Thursday, January 21, 2010

Sayonara Kamishima San

Setelah pemergian Mr. Ito our Deputy MD kerana tamatnya kontrak, kini tiba giliran MD kami pula, Mr Kamishima. Semalam merupakan hari yang paling bz untuk aku kerana dari pagi sampai ke petang sibuk menguruskan farewell party untuknya. Mujurlah aku ditemani kawan2 yang sangat baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Terima kasih banyak untuk En. Salleh, awal2 pagi dah start menyiang ayam, marinated then goreng plak dekat kantin.
Terima kasih juga kepada Izhar, bekejar mengambil sate yg ditempah di Sate Haji Samuri, PKNS. Terima kasih Haida, bertindak selaku bendahari mengutip contribution, kemudian menemani aku menempah dan mengambil kek. Terima kasih Kak Dani, Kak Roha (Rendang ayam dan paru tu, superb), Kak Bib (laksa sedap betul), Kak Liza, Su, Zura dan ramaaaaaaiii lagi. Aku seperti jamuan raya hari tu... dipaksa membuat sambal ikan bilis. Aku setuju dengan syarat, aku tak mau buat nasi lemak. Akhirnya tugas membuat nasi lemak diserahkan kepada Zura. Walaupun sambal dimasak terlampau banyak... peliknya... habis licin. Minyak pun org kaut. ekekek.. especially my bos Mr Ricky, tapau sambal je satu plastik penuh. Sampai kak joyah sport perli, "Mr Ricky tu, kalau apa pun Siti buat semuanya bagus, semuanya sedap... semuanya dia suka." Tu la dia melayu hati busuk. Asyik la PHD.
Cake with message "SAYONARA & THANK YOU MR. KAMISHIMA"


Popiah the best in town.... memang kaw!!!
Uihh... cukup la khusyuk nya En. Salleh makan. Balas dendam penat menyiang ayam la ni ye?
Lelaki berbaju putih ialah Mr Sudo. Dia akan take over tempat Mr Kamishima nanti.

10 kali snap... 10 kali la aku pose mcm2 aksi...
Yg dirai berdiri segak di tengah memakai kot hitam. Yang paling gembira.. berbaju hitam juga 2 dari kanan.

9 comments:

@cu SaYaNg said...

yg berbaju itam 2 dr kanan tu terlebey gembira dr yg diraikan si baju itam kat tengah tu...hehehee

sedap nye sate...nyum..nyum..

azieazah said...

Seronok kan bila ada majlis2 macam ni kat ofis...
Kak Azie jarang dapat jumpa big boss (dia duk di UK).

Semoga bos baru akan lebih beri semangat pada semuaa...

wehhhh pesal ritu gathering, tak masak sambal bilis walaweiiii tuh??

siti murni ishak said...

Vic jadi organizer..waa...tahniah la..event berjaya kan..sikit2 PhD tu biasa la Vic..mana2 pun ada org cmni. Geram tu mmg tp nk wat cmne kan..fitrah manusia. Tgk food pun semua nmpak yummy jer..sib baik perut i dah kenyang..hihi. welcome to ur new boss...:-)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - Hahaha... nampaknya memang gitulah Acu. Sebenarnya ada lima keping gambar yg mcm tu... org lain kedudukannya tetap sama, vic plak ada 5 pose yg berbeza... sampai bos pun dah tegur gambar2 tu.. pening kepala dia. hahahahha

Kak Azie - sebenarnya big bos yg bebetul namanya Mr. Suzuki... sbb tu nama kompeni pun Suzuki.. Suzuki ni bleh dilihat paling kerap pun sekali sebulan... itu pun paling lama 3 hari.. biasanya sehari je dia dh balik Jepun semula. Dia lebih utamakan kompeni induk di Jepun. Tak mcm MD dan Deputy MD... mereka memang based di Malaysia.

Siti Murni- Hmmm... jadi organizer tu dah biasa sebab vic la satu2nya orang ofis yang rapat dengan org2 production office. Jadi senang nak bekerjasama.
Yang tak biasanya kena jadi MC bidan terjun. Semua dah berkumpul tapi tak ada sorang pun nak cakap... pasalnya MD baru yg ganti Mr Kamishima tak pandai langsung cakap Melayu jd MC yg biasa jd MC tu terus zip mulut. Dah semua org memandang muka Vic. Apa lagi terpaksa la bercakap tanpa skrip... pakai hentam keromo je... lantak kowang la paham ke tak.. janji aku dah cakap. hahahhaahha

zeqzeq said...

lain kali nak makan ajaksaya, sambil hantar surat..

Miss Marquis said...

wah geramnye tengok popiah tu!!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Kalau ajak kamu, belum sempat sampai makanan dah habis. heheheh

Miss Marquis - popiah tu mmg sedap sgt. Selalu order dgn kawan suh dia beli masa on d way nk pi kerja. Sebab dah tau sedap tu yg berani order banyak untuk majlis ni.

iDAN said...

Sambal yang Diana buat tu pasti payah nak jumpa aromanya. Maka itu semua amat suka!.

Bukan mudah nak buat sambal yang sedap ni!. Baguslah licin habis dari terbuang membazir.

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.