Monday, January 25, 2010

Best Friends' Convoi

Tg Malim 23 January 2010 - Sekumpulan 12 sekawan dengan menaiki 4 buah kereta telah berkonvoi ke Sungai Canai, Tg Malim untuk berBBQ beramai-ramai dalam usaha merelease tension kerja dan bersuka ria bersama kawan2 dan keluarga.

Dilaporkan mereka tiba di bandar Tg Malim pada pukul 10.00 pagi namun singgah di pasar pagi Tg Malim bagi membeli makanan laut tambahan seperti udang, cencaru dan sotong. Setelah singgah di rumah Haji Ishak (bapa mertua owner blog ni) bagi menghantar bekalan beras untuk dimasak dan menukar baju, mereka telah bertolak terus ke Sungai Canai.

Setibanya ke destinasi yang ditujukan, mereka telah dibahagikan kepada beberapa tugasan masing2 seperti berikut:-

1- Hidupkan unggun api - Andy & Shukord
2- Pasang Khemah - Khairil, Bakhtiar & Ajiem
3- Buat air - Anne & Vic
4 - Siang ikan cencaru - Zira
5- Basuh ni sotong- Kak Za, Zaza, Ejad
6- Basuh ikan - Yan.

Aik, camna pak mertua aku pun ada sini? hehehe... dia tolong hantarkan nasi yang dah dimasak, last2 terus join sekali. heheheh

Selepas proses membakar2 (dalam hal ni Shukord buat kerja lebih), makan dan sebagainya mereka pun melakukan pelbagai aktiviti lain seperti membuat terjunan dengan pelbagai gaya, membuat pertandingan siapa menyelam paling lama dan berjalan dari batu ke batu menuju ke bahagian sungai yang lebih atas. Disilah berlaku kejadian ngeri apabila owner blog tergolek dari batu besar ke batu kecil ke-2 kemudian tergolek lagi ke batu kecil ke-3. Sungguh naya. Namun dengan bangganya owner blog ketawa lepas jatuh sebab tak caya masih hidup lagi. Kejadian tersebut langsung tidak mematahkan semangat owner blog untuk terus menuju ke bahagian atas lagi sehinggalah tak ada jalan lain lagi sebab batu nak lintas semua dah habis.

Pemandangan seterusnya sungguhlah memukau sehingga mereka mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk duduk. Namun jangan salah faham, bukan untuk menghayati pemandangan sebaliknya sebab masing2 dah tercungap2 kepenatan.
Lebih kurang pukul 2.30 petang hujan rintik2 mulai turun. Kerana khuatir kepala air maka mereka diarahkan berkemas untuk balik (diarahkan = bukan rela hati nak balik). Dengan berat hati masing2 pulang ke rumah mertua owner blog untuk mandi, solat, tidur sekejap dan..... sambung berBBQ dekat garage kereta... (sungguh tak puas BBQ tepi sungai).

Lebih kurang 6.30 petang rombongan bersiap untuk berangkat pulang. TETAPI.... mereka kelihatan berhenti di tepi jalan bagi menikmati PAU YIK MUN - The Famous Tanjung Malim Pau. Kemudian mereka didapati berhenti lagi selama setengah jam di kedai pakaian di Tanjung Malim. Di sini jelas kelihatan hampir kesemua ahli rombongan wanita lupa diri seketika. Bila diarahkan balik sebab masa shopping yg diberi telah tamat, masing2 buat muncung itik. Ops... sebelum termiss satu part menarik... dari kedai pau menuju ke kedai shopping rombongan didapati berhenti secara tergesa-gesa di satu medan selera. Rupanya salah satu peserta rombongan iaitu Ajiem dilaporkan terpijak tahi kucing sehingga seluruh MYVI hitam kepunyaan Bakh dilanda muntah hijau. Sungguh la malang nasib kamu ni Ajiem.






Akhirnya dari kedai pakaian, rombongan berpecah kepada 2 kerana Shukord, Khairil n wifey akan ikut highway manakala yang lain melalui jalan lama tembus ke Selayang. Berpisah dengan Zaza dan Yan di Wangsa Maju. Sebaik saja sampai di rumah masing2 dilaporkan terus terbungkang!!!

p/s: Gambar terlampau banyak - lebih kurang 400 keping. Kalau boleh nak update semua tapi man-man la kan.... dah kul 1 pagi ni... esok aku kerja. Kang aku upload lagi gambar yerk bila free2.. Oh... gambar beginning tu purposely letak yg itu.... bila kowang tgk thumbnail... mesti excited nak baca kan? hahahaha... gigolo terlampau ke? ada rupa gigolo ke tu? ntah la....

12 comments:

azieazah said...

Wahhh sungguh seronok mereka itu bercanda-canda sambil bergumbira dan makan tak hengat duniaaaa...!

jelessssszzz...!

siti murni ishak said...

Tahap cemburu memuncak-muncak!! Sudah lama meninggalkan arena konvoi, best..baca entry ni terasa terbuai-buai seronok dgn suasana picnic..sejuk air sungai & kehijauan hutan...huhu...upload more pic please...:p

zeqzeq said...

seronok jamu mata..depan mata belakang mata..huuu

@cu SaYaNg said...

wah...best nye bersantai..
sesekali pegi kawasan air terjun
terasa tenang otak kan..
best!!!

Framestone said...

jauhnya sampai Tg Malim... itu tempat teman tue....

dah dokat beno dah

BroFramestone Blog

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - bab makan tu yg besh kak azie... pendek kata makan sampai puas la aritu... sampai udang dan sotong boleh main tolak2 tepi...

Murni - vic pun dah lama tak kovoi... tp seingat vic pengalaman konvoi dan trip paling mencabar yg vic pernah pergi ialah 3 hari 2 malam tidur atas rakit dekat tasik Bersia, Perak. Bayangkanlah tidur 10 org atas rakit tengah2 tasik yang besar gaban... gelap gelita.. apa pun tak nampak bila malam. Bila habis trip barulah dowang cakap, nasib baik rakit tak diterjah toman besar... kalau tak jadi makanan toman silap2... Terus rasa meremamng.
Gambar tu akan diupload nanti sebabnya kameraman lambat nak transfer ke laptop vic.

Zeq- mata pun ada jamu ye? Jamu serapat ye wak?

Acu - betul tu Acu, ditambah plak dengan bunyi riang2, bunyi burung dan unggas hutan... punya la asyik.

Framestone - hehehe... org Tg Malim juga ye? Sama la ngan hubby kita.

iCe said...

errmmmm bila laa agaknya dapat bercanda macam ni???

azieazah said...

ICE > jommm kiterrr...!

iCe said...

kak azie > jom kiter ...??? jeng3

Framestone said...

yup mmg org Tg malim... asal sinie.. lahir je kat tempat len....

nkwat cam mne kan.. time nk lahir kne dirunnerkan ke HBKL

BroFramestone Blog

iDAN said...

Sungai Bil & Sungai Canai itu berdekatan ke?. YB rakan sekampung Bro Mazidul selalu berpesan berhati-hati kalau meniti batu di sana; banyak yang licin.

Nasiblah Diana tak apa-apa.

Jarang dapat convoi begini dengan rakan-rakan. Sekarang ini kalau pergi berkumpulan sekadar turun ke laut. Memancing.

Sesekali memang seronok berkempen & santai di jeram; rasa jemu kalau asyik tepi laut yang panas!.

Sekitar Kajang pun banyak jeram, antaranya Sungai Congkak, Tenggala, Batangsi & Gabai.

Gabai paling ramai orang kemalangan jatuh dari batu yang licin lagi curam; berjaga-jaga kalau ke sana.

Bila nak ke sini?.

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.