Wednesday, January 27, 2010

Periuk Nasi Aku...

Pekerjaan pertama aku sebaik sahaja tamat pengajian ialah bekerja di sebuah syarikat pengimport barang2 perindustrian. Dengan bilangan pekerja lebih kurang 350 orang dengan 9 buah cawangan di seluruh Malaysia, ia merupakan tempat paling afdal untuk aku belajar bertatih... perkiraanku.

Berbekalkan result SPM je (ketika itu belum konvo lagi) aku telah diterima sebagai Receptionist cum Admin Clerk. Dari situlah aku mula meneroka bidang HR dan Admin secara praktikal (selama ni cuma belajar teori je). Beruntungnya aku mempunyai superior yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku selok belok bidang Sumber Manusia. Tak sampai setahun bekerja, aku dinaikkan pangkat menjadi HR Assistant dan selepas 3 tahun aku di'promote' sebagai HR & Admin Executive. Terima kasih Ms Lee.... jasamu dan tunjuk ajarmu tak pernah ku lupa.

Tinggal kenangan : meja aku ketika di syarikat pertama.

Tinggal kenangan : Bilikku pemandangan dari cermin luar.

Tinggal Kenangan : Kawan-kawan seper"gurau"an


Tak ada sebab aku akhirnya berhenti kerja. Konon nak ikut suami berpindah ke Port Dickson. Susah duduk berjauhan dengan suami. Jumpa cuma hari minggu aje. Namun panas bontot duduk rumah tak mampu kutahan lagi. Akhirnya aku kembali ke lembah Klang setelah berjaya dalam temuduga dengan sebuah syarikat Public Listed (Berhad). Berdebar juga - mengepalai satu dept yg agak besar dengan jumlah keseluruhan pekerja melebihi 1000 org. HR Dept sahaja 12 org ketika itu yg dipecahkan kepada beberapa bahagian. Training / Admin / Payroll. Akulah kepala untuk payroll dengan dihadiahkan 4 org pembantu dibawahku. Tapi jangan sangka Public Listed company tu bagus. Nama je gempak... tp kerah tenaga org macam haram.. asal kata kena time payroll... pukul 12 malam masih di syarikat. 2-3 hari berturut2 setiap bulan. OT takde sebab executive mana ada OT. Benefit lain ZERO! Never ever ada kompeni trip atau annual dinner. Family Day pun takat kat padang MPK je. Dah le tu, tokeynya dah kerah tenaga org tak reti nak hargai, asyik nak bertekak ngan aku tiap2 hari. Lagi 3-4 hari je aku nak kena confirm (sbb exec probation period 6 mths) aku campak surat resign... menggelabah boyan plak suh stay lagi sebulan, konon nak suh aku tolong train org baru. Huh... taik kucing tul... dah layan org mcm hamba abdi, muka tak malu plak suh org buat budi.....

Akhirnya berbekal emel panjang lebar meluahkan rasa tak puas hati terhadap layanan dari pihak managerial dan sistem pembayaran gaji yg bodoh dan tolol - aku tinggalkan kompeni tanpa upacara salam2 pun dengan directornya. (Tapi dengan kawan2... siap dowang buat majlis makan2... dapat banyak hadiah... terharu betul... terima kasih semua). Aku rasa lega sangat.... lega seleganya selepas melangkah keluar dari sana.

Tinggal kenangan - kompeni ke-2: Walaupun mempunyai bos yg sangat kejam, tp aku dikelilingi oleh kawan-kawan dan pembantu yang baik dan memahami.

Jadi bila ada panggilan interview dari syarikat Jepun.... aku jadi tawar hati. Kalau syarikat Cina aku rasa mcm dalam neraka, Jepun lagi la strict agaknya. 2 kali temujanji interview aku batalkan dengan alasan macam2, walaupun aku tau Directornya sendiri yang turun ke tempat interview yg dijanjikan. Akhirnya buat kali ke-3 selepas kalah dengan pujuk rayu head hunter yg mengatakan... "MD dia sanggup turun 3 kali tempat kami untuk interview, menunjukkan berapa sincerenya dia," akhirnya 6 mata bertemu... aku, Mr Kamishima dan Mr Ricky.

Mr Ricky : We will have discussion and make selection by this week. If you are selected, you will be informed by this week. Ok... is there anything that you want to say before we end this interview session?

Aku : Thank you for this interview invitation. I know maybe I am not good enough to be at this position. I may have lack of experience but what I can guarantee you is I am fast learner. I'm able to work with less supervision and independently. If you select me and yet you find that I'm not perform well, I am willing to be terminated during my probation period without any prejudice."

Sebelum balik aku bertanya pada head hunter, berapa candidate dah datang interview? "12 orang, you yang last", Entah kenapa confident level aku sangat tinggi waktu itu apabila melihat cahaya di mata Director Jepun tu ketika memandang aku. Sesekali terangguk2 mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulutku. Hasilnya, elok je aku keluar dari bangunan menuju parking kereta, telefonku berbunyi. Suara head hunter. Excited. Mereka buat keputusan immediately untuk memilih aku menjadi ahli keluarga syarikat mereka.

Alhamdulillah.... dan di sinilah aku.. dan hatiku berada kini. Sudah 2 tahun. Walaupun sehingga hari ni panggilan temuduga masih memanggil2... aku selalu berkata dalam hati, "belum masanya lagi, hatiku masih di sini......"


Meja pejabatku kini.... 8 jam dari satu hariku ada di sini (termasuk bila melepak kat meja member2 lain).

Almari aku telah dinobatkan sebagai almari paling neat dan cantik dalam syarikat. Apa saja dokumen HR yg anda cari, just name it, u'll get it less than 3 minutes.

Wall depan bilik MD telah diberikan kepada aku untuk dihias. Oh... yg sebelah tu my cupboard juga. Tapi yg ni P&C. Always locked.

Ha... ni meja jiran depan aku. Tak tahu mcm mana dia boleh hidup kat tempat dia ni. Selalu marah dia suh kemas meja, risau ada biawak dalam tu. Tapi dia buat dekkk aje.

Monday, January 25, 2010

Best Friends' Convoi

Tg Malim 23 January 2010 - Sekumpulan 12 sekawan dengan menaiki 4 buah kereta telah berkonvoi ke Sungai Canai, Tg Malim untuk berBBQ beramai-ramai dalam usaha merelease tension kerja dan bersuka ria bersama kawan2 dan keluarga.

Dilaporkan mereka tiba di bandar Tg Malim pada pukul 10.00 pagi namun singgah di pasar pagi Tg Malim bagi membeli makanan laut tambahan seperti udang, cencaru dan sotong. Setelah singgah di rumah Haji Ishak (bapa mertua owner blog ni) bagi menghantar bekalan beras untuk dimasak dan menukar baju, mereka telah bertolak terus ke Sungai Canai.

Setibanya ke destinasi yang ditujukan, mereka telah dibahagikan kepada beberapa tugasan masing2 seperti berikut:-

1- Hidupkan unggun api - Andy & Shukord
2- Pasang Khemah - Khairil, Bakhtiar & Ajiem
3- Buat air - Anne & Vic
4 - Siang ikan cencaru - Zira
5- Basuh ni sotong- Kak Za, Zaza, Ejad
6- Basuh ikan - Yan.

Aik, camna pak mertua aku pun ada sini? hehehe... dia tolong hantarkan nasi yang dah dimasak, last2 terus join sekali. heheheh

Selepas proses membakar2 (dalam hal ni Shukord buat kerja lebih), makan dan sebagainya mereka pun melakukan pelbagai aktiviti lain seperti membuat terjunan dengan pelbagai gaya, membuat pertandingan siapa menyelam paling lama dan berjalan dari batu ke batu menuju ke bahagian sungai yang lebih atas. Disilah berlaku kejadian ngeri apabila owner blog tergolek dari batu besar ke batu kecil ke-2 kemudian tergolek lagi ke batu kecil ke-3. Sungguh naya. Namun dengan bangganya owner blog ketawa lepas jatuh sebab tak caya masih hidup lagi. Kejadian tersebut langsung tidak mematahkan semangat owner blog untuk terus menuju ke bahagian atas lagi sehinggalah tak ada jalan lain lagi sebab batu nak lintas semua dah habis.

Pemandangan seterusnya sungguhlah memukau sehingga mereka mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk duduk. Namun jangan salah faham, bukan untuk menghayati pemandangan sebaliknya sebab masing2 dah tercungap2 kepenatan.
Lebih kurang pukul 2.30 petang hujan rintik2 mulai turun. Kerana khuatir kepala air maka mereka diarahkan berkemas untuk balik (diarahkan = bukan rela hati nak balik). Dengan berat hati masing2 pulang ke rumah mertua owner blog untuk mandi, solat, tidur sekejap dan..... sambung berBBQ dekat garage kereta... (sungguh tak puas BBQ tepi sungai).

Lebih kurang 6.30 petang rombongan bersiap untuk berangkat pulang. TETAPI.... mereka kelihatan berhenti di tepi jalan bagi menikmati PAU YIK MUN - The Famous Tanjung Malim Pau. Kemudian mereka didapati berhenti lagi selama setengah jam di kedai pakaian di Tanjung Malim. Di sini jelas kelihatan hampir kesemua ahli rombongan wanita lupa diri seketika. Bila diarahkan balik sebab masa shopping yg diberi telah tamat, masing2 buat muncung itik. Ops... sebelum termiss satu part menarik... dari kedai pau menuju ke kedai shopping rombongan didapati berhenti secara tergesa-gesa di satu medan selera. Rupanya salah satu peserta rombongan iaitu Ajiem dilaporkan terpijak tahi kucing sehingga seluruh MYVI hitam kepunyaan Bakh dilanda muntah hijau. Sungguh la malang nasib kamu ni Ajiem.






Akhirnya dari kedai pakaian, rombongan berpecah kepada 2 kerana Shukord, Khairil n wifey akan ikut highway manakala yang lain melalui jalan lama tembus ke Selayang. Berpisah dengan Zaza dan Yan di Wangsa Maju. Sebaik saja sampai di rumah masing2 dilaporkan terus terbungkang!!!

p/s: Gambar terlampau banyak - lebih kurang 400 keping. Kalau boleh nak update semua tapi man-man la kan.... dah kul 1 pagi ni... esok aku kerja. Kang aku upload lagi gambar yerk bila free2.. Oh... gambar beginning tu purposely letak yg itu.... bila kowang tgk thumbnail... mesti excited nak baca kan? hahahaha... gigolo terlampau ke? ada rupa gigolo ke tu? ntah la....

Thursday, January 21, 2010

Sayonara Kamishima San

Setelah pemergian Mr. Ito our Deputy MD kerana tamatnya kontrak, kini tiba giliran MD kami pula, Mr Kamishima. Semalam merupakan hari yang paling bz untuk aku kerana dari pagi sampai ke petang sibuk menguruskan farewell party untuknya. Mujurlah aku ditemani kawan2 yang sangat baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Terima kasih banyak untuk En. Salleh, awal2 pagi dah start menyiang ayam, marinated then goreng plak dekat kantin.
Terima kasih juga kepada Izhar, bekejar mengambil sate yg ditempah di Sate Haji Samuri, PKNS. Terima kasih Haida, bertindak selaku bendahari mengutip contribution, kemudian menemani aku menempah dan mengambil kek. Terima kasih Kak Dani, Kak Roha (Rendang ayam dan paru tu, superb), Kak Bib (laksa sedap betul), Kak Liza, Su, Zura dan ramaaaaaaiii lagi. Aku seperti jamuan raya hari tu... dipaksa membuat sambal ikan bilis. Aku setuju dengan syarat, aku tak mau buat nasi lemak. Akhirnya tugas membuat nasi lemak diserahkan kepada Zura. Walaupun sambal dimasak terlampau banyak... peliknya... habis licin. Minyak pun org kaut. ekekek.. especially my bos Mr Ricky, tapau sambal je satu plastik penuh. Sampai kak joyah sport perli, "Mr Ricky tu, kalau apa pun Siti buat semuanya bagus, semuanya sedap... semuanya dia suka." Tu la dia melayu hati busuk. Asyik la PHD.
Cake with message "SAYONARA & THANK YOU MR. KAMISHIMA"


Popiah the best in town.... memang kaw!!!
Uihh... cukup la khusyuk nya En. Salleh makan. Balas dendam penat menyiang ayam la ni ye?
Lelaki berbaju putih ialah Mr Sudo. Dia akan take over tempat Mr Kamishima nanti.

10 kali snap... 10 kali la aku pose mcm2 aksi...
Yg dirai berdiri segak di tengah memakai kot hitam. Yang paling gembira.. berbaju hitam juga 2 dari kanan.

Sunday, January 17, 2010

Tak Ada Yang Menarik Pun.

Tidak ada apa yang menarik berlaku pada weekend ni. Dah 2 minggu disajikan dengan bebanan kerja yang melampau. Masalahnya walaupun 2 minggu bertungkus lumus menyiapkan semua kerja, bebanan tak pernah kurang. Makin bertambah lagi ada. Baru nak habis 3 out of 8 punya kerja.. sampai lagi 5 kerja baru. Camno nak habis?

Weekend ni pun sekadar duduk umah baca MASTIKA, Cosmopolitan dan Mingguan Wanita. Tu je la. Lagi plak sejak kereta hubby jam dan dalam proses overhaul, budget nak shopping pun sudah lari. Sampai skang pun kereta dia ada lagi terbarai lagi kat depan rumah tu. Banyak lagi spare part lum beli. Akhirnya aku melangut la atas sofa. Nak taip entry kat blog pun dok pikir... "nak citer pasal apa ye?"

11.20 malam - Ahad nak masuk Isnin lepas baca blog kawan2 baru terpk.. kalau takde yg menarik yg berlaku dalam hidup aku.. apa kata cerita benda yg kurang menarik? At least there's something, better than nothing.
Last week on 6th and 7th aku ada training title "Domestic Inquiry Procedures for Managerial Level". Trainer dia seorang melayu yang dah berkhidmat lama dengan JKKP, JPA dan sangat familiar dengan kes-kes di Industrial Court dan Tribunal. Dari syarikat aku, kami menghantar 3 particpants iaitu aku, Mr Siah - QA Manager dan bos kesayangan aku, Mr Ricky. Part yang paling seronok, on the 2nd session masa 2nd day tu, kami terpaksa berpura2 mengendalikan sebuah kes DI. Aku terpaksa menjadi peguambela kepada pekerja yang dituduh manakala Mr Ricky appointed untuk jadi Pegawai Pendakwa. Tertuduh, Saksi, Chairman, panel dan lain2 terdiri daripada rakan2 seangkatan dari syarikat2 lain. Maka pada hari tu berlakulah aksi2 yang mencuit hati bila cara kami mengedalikan kes dan bersoal balas membuat trainer sendiri pun terketawa. Katanya "nak menang kes punya pasal, sanggup korang buat cerita bukan2 ye".... dan sebaik habis sesi perbicaraan Mr Ricky siap sound "Berani you tolong pekerja yang salah ye! Dah salah tu salah je la, buat apa mau defend?" Hahahahahha... teremosi lak bos aku ni. Tapi seriously menentang bos sendiri dalam DI olok2 mcm tu betul2 satu pengalaman yang bukan setakat aku, tapi aku yakin bos aku pun takkan lupakan. Training tu benar2 mengajar aku menjadi kuat dan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan pekerja-pekerja dan union.

Buktinya esoknya sekembalinya aku ke pejabat, aku perlu menyerahkan 13 surat showcause letters kepada 13 pekerja yang disyaki merancang untuk tidak hadir secara beramai2 - dan hasilnya aku sikit pun tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan mereka walaupun proses menyain telah menyebabkan perdebatan selama 45 minit. Almaklumlah, sebahagian penama2 merupakan presiden, bendahari, setiausaha dan AJK union di syarikat aku. Hasilnya aku keluar dengan 13 surat yang telah ditandatangi tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.... bos aku kata, "Training tu betul2 bagi benefit dekat you ye? Ok... next time, I hantar you training lagi." YESSSSSSSS!!! Makan sedap2 lagi~!!!!

Sunday, January 10, 2010

An Honour to a 61-Year-Old Ayah..

He was born on 7th January 1949. This year he is 61 years old. He's the only one and the best AYAH in the world for me. Tahun ni kami merancang sedikit kejutan untuk ayah. Memandangkan birthday ayah jatuh on weekday kami telah postponed the celebration to weekend. Kami booking 2 unit apartment 2 bilik di satu condo resort di Teluk Kemang, Port Dickson. Supposedly, baby sitter Ajiem ikut sekali, tapi tak jadi plak. Akhirnya satu bilik tak utilise pun... and yet this girl (below photo) menjadikan bilik itu katil lompatannya.
Actually, AYAH don't really like water. He hates swimming even rendam2 badan mcm blue hippo pun dia tak suka. Tapi demi cucu lelaki yang terlampau hyperactive umpama anak penyu yang baru dilepaskan ke laut... dia turun juga ke dalam pool. Begitulah kasih sayang seorang atok terhadap cucunya. Mak kata, "sebelum ni anak-anak terjerit2 suruh ayah dia mandi kolam pun dia pun dia buat dek je... tp cucu punya pasal..."Paling menarik, semua ahli keluarga turun dalam swimming pool tu. Sehingga kolam yang ada glide tu kami conquer sepenuhnya. Hahahaha... really really really have fun.
Lepas mandi kami bersiap ke tempat yang diatur, tapi dalam perjalanan kami singgah tepi pantai PD and here hubby's silhouette photo. Suka sangat gambar ni.
Inilah tempatnya. Awal2 lagi aku dah buat tempahan buffet untuk kami sekeluarga di Corus Paradise Hotel, Port Dickson.
Tengoklah muka ayah yang terkejut and excited. He was so happy and touched. Ayah, kami sayang sangat ayah.
Tak payah beli kek birthday because here got variety of cakes macam2 perisa. Pilih saja apa yang anda mahu.
Both of them are our sunshine. Because when they are happy - just like a sun rise, the whole world of ours will shinning and glittering.
My younger sister and her family. Aliyah Umairah is there..... heheh... Qhairul Nazim (Ajiem) also.
Hubby and Me...
Gendang Gendut Tali Kecapi,
Kenyang Perut Senang Hati,
Semua makanan dah habis nikmati,
Bolehlah Kita Angkat Kaki.

To Ayah: Selamat Hari Jadi yang ke-61. Ayahlah Ayah dan Atok yang terbaik di dunia pada kami. Kami sangat-sangat sayangkan ayah. Walaupun kami jarang meluahkannya dengan kata-kata tapi ayah tentu tahu ayah dan emaklah sumber inspirasi bagi kami. We really love you, Ayah.

Sunday, January 03, 2010

An Opening for 2010

Pembukaan tahun 2010 rupanya amatlah padat. Dalam keadaan terlalu kesuntukan masa, masih sempat buka blog kawan2 dan sesetangahnya sempat juga menaip komen sket2.
Yang tak sempat.... insyaAllah.. akan dibuka bila masa terluang, hakikatnya tak tahu bila.. bukan minggu ni yang pasti.

4hb - baru start kerja, bukanlah sesuatu yang menarik. Ini bermakna aku cuma diberikan 1 setengah hari untuk menyiapkan payroll sebelum dihantar ke bank. Bermatian2 untuk Isnin dan Selasa, kemudian training di Armada hotel Rabu dan Khamis. Dalam keadaan selsema teruk dan kurang sihat, ntah boleh ntah tidak. Lebih2 lagi hari terakhir kerja minggu lepas (Khamis lepas) aku bergaduh dengan bos nyonya tua. Menyampah... pastinya Isnin ni sambung gaduh dulu sebelum buat payroll, lagi plak bos besar kesayangan aku ambil leave hantar anak dia ke sekolah... tentu nyonya tua dah plan baik punya nak hentam aku. Jangan mimpi~!!

Namun.... aku tak kisah la semua tu sebabnya aku telah memenuhi 1hb sehingga 3hb dengan perkara yang menyeronokkan...

1hb - Hubby ada di rumah akhirnya setelah asyik asyik asyik asyik asyik.... tak ada on weekend dan cuti umum.... Jadi kami spent time bfast kat Gembira dan lunch di Old Town White Coffee...

2hb - Met Ajiem di Mekdonal... Ajiem bought for me a lovely handbag from Thailand.... sangat la cantik... dan sangat la baik hati Ajiem... ingat pada akaknya. Terharu~! Petangnya kami (Aku, hubby, Ejad n Zaza) ke Putrajaya melawat dan menolong Khairil yang baru pindah rumah. Tolong apa ntah aku ni... tolong tengok kot. ekekekek.. n then kami ke Alamanda....

3hb - Kami (Aku, hubby, Ejad n Zaza) bertolak ke Bukit Tinggi atau lebih dikenali sebagai Berjaya Hill Resort. We had a really really really great time there. Sempat juga buat video klip yang istimewa untuk Ejad dan Zaza. Will upload later.





Ok... dah pukul 11. Hidung pun tersumbat ni.. Besok pagi2 nak gaduh dengan nyonya tua, lepas tu nak kejar Overtime Form dari Production. Pastu baru terkedek nak update payroll... pastu nak kira manual lagi... arghhhhhhh tensen... tensen... tak mahu ingat....

Minta maaf banyak2 andai tempelan kali ini lambat berbalas...

p/s: gambar2 di atas adalah hasil rembatan kencang dari Facebook Ahmad Aizad a.k.a Ejad. Salah seorang photographer terbaik dari Endoit Photography. Tenkiu dude...