Sunday, January 17, 2010

Tak Ada Yang Menarik Pun.

Tidak ada apa yang menarik berlaku pada weekend ni. Dah 2 minggu disajikan dengan bebanan kerja yang melampau. Masalahnya walaupun 2 minggu bertungkus lumus menyiapkan semua kerja, bebanan tak pernah kurang. Makin bertambah lagi ada. Baru nak habis 3 out of 8 punya kerja.. sampai lagi 5 kerja baru. Camno nak habis?

Weekend ni pun sekadar duduk umah baca MASTIKA, Cosmopolitan dan Mingguan Wanita. Tu je la. Lagi plak sejak kereta hubby jam dan dalam proses overhaul, budget nak shopping pun sudah lari. Sampai skang pun kereta dia ada lagi terbarai lagi kat depan rumah tu. Banyak lagi spare part lum beli. Akhirnya aku melangut la atas sofa. Nak taip entry kat blog pun dok pikir... "nak citer pasal apa ye?"

11.20 malam - Ahad nak masuk Isnin lepas baca blog kawan2 baru terpk.. kalau takde yg menarik yg berlaku dalam hidup aku.. apa kata cerita benda yg kurang menarik? At least there's something, better than nothing.
Last week on 6th and 7th aku ada training title "Domestic Inquiry Procedures for Managerial Level". Trainer dia seorang melayu yang dah berkhidmat lama dengan JKKP, JPA dan sangat familiar dengan kes-kes di Industrial Court dan Tribunal. Dari syarikat aku, kami menghantar 3 particpants iaitu aku, Mr Siah - QA Manager dan bos kesayangan aku, Mr Ricky. Part yang paling seronok, on the 2nd session masa 2nd day tu, kami terpaksa berpura2 mengendalikan sebuah kes DI. Aku terpaksa menjadi peguambela kepada pekerja yang dituduh manakala Mr Ricky appointed untuk jadi Pegawai Pendakwa. Tertuduh, Saksi, Chairman, panel dan lain2 terdiri daripada rakan2 seangkatan dari syarikat2 lain. Maka pada hari tu berlakulah aksi2 yang mencuit hati bila cara kami mengedalikan kes dan bersoal balas membuat trainer sendiri pun terketawa. Katanya "nak menang kes punya pasal, sanggup korang buat cerita bukan2 ye".... dan sebaik habis sesi perbicaraan Mr Ricky siap sound "Berani you tolong pekerja yang salah ye! Dah salah tu salah je la, buat apa mau defend?" Hahahahahha... teremosi lak bos aku ni. Tapi seriously menentang bos sendiri dalam DI olok2 mcm tu betul2 satu pengalaman yang bukan setakat aku, tapi aku yakin bos aku pun takkan lupakan. Training tu benar2 mengajar aku menjadi kuat dan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan pekerja-pekerja dan union.

Buktinya esoknya sekembalinya aku ke pejabat, aku perlu menyerahkan 13 surat showcause letters kepada 13 pekerja yang disyaki merancang untuk tidak hadir secara beramai2 - dan hasilnya aku sikit pun tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan mereka walaupun proses menyain telah menyebabkan perdebatan selama 45 minit. Almaklumlah, sebahagian penama2 merupakan presiden, bendahari, setiausaha dan AJK union di syarikat aku. Hasilnya aku keluar dengan 13 surat yang telah ditandatangi tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.... bos aku kata, "Training tu betul2 bagi benefit dekat you ye? Ok... next time, I hantar you training lagi." YESSSSSSSS!!! Makan sedap2 lagi~!!!!

8 comments:

zeqzeq said...

meag kan satu kepuasan..mana ada orang yang ingin kalah..

yang dah tau bersalahpun nak menang

azieazah said...

Kak Azie pun sangat suka hadiri kursus samada ofis hantar atau pun organisasi hantar. Bukan saja makan sedap, tapi juga belajar sesuatu yang baru dan dapat jumpa kawan-kawan baru..

best, kan?

@cu SaYaNg said...

seronok kan kalau dapat pegi kursus terutama nye kursus anjuran luar...makan best..kawan bertambah..tapi bila balik je dari kursus beban keje mak oi...tertanggung ahkak nak buat dik non oi...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah. ekekek

Kak Azie - memang besh kak azie. Diana kalau pi training mesti tgk hotel mana dulu. Kalau hotel yg terkenal dengan menu yang power... mmg tak sabar2 nak pergi. hahahah. 2ndly memang dapat buat banyak kawan. Lagi plak kalau training tu berkenaan dengan job scope kita... semuanya rakan2 seangkatan. Jadi bleh tukar2 emel dan no phone... bila kita berhadapan dengan kesukaran di tmpt kerja, boleh contact mereka tanya pendapat.

@cu - itulah yang diana alami, acu. Balik2 je ofis... ada 3 folder yang diletakkan dengan kertas dan file yg membukit. Sakitnya hati. 2 minggu menyiapkan bertungkus lumus pun tak setel2 lg. Terus hilang seronok training... tambah stress plak.

ieja said...

hahaa.. aku suka ayat last ko tu vic.... makan...

Framestone said...

cam best je tempat koje u... nk apply leh huhuhu

bab2 berdebat n training mmg teman suke

out of topic--> oh..kerje kilang getah ke..??? ops entah2 itu getah dari getah yang teman toreh kot huhuhu

BroFramestone Blog

zeqzeq said...

wa tak suka makan, wa suka minum

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.