Wednesday, January 27, 2010

Periuk Nasi Aku...

Pekerjaan pertama aku sebaik sahaja tamat pengajian ialah bekerja di sebuah syarikat pengimport barang2 perindustrian. Dengan bilangan pekerja lebih kurang 350 orang dengan 9 buah cawangan di seluruh Malaysia, ia merupakan tempat paling afdal untuk aku belajar bertatih... perkiraanku.

Berbekalkan result SPM je (ketika itu belum konvo lagi) aku telah diterima sebagai Receptionist cum Admin Clerk. Dari situlah aku mula meneroka bidang HR dan Admin secara praktikal (selama ni cuma belajar teori je). Beruntungnya aku mempunyai superior yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku selok belok bidang Sumber Manusia. Tak sampai setahun bekerja, aku dinaikkan pangkat menjadi HR Assistant dan selepas 3 tahun aku di'promote' sebagai HR & Admin Executive. Terima kasih Ms Lee.... jasamu dan tunjuk ajarmu tak pernah ku lupa.

Tinggal kenangan : meja aku ketika di syarikat pertama.

Tinggal kenangan : Bilikku pemandangan dari cermin luar.

Tinggal Kenangan : Kawan-kawan seper"gurau"an


Tak ada sebab aku akhirnya berhenti kerja. Konon nak ikut suami berpindah ke Port Dickson. Susah duduk berjauhan dengan suami. Jumpa cuma hari minggu aje. Namun panas bontot duduk rumah tak mampu kutahan lagi. Akhirnya aku kembali ke lembah Klang setelah berjaya dalam temuduga dengan sebuah syarikat Public Listed (Berhad). Berdebar juga - mengepalai satu dept yg agak besar dengan jumlah keseluruhan pekerja melebihi 1000 org. HR Dept sahaja 12 org ketika itu yg dipecahkan kepada beberapa bahagian. Training / Admin / Payroll. Akulah kepala untuk payroll dengan dihadiahkan 4 org pembantu dibawahku. Tapi jangan sangka Public Listed company tu bagus. Nama je gempak... tp kerah tenaga org macam haram.. asal kata kena time payroll... pukul 12 malam masih di syarikat. 2-3 hari berturut2 setiap bulan. OT takde sebab executive mana ada OT. Benefit lain ZERO! Never ever ada kompeni trip atau annual dinner. Family Day pun takat kat padang MPK je. Dah le tu, tokeynya dah kerah tenaga org tak reti nak hargai, asyik nak bertekak ngan aku tiap2 hari. Lagi 3-4 hari je aku nak kena confirm (sbb exec probation period 6 mths) aku campak surat resign... menggelabah boyan plak suh stay lagi sebulan, konon nak suh aku tolong train org baru. Huh... taik kucing tul... dah layan org mcm hamba abdi, muka tak malu plak suh org buat budi.....

Akhirnya berbekal emel panjang lebar meluahkan rasa tak puas hati terhadap layanan dari pihak managerial dan sistem pembayaran gaji yg bodoh dan tolol - aku tinggalkan kompeni tanpa upacara salam2 pun dengan directornya. (Tapi dengan kawan2... siap dowang buat majlis makan2... dapat banyak hadiah... terharu betul... terima kasih semua). Aku rasa lega sangat.... lega seleganya selepas melangkah keluar dari sana.

Tinggal kenangan - kompeni ke-2: Walaupun mempunyai bos yg sangat kejam, tp aku dikelilingi oleh kawan-kawan dan pembantu yang baik dan memahami.

Jadi bila ada panggilan interview dari syarikat Jepun.... aku jadi tawar hati. Kalau syarikat Cina aku rasa mcm dalam neraka, Jepun lagi la strict agaknya. 2 kali temujanji interview aku batalkan dengan alasan macam2, walaupun aku tau Directornya sendiri yang turun ke tempat interview yg dijanjikan. Akhirnya buat kali ke-3 selepas kalah dengan pujuk rayu head hunter yg mengatakan... "MD dia sanggup turun 3 kali tempat kami untuk interview, menunjukkan berapa sincerenya dia," akhirnya 6 mata bertemu... aku, Mr Kamishima dan Mr Ricky.

Mr Ricky : We will have discussion and make selection by this week. If you are selected, you will be informed by this week. Ok... is there anything that you want to say before we end this interview session?

Aku : Thank you for this interview invitation. I know maybe I am not good enough to be at this position. I may have lack of experience but what I can guarantee you is I am fast learner. I'm able to work with less supervision and independently. If you select me and yet you find that I'm not perform well, I am willing to be terminated during my probation period without any prejudice."

Sebelum balik aku bertanya pada head hunter, berapa candidate dah datang interview? "12 orang, you yang last", Entah kenapa confident level aku sangat tinggi waktu itu apabila melihat cahaya di mata Director Jepun tu ketika memandang aku. Sesekali terangguk2 mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulutku. Hasilnya, elok je aku keluar dari bangunan menuju parking kereta, telefonku berbunyi. Suara head hunter. Excited. Mereka buat keputusan immediately untuk memilih aku menjadi ahli keluarga syarikat mereka.

Alhamdulillah.... dan di sinilah aku.. dan hatiku berada kini. Sudah 2 tahun. Walaupun sehingga hari ni panggilan temuduga masih memanggil2... aku selalu berkata dalam hati, "belum masanya lagi, hatiku masih di sini......"


Meja pejabatku kini.... 8 jam dari satu hariku ada di sini (termasuk bila melepak kat meja member2 lain).

Almari aku telah dinobatkan sebagai almari paling neat dan cantik dalam syarikat. Apa saja dokumen HR yg anda cari, just name it, u'll get it less than 3 minutes.

Wall depan bilik MD telah diberikan kepada aku untuk dihias. Oh... yg sebelah tu my cupboard juga. Tapi yg ni P&C. Always locked.

Ha... ni meja jiran depan aku. Tak tahu mcm mana dia boleh hidup kat tempat dia ni. Selalu marah dia suh kemas meja, risau ada biawak dalam tu. Tapi dia buat dekkk aje.

19 comments:

azieazah said...

Syabas... memang Kak Azie tabik dgn semangat dan komitment DIANA...

benar, ada orang yg cukup menjaga kariernya dan sanggup lompat company, bukan semata-mata kerana gaji.. tapi juga environment yg boleh motivasikan kita untuk terus maju dan terus menyumbang kepada company.

Sbb kerja company swasta ni sangat competitive. Memang ada baiknya juga lompat-lompat company, dan pengalaman tidak ada tertulis atas kertas...

Wahhh sungguh kemas meja. Bukankah itu suatu motivasi utk diri juga? Kak Azie kalu tiba mood merudum, mulalah pakai baju lawa skit, sedondon ker.. sbb nak upkan sendiri motivasi diri..

All the best to U, DIANA...

Azrul Hisham said...

fuhh..tabik sama kak diana (^_^)

iCe said...

errkkkkk periuk nasi saya jenama national... hak3 taktau nak komen apa sebenarnya pasal my boss mat saleh... budaya kerja lain sket dengan kompeni kat mesia ni... kerja takde pressure & selalu siap seminggu sebelum deadline... btw esok dah start cuti sampai weekend ni gara2 semua deadline dah disiapkan awal... keh3

zeqzeq said...

bab Periuk NASI memnag sensitif...

minat selera dan kepuasan, serta prinsip.

mana ada pilihan??

zeqzeq said...

ada orang tak kisah nak menapis semasa menanak nasi, basuh tak basuh, periuk buat rebs ubi, buat rebus agar-2 sama jer..
tekan suid lepaskan..

buat masak air 30 minit tekan ..relaks...sampai kering air..(gara2 satu periuk 5 dalam satu)..antara kisah dgn tak kisah..
adakah kita suka mencampuraduk kan pengisian dalam periuk nasi??

siti murni ishak said...

Sungguh kemas & colorful workplace cik vic..hehe:-) kagum i tgk...

Vic, i know ur type...sebab kite same species..hehe..u seorang yg komited, bos mana2 pun tentu syg & rely pd u (i puji diri i sekali ni..hehe)

hopefully, semangat kerja u terus berkobar-kobar...career mcm kite ni byk challenge & mcm kak azie comment tu..sgt competitive. tak perform means...tak lama la kat situ :-) tahniah vic, keep up d spirit!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - terima kasih banyak kak Azie. Kadang2 orang melompat2 kompeni bukan sekadar faktor gaji semata2. Faktor pengalaman juga. Semasa di kompeni pertama, job scope amat luas, tp masih banyak yang belum diketahui secara mendalam.

Bila melompat kompeni ke-2 baru kenal HRDF(PSMB)kerana kompeni lama tak ada caruman HRDF, Domestic Inquiry (selama ni tau terori je) & ISO 9001.

Tapi di sini saya belajar lebih lagi... dah tau ttg Union, Collective Bargaining, Collective Agreement, menjadi auditor dan auditee bagi ISO 9001 dan 14001 dan paling berharga nilai dan budaya masyarakat Jepun yg cuba diterapkan dalam diri pekerja di sini yang kita ketahui baik dan diiktiraf masyarakat dunia. Honesty, Loyalty and Respect.

Azrul - biasa saja Azrul... ramai lagi yg punya pengalaman kerja yg jauh lebih hebat.

iCE - Mungkin next time vic nak kije dengan kompeni Mat Saleh plak la.... dah merasa kerja dengan Cina, Jepun... pasni... omputeh laks.. ekekek

Zeq - Tak kira apa jenis periuk nasi, elektrik atau pakai arang sekalipun...

Tak kira apa jua menu yg dimasak beriyani atau hanya sekadar bubur nasi sekalipun..

Yang penting makanan itu adalah hasil usaha kita, yang halal dan diredhai. Bila makan pun rasa puas.. rasa diberkati.

Murni - yeah... kita memang ibarat kuih dari acuan yang sama. Komited, yes I am. Vic sanggup bawak kerja balik ke rumah kalau takut tinggal sorang kat ofis. Kalau kertas payroll tu sampai 3 bakul bawak balik... kadang2 guard tolong bukakan pintu kereta sbb tangan penuh. Vic cuma nak make sure... by hook or crook... kerja mesti siap seperti yg vic rancangkan. Tak kira mcm mana cara sekalipun..

Tapi bila sifat tak berkira dan komited kita tidak dihargai mcm kompeni ke-2 buat vic tu... I can't stand anymore. Bos di kompeni pertama Ms Lee pernah pesan dengan vic. Be like a Cat, No matter how nice and indulgent it is, it won't allow anyone to step on it's tail.

kain_sari said...

akak memg kreatiflah..cantik tempat meja kjer akak..sedap mata memandang..mesti hepi jerk nk wt kjer..:)nak bljr dr akak lah leh??
adik taklah kreatif tapi bab kemas2 paling suker..:)

Dayung Serian said...

Good environment & kepuasan kerja itu yg penting kannnn...kalau bergaji besar tapi asyik stress jer ngan keja opis & bos pun tak guna.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kain sari - kak vic bukanlah kreatif sgt pun... tipsnya yg kak vic ikut mudah aje:-

1- label file ikut warna yang kita suka - gabungan warna lagi baik, sebab warna-warni membuatkan file tu nampak catchy.

2- Susun barang dokumen yang penting atau file yg selalu dibuka berhampiran, yg jarang2 buka bleh simpan di almari jauh sikit... jgn simpan semua kt tempat duduk kita... nanti semak!

3- Apa yg anda suka? Kak vic suka toy.. especially cute toy... so kak vic akan susun atas partition sebab bila kak vic stress benda tu akan membantu menurunkan kadar stress... sum more... it can squeeze!! heheheheh. Ada juga colleague kak vic yg susun kereta mainan atas partition cos she likes car so much!

Dayung - betul tu tu... mcm kompeni u... adakan aktiviti dancing... company trip... and etc.
Seronok sangat tgk u dengan fancy dress tu. Tu belum dapat tgk u menari betul2.. tentu u have fun habis kan?

Framestone said...

teman.. lepas habis study nie cadang nk carik koje la.. klu leh bahagian HR tang training or OSHA huhuuh

ade mane2 lubang x he..23x

out of topic--> he...23x peh betul2 komen yang membina... tp skrg byk kes.. ape2 je nk mintak cerai... dah mintak cerai.. anak men pas2.. harta direbut2... last2 2-3 entah ke mane....

if berlaku curang.. kaji la balik tang mane silapnya.. pokok xkan bergoyang klu xde angin or org panjat n menyamar jd hantu

BroFramestone Blog

-inay- said...

seronok kan vic kerje mende yg kite suka n komited...kamu sgt bagus...salute

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Framestone - hubby kita pun org tg malim juga... jangan2 satu sekolah kot. ekekekke..

Training tu mmg salah satu cabang HR... tapi OSHA plak biasanya dihandle oleh Quality Control Dept... atau pun sesetangah company besar mempunyai safety and health officer.

Tapi semuanya ada link.. untuk memenuhi requirement OSHA dan DOSH pekerja perlu diberi training yang sama setiap tahun atau dua tahun. Bila tak buat mula la dikatakan tak fit requirement... kompeni bleh kena saman... leceh.... pekerja pula... perlu dhantar pemeriksaan kesihatan selang beberapa tahun... haihhh.. leceh!

Beet - Sebenarnya tak la suka sgt kerja skang ni Beet.. aku tak suka kerja sbg HR sbnrnya... tp aku sukakan tmpt kerja skang..

zeqzeq said...

saya pun bukan daru TMalim juga

Framestone said...

satu sekolah.. oh tidak.... coz teman xsekolah kat sinie pun huhuhu

ada kekosongan x..?? mahu tukar angin la.... dok kerje sini xterase produktive la.. dok rase cam deduktive je... huhuhu

yup betul sume tue... xkisah mane2 pun jnji bawah cabang tue jugak

out of topic--> ade ke nk bg tanda cat (thundercat) zaman kocik2 dulu boleh la... thunder.. thunder.. thundercat.. hooooo he..23x (terlebih sudah)

he..23x entry tanda nie dah lame nk wat.. time sembang dgn cikgu Yam hari teu kat facebook... cuma xtersiar2 je dlm blog... bz sikit

BroFramestone Blog

iDAN said...

Fikir kan masalah kerja sungguh saya ini jenis malas berhijrah hinggalah diarahkan berhijrah;

Diana beruntung dapat terokai dunia kerjaya di swasta, bayangkan baru tak sampai setahun telah pun diberikan kenaikan pangkat. Swasta tak tenguk sangat sijil; asas sudah cukup pengalaman itu lebih layak.

Di sektor awam amat payah; kecuali ada kabel, baik dengan bos banyak sangat protokol & syarat. Nak sijil pelbagai sedangkan kita telah buat lebih dari tugas sebenarnya.

Bagaimana nak sedarkan mereka di bahagian perjawatan sektor awam sana; yang sijil & kemahiran itu seharusnya seiring. Bukan lagi seseorang itu berpengalaman lagi diturunkan pangkat sebab nak isikan mereka yang gah bersijil berijazah kerja tak tahu apa pun!.

Saya tinggalkan kerjaya kerajaan disebabkan faktor yang merosakkan jiwaraga ini.

@cu SaYaNg said...

wah...kemas nye meja..
meja acu elok ckit dr meja jiran diana...muahahahaa

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

Zulfaiz Zulkifli said...

Saya rasa kamu boleh pergi jauh dengan melihat cara kamu revamp the files and tempat keje. keep up the good work.