esok minta maaf dia pasti suka balik.

Penat kalau persekitaran kerja tak selesa; perhubungan amat penting. Jika telah terlalu stres bukan masalah boleh tukar kerja; badan tu takut tak berapa kuat.

Kesihatan itu amat penting; agar masalah TB tu tak menjadi serius. Kena banyakkan bersabar, buat kerja setakat semampu jangan sampai dera diri sendiri!.