Thursday, February 25, 2010

ANTARA Vic & Fahrin Ahmad

Khamis lepas ketika terbaca paper pasal teater ANTARA… excited betul nak pergi. Klik laman web istana budaya nak booking ticket… erm the cheapest ticket is RM50 tapi nunnnn di hujung belakang. Nak yang sedap sket pun harga area RM100… tapi yang paling besh sekali seating dia of course RM250. Masalahnya aku tak afford to spend RM500 (tix for me n hubby) for TEATER unless aku ada Dato’ K macam Siti Nurhaliza. Lalu aku cuma mampu klik butang “reserve this ticket for 3 days” dengan harapan dalam tempoh 3 hari aku bakal jadi jutawan.

Pagi semalam (Rabu) aku masih belum kaya dan ini bermakna aku telah melepaskan tiket yg direserve begitu sahaja. Frust memang frust. Belum rezeki aku agaknya. Lalu pagi itu ketika membuka facebook aku dapati Fahrin Ahmad (dialah punca aku beriya2 nak nengok teater ni) akan memberikan tiket percuma teater ANTARA hari ini dengan syarat hantarkan 2 keping borang ABPBH bagi satu tiket (selagi stok masih ada). Maka dengan pantas aku memaksa despatch membelikan 4 keping suratkhabar Berita Harian dan mengcall hubby balik segera~! Hubby janji 5.30 tepat akan tercongok di ofis aku.

Walaupun aku tau peluang aku amat tipis untuk mendapatkan tiket ni memandangkan cuma 100 keping diedarkan untuk hari ni bermula 3 petang tadi, tapi aku terus mencuba nasib dengan harapan yang teraaaaaaaaamaaaaattt lah tinggi..

Dan akhirnya aku sampai ketika Fahrin Ahmad bersiap sedia untuk balik kerana tiket percuma telah habis diedarkan. Aku yang tercungap2 akibat berjalan pantas sambil memegang 4 keping borang ABPBH hampir frust kemenonggengan di lobi Istana Budaya. Namun mataku tak lepas menyapu bersih muka Fahrin Ahmad yang tercatuk di hadapan aku ketika itu. Hensemnya dia… Sedapnya badan dia.. Nyum Nyum.. Machonya suara dia… dan bila dia senyum aku rasa macam nak pengsan kat situ juga. Paling tidak disangka… PAnya memberikan 2 keping tiket dari simpanan peribadi untukku. Harga seating RM250. Jadi jangan tanya kenapa muka aku sangat manis ketika bergambar dengan Fahrin. Kerana aku merupakan orang terakhir yang dapat jumpa Fahrin dan dapat tiket teaternya yang berharga RM250. Ya Allah… syukur dengan rezekiMU.

Untuk mereka yang jeles dengan ke”excited”an aku ni, boleh dapatkan tiket percuma teater hari ni (last day sampai kul 5 sahaja kalau tiket masih ada) di Istana Budaya dengan jumlah tiket yang lebih limited… jangan lupa syaratnya… 2 keping borang ABPBH yang diundi atas nama FAHRIN AHMAD untuk 1 tiket.

p/s: Inilah pertama kali dalam hidup aku beli paper Berita Harian hanya untuk mengundi Anugerah Bintang Popular.

Jangan lupa saksikan teater ANTARA Vic & Fahrin (tajuk asal yang telah diubah bagi menjaga hati orang tertentu) di Panggung Sari Istana Budaya bermula 25 Februari sehingga 28

Gambar diambil ehsan daripada FA Fanpage.
Ermm... kenapa gambar aku yg diambil oleh orang FA tak cantik mcm gambar aku yg diambil oleh olympus cabukku? Adakah ini bermakna kamera aku lebih berkualiti... dan adalah tidak mungkin aku segemuk tu. Sungguh menakutkan.


16 comments:

iCe said...

huh ni yang jeles tahap otromen ni bila tengok vic dapat tiket rm250 tu... erkkkkk kalo hubby tak dapat pergi, meh ajak dakni temankan vic tengok teater tu... muahahahahaaaa

yanz said...

jeles amat aku oit...aku berkira2 gak nak claim ticket tuh petang smlm..tp berat hati nak drive kesana..haih..moh ler kita g berdua...andy byk keje tuh :P

kakcikseroja said...

Salam Diana..

iyelah.. kenapa nampak 'berisi' sangat dalam gambar tu?? Masa jumpa kat FRIM dulu, kakcik tengok kiut je.. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - haha.. ice... laki aku baca je komen ko ni... confirm dia akan pergi juga walaupun apa rintangan yang ada. ekekek

yanz - ko beli je la berita harian yan.. sempat lagi kejar tiket pratonton ni.

kakcik - tu la pasal kak cik... diana tgk gambar tu terkejut habis. Hari ni je dah tgk cermin 3 kali dah... betul ke eden sebeso tu? Rasa idak le sangat.

iCe said...

muahahahaaaaa

Dayung Serian said...

eeeee bestnyer dpt amik gambar ngan fahrin!!!! minat giler kat mamat ni *wink wink*

azieazah said...

Haritu Kak Azie sempat tengok temubual tentang teater ni di MHI... Arahan ELLI SURIATI, skrip oleh Erma Fatima, rasanya, kan?

Antara pelakun Fahrin dan ada beberapa orang penyanyi termasuk Hattan. Muzikal teater berkonsep kerohanian..

wahhh tahniah dapat tiket RM250.. bukan senang tuh, kan?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - Ketawa ko yer!

Dayung - heheh... kawan2 kat ofis ni marah2 lagi.... "Kenapa ko berdiri dekat2 dengan dia.. tu pakwe aku." hehehe...
Sejak bila plak Fahrin Ahmad jadi pakwe dorang...
Setahu vic... dia pakwe vic (2x5 rupanya).

Kak Azie - betul kak Azie. Skrip Erma Fatima dan diarahkan oleh Ellie Suriati. Cerita bertemakan kisah benar zaman junjungan Rasulullah dan dipentaskan khas bersempena Maulidur Rasul.

Bukan saja Hattan. Ziana Zain, Jamal Abdillah, Lan (bekas vokalis Meet Uncle Hussain) dan beberapa lagi penyanyi lain..

Memang umpama mimpi jadi kenyataan..

echah_syed said...

ola olaa vic..rezeki tu...ermmm mmg hensem mamat tu.tapi sayang ngape masih single & available ye?

vic...combi jeles tahap catwomen suda ni :(

dgr khaba elli suriati tarik diri sbb masalah teknikal ekk.

siti murni ishak said...

untung nyer...& most importantly..jeles sangat2 dgn u ok!! bkn pasal fahrin but pasal teater ANTARA itself. Orang KL beruntung la senang kalau nk tgk teater...huhu....ada IB..huhu...apsal tak mintak lagi satu ticket utk i...hehe

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Echah - rasanya memang dia tarik diri kot sebabnya nama dia tak diumumkan pun semalam dan ramai yang tertunggu2 nak dengar namanya... sayangkan tak ada.

Murni - hahahaha... kalau ambik untuk u pun murni... camna la u nak turun mai sini?? jauh tu...

Framestone said...

oh kekadang la kan...

"jika tidak ikhlas, maka hasil kuar sure cam ikhlas x ikhlas je"

he..23x cam tue la citenye knpe pic mu yg dorg tngkap x seberapa menarik

BroFramestone Blog

Anonymous said...

ape yg bro merepek nie bro? susah2 kan bro je bermadah helah. buat penat achik memikir permadahan bro tue. X pe la.. achik yg bodoh kot.. sbb .. yela.. achik x pegi masuk sekolah budak2 jantan kat ipoh yg baru sambut besday ke-100thn maklum la .. skolah tu cuma amik jantan2 macho mcm bro je.



{{-Makcik Leha Pandai Berkias Hias-}}

**Suka batu2 kristal kaler oren, Sgt suka bagi teka teki.Paling tak suka org perasan pandai,perasan kaya,perasan alim,opss terlebih sudah!, x kesah pun kalau xde org amik kesah.

Anonymous said...

ape yg bro merepek nie bro? susah2 kan bro je bermadah helah. buat penat achik memikir permadahan bro tue. X pe la.. achik yg bodoh kot.. sbb .. yela.. achik x pegi masuk sekolah budak2 jantan kat ipoh yg baru sambut besday ke-100thn maklum la .. skolah tu cuma amik jantan2 macho mcm bro je.



{{-Makcik Leha Pandai Berkias Hias-}}

**Suka batu2 kristal kaler oren, Sgt suka bagi teka teki.Paling tak suka org perasan pandai,perasan kaya,perasan alim,opss terlebih sudah!, x kesah pun kalau xde org amik kesah.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Cik Leha ni banyak sangat makan kerepek kot tu yg asyik merepek. :P Kesian Bro plak yang kena. hehehe... sabo je la

iDAN said...

Selalunya orang gemuk... jangan sebut gemuk... Selalunya orang berisi ini wajahnya comel... betul itu yang saya perhatikan. Nampak manis & gemu tentunya.

Tahun 80an saya ini jadi Pak Pacak dalam teater; pernahlah jadi wakil teater bagi Wilayah Persekutuan di peringkat kebangsaan; dua minggu di UM.

Masa itu teater ini percuma sahaja. Sekarang ini bila tenguk harga tiket emmm! memang tak mampu. Fikir dua tiga kali kecuali dapat duit terpijak nak nonton teater ini.

Saya adalah peminat setia pelakon Fahrin; alangkah gahnya jika dapat bergambar dengan dia.