Sunday, February 14, 2010

Ku Tebus Kembali Sengsara Minggu Lepas

Bermulalah cuti yang agak panjang. Seminggu consider panjang la tu. Spt yg kowang sedia maklum, aku mempunyai minggu yg hampeh sepanjang minggu lepas dan aku bertekad untuk meng"anugerah"kan sesuatu kepada diri aku sendiri kerana berjaya mengharungi detik2 hampeh tersebut. Memang aku selalu reward diri aku macam ni.... sbg tanda aku amat menghargai diri sendiri dan sebagai motivasi untuk diri aku sendiri juga.

Hubby as well, walaupun dia tak banyak cerita ttg minggu lepas (aku tau dia tak nak cerita kat aku sebab dia tgk aku serabut, jadi dia malas nak tambahkan serabut otak aku... ) Hubby, I know you too had very bad situation last week. Tengok dia balik kerja picit2 kepala... tak banyak cakap... muka masam...tidur awal. Kadang2 bila tgk macam ni aku mula terfikir.. kalaulah kami dilahirkan dengan kekayaan yang sedia ada... tentu kami tak perlu jadi kuli dan bekerja sampai terseksa macam ni.

Memang kami tak banyak bercerita sepanjang minggu lepas. Bercakap perkara yang penting je. No jokes, no chit chat until midnight, no watching tv together... nothing. Dan aku tau... situasi ini tak bagus untuk kami walaupun perkara ni terjadi bukanlah disebabkan masalah peribadi kami berdua, sebaliknya masalah kerja yang terbawa2 sampai ke rumah. Jadi aku bertekad... untuk memperbetulkan semula situasi ini dengan satu kejutan yang sungguh2 dia tak sangka..

Sabtu pukul 12tghari rumah mak, Klang, aku tgk hubby tgh sibuk monitor server Jimah dari laptop dia. Hmm... holiday pun dia masih ingat kerja. Namun, ketika aku masukkan beg dalam kereta. Hubby tanya, "Nak bawak pergi mana beg tu?"
"Nak bawak balik rumah kita," jawab aku. Aliyah Umairah dah bersiap dengan pelampung 2 biji kat tangan dan swimming suitnya. "Aliyah tu nak bawa ke mana pelampung dia?"
"Saya ingat nak singgah Pusat Akuatik Shah Alam". Hubby tunjuk muka confuse. Tapi dia kemas juga laptop dia kemudian masuk ke dalam kereta.

Lepas habis shopping di Jusco aku minta hubby berhentikan kereta depan Concorde Shah Alam. Kononnya nak ambil dokumen dari AJK Union. Sebenarnya aku sedang buat check-in. Lepas dapat no. bilik aku kembali ke kereta. Hubby dan Aliyah setia menunggu. Aku minta tolong hubby temankan naik ke bilik, kononnya takut naik seorang jumpa org yang kurang dikenali. Hubby ikut sambil dukung Aliyah yg separuh tidur. Kami menuju ke bilik.... dan bila aku cucuk access card dalam lubang pintu, hubby ternganga. Surprise~!!!!!! Dia ketawa and asked "Kenapa awak booking hotel kat sini?"
"Nak ubah selera, suasana yang berbeza but yet still dekat dengan rumah... senang kalau ada emergency case. Lagipun selalu datang sini meeting, lunch... tapi tak pernah rasa tidur sini.. so nak merasa la..."

Dan pada hari tu ....YES... kami spent time tengok tv sama2... sembang2... tidur berjam2... dan petangnya terjun swimming pool sama2. Petang my sis came and fetched Aliyah...
Hubby cakap, "terasa macam honeymoon je"... hahahahah... tak kisahlah.. walaupun Concorde dengan rumah aku cuma 10km je.. but yet sangat puas hati kerana berjaya menebus kembali masa yang dirampas dari kami sepanjang minggu lalu.

Ahad pagi - Chinese New Year, makan buffet breakfast di Concorde... woww... superb.. pertama kali breakfast kat sini... sebelum ni pernah Lunch aje. Sangat puas hati. Pagi tu je aku makan 2 bungkus nasi lemak yang dilipat dalam daun pisang, 1 bungkus mee goreng dalam daun pisang, 1 Waffle coklat, kaya dan badam, 2 ketul Hash Brown, 1 mangkuk yogurt kiwi, french toast... erm... rasanya itu saja. Itupun banyak benda yg tak dapat makan sebab perut terlalu penuh.(Photo makanan diambil menggunakan kamera hp, so, akan lambat upload ye)

Hubby? Ermm... dia mmg peminat sotong, jadi tak pelik dalam pinggan dia penuh sotong. Pagi tu, pukul 10pg dah check out sebab my sis called ajak pi picnic. See... beruntung tidur hotel dekat2... at least bila ada sudden family vacation macam ni, kami masih boleh join dan tak tertinggal. Whatever it is... I am happy today.. for the Concorde and for the picnic... and I believe my hubby too because his smile is back again.. and again... non-stop.

Concorde Shah Alam.... King Size bed nampak sempit untuk kami bertiga. heheheheeh
Picnic. Impian Camp Resort, Sg. Chongkak.
Yes I know... I'm getting fat and fat... so what???!!!!
Aliyah Umairah dan Pak Usunya.
Muhammad Qhairul Nazim dan Pak Longnya.
Woww.... selesanya buaian kamu Ajim..... Macam anak raja nampak~!!


16 comments:

zeqzeq said...

nengok dgn mata pun sedappp..apalgi merasainya


--Air sungai

Dayung Serian said...

bestnyer bercuti walaupun kat 'belakang umah' je kan...yg penting stress dah ilang, dpt spend time ngan org tersayang.

ieja said...

korang memang penuh dengan suprise..aku sukaaa...haha

pada aku, tgk sungai saja da mampu menghilangkan tensen.. apatah lagi kalo ada aktiviti.. memang syiokk habis..


** eh, apsal muka andy tu monyok je.. igt sungai chinggong ape?? hee :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - ku sangkakan apa la yang sedap tadi... rupanya sungai..

Dayung - tul tu Dayung... memang release stress sungguh..

Ieja - muka dia masam pasal kena pangku budak kecik yang baru lepas kencing dalam seluar... hehehehe

Walaupun Sg Chinggung lagi cantik... tapi kalau pi sana tak rasa mcm bercuti.. rasa cam balik kampung.

iCe said...

best ke 'honeymoon' kat concorde tu? keh3

zeqzeq said...

cantik KING size

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE- nama pun honey... MANIS~!

Zeq - Apa lagi yg KING size?

iDAN said...

Baguslah Diana ini antara isteri yang kreatif, pandai mencorakkan keluarga sementelah keluarga Diana pun masih kecil.

Duit disimpan pun tak ke mana, amat baik jika kita laburkan untuk kebahagiaan keluarga. Hidup kita sekali kenapa tak rebut peluang ini agar kita sentiasa bahagia dengan pasangan kita.

Amat rugi pasangan yang semakin renggang, asyik ikut arah sendiri tanpa memikirkan pasangan kita yang dulunya kekasih hati.

siti murni ishak said...

Lovely surprise! Suka la hubby u..;-)
Tak salah, sesekali berubah tempat, ubah environment, eratkan balik kemesraan tu. kdg2 kita terbawa-bawa masalah pejabat ke rumah..sape pun sama jugak vic..ada kala nya orang lain kt rumah yang dapat tempias. ape2 pun glad to hear semua nya dah back to normal...:-)

Framestone said...

how sweetnye.... terjeles seketika

erm baru ku ketahui... aku tidak seromantik & sekreatif (buat surprise) seperti dulu...

mgkin jiwa n hati aku menidak benarkan kenyataan huhu

BroFramestone Blog

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iDAN - Kadang2 pengalaman dan tauladan mengajar kita untuk bertindak. Saya bukan isteri terbaik tapi saya akan memberikan yang terbaik yang saya ada untuk suami. Moga kebahagiaan dan rahmat dariNya sentiasa bersama kami. Amin

Murni - hehe.. happy. Ajak keluar shooping complex sebelah (Plaza Masalam) pun malas. Katanya "rugi la keluar dari hotel". Hahaha..

Tapi sbnrnya dulu hubby pernah buat kejutan lebih kurang begini juga. Hari keputusan result UiTM keluar, vic dapat 3.85 masa tu... sebagai hadiah dia bawa tidur di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Esoknya lepas breakfast di coffee house terus pecut hantar vic ke ofis di KL. Walaupun agak kelam kabut tapi sangat menarik untuk diingati. Sampai skan tak pernah lupa..

Framestone - Romantik itu abstrak. Kadang2 layanan atau kata2 yang mesra pun org akan rasa ia sudah cukup romantik.

Tapi kalau ia disertakan dengan perbuatan seperti kejutan sekali sekala... ia umpama menambah perisa pada masakan..

amin said...

pg berjalan yg paling best bersama family...

ibnu marzuki al firdaus said...

Yes I know... I'm getting fat and fat... so what???!!!!

PATUTLAH ANTI NIKAH SIAM... TAKUT LAKI KAHWIN SEBAB DAH BAM, KAH?

MACAM2 ADA...

ibnu marzuki al firdaus said...

KAHWIN LAIN LAH

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

amin - apa je yg dibuat bila bersama family terasa kenikmatannya..

anak marzuki - pertama sekali saya bersyukur ke hadrat ilahi... suami saya tidak sejelik awk..
dia bukan seorang psiko yg berpenyakit mental.. atau agen pernikahan dari Siam..

Lagipun... kalau suami nak kahwin lagi.. tak perlu ke Siam.. di sini saya sudi menanggung keseluruhan kos pernikahan barunya..

Kerana wanita yang tahu harga dan nilai dirinya... tak pernah takut sekiranya ditinggalkan suami..
Wanita sekarang sudah pandai menyediakan payung sebelum hujan. Mungkin isteri anda yang tak tahu suaminya berperangai jelik dan barangkali tidak bersedia menerima kejelikan anda bila terbongkar nanti.

zeqzeq said...

hhhee jauhnya berjalan sang anak marzuki..sampai ke sini..

(dah agak..gaya PENULISAN yang pernah terserempak tapi di mana yer)

QAH QAH QAH ..gelak PAPARaZI