Saturday, December 05, 2009

Ku Jawab Soalanmu.

Suspender je tajuk. Sebenarnya telah di tag oleh Yabeet untuk menjawab soalan2 berikut:-

1. Adakah anda rasa anda Hot ?
Hot Temper iya la kot. hahahahahhaha..

2.Upload gambar kegemaran anda....3. Story behind the picture....
Mungkin bukan sebab gambar, tapi kerana orang dalam gambar ni. She's my niece. Her name is Aliyah Umairah. Anak sulung adik aku. Baru berusia 2 tahun 3 bulan. Dia adalah matlamat hidupku buat masa ni. Segala yang aku ada, segalanya untuk dia. Dialah penawar di kala sedih dan derita. Aku minta maaf kepada kawan2 yang tertipu bila aku mengaku dia adalah anak aku. Tapi she is more than anything to me. She's the reason I live.

4. Bila kali terakhir makan Pizza ??
Bila? Bulan lepas kot dengan officemate. Tu pun lepas kesian tengok muka officemate mcm org mengidam. Terkebil-kebil ajak makan pizza. Aku ni tak berapa suka pizza. Pasal orang melayu habih. Kalau nasi lemak atau beriyani gam Johor.... memang aku suka!

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Dalam perjalanan ke sini tadi, lagunya ntah hapa2. Tak dengar. Dengar lepus lepus je. Arial radio hubby patah langgar dahan pokok. ekekkekekeekeke. Yang peliknya, dia tak tutup radio plak tu walaupun lagunya tak dengar hapa pun. Agaknya dia menghayati bunyi tu ibarat bunyi macam bunyi ombak tepi pantai kot.

6.Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???
Aku skang ni kat dalam discussion room 2 yang sungguh nyaman, wangi dan tenang di Jimah Energy Venture, Lukut, Negeri 9, sambil menunggu hubby meng"setelkan" kerja2 mengupgrade server. Aku pun tatau camna aku boleh berada di sini. Sebenarnya dipaksa hubby sebab aku asyik merungut , sabtu ahad pun kena tinggal sorang kat rumah! Hakikatnya tempat ni pun dah macam rumah sebab aku tengah peluk bantal sambil bersila atas sofa sorang2... !@#@#$%$%^&$#!!!

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??

-Vic - aku dipanggil vic sejak dari tingkatan 4 sebab terlampau obses dengan Victoria Beckham. Meja tulis aku (masa tu duduk meja makmal - jadi mejanya sangat besar dan panjang) penuh aku tampal dengan muka Victoria Beckham. Sejak dari itu kekallah mereka memanggil aku VIC sehingga nama tu dibawa ke kampus dan dunia maya juga.

-Along -
emak, ayah dan adik2 memang panggil aku nama ni, sebabnya kamu tentu tahu. Takkan la kerana aku pemberi pinjaman wang plak kan?

-Siti - hanya yang duduk se"office" dengan aku je yang panggil aku dengan nama ni. Puncanya semasa sesi memperkenalkan diri, bos memperkenalkan aku sebagai Siti sedangkan aku mahu dikenali sebagai Diana. Ntah kenapa bos tak setuju nama Diana, dia mahu aku menggunakan nama Siti juga. (Dah le aku tak suka Siti Nurhaliza). Agaknya nama Diana tu nama bekas makwe dia masa belajar kot. Tu yg trauma nak panggil aku Diana. Geram sungguh. Maka melekatla nama ni di ofis dan adakalanya di tambah puan di belakang. Puan Siti.

8. Tag lagi 6 orang
Zeq, Combi, ieja (mak kecik), iDAN, Azieazah, iCE

9. Siapakan orang no. 1 pada anda?
Seorang kawan di alam maya yang tak pernah jumpa langsung tapi bila bersembang mcm dah kenal bertahun.

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
Kak Azie sangat caring orangnya, penuh dengan sifat keibuan.

11.Bagaimana pula orang no. 4
Penyair yang menjadi sumber inspirasi menaikkan kembali semangat aku dalam bidang penulisan.

12. Pesanan kepada orang no. 6
Kutunggu bonusmu di bulan Februari. hahahahahahahah

-TAMAT-

12 comments:

azieazah said...

Makkk aiiii... Puan Siti (Vic) Diana... ekau tag aku plakk eeekkkk...?

thanks komen...:D senyummmm

iCe said...

aiyarrkkkkkkkk bulan februari ni ada sale lagi ke? keh3

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

azieazah - hehehe.... apo nak buek.. dia suh tag 6 org... nasib la sape kena. ekekek

iCE - Mestila... masa tu sale Chinese New Year plak. ekekekekek

zeqzeq said...

as-salam DIANA,semua

betapa bangganya letak tahap no 1.
..terima kasih stadium B Jalil., kalau muat nak tadah

Opss TAG??..
semalam nak beli dekat Plus, stok dah habis,,Smart TAG..

oleh itu belum boleh guna,,

Psszz jangan mare yer aduhai Puan DIANA, nanti bertambah stress, bila stress, lemak kurang, bila lemah kurang, terus SLIM...

qah qah qhhhhhhh

iCe said...

lupe plak nak tanya... aliyah umairah tu da ada org booking ke? kalo blom, bley laaa booking awal2... erkkkkk bape deposit nak wat menantu? hak3

cik EPAL said...

comelnya budak tuuu :)

echah_syed said...

aduiii combi pun kena.. :(

nnt combi buat bila pree mungkin selepas balik dari kg kot :)

thnx vic..dulu combi minat giler kat princess diana.sampai kat sek org dok panggil diana nasib tak melekat smpi skrg... :p

cutenyer yr niece mcm jepun/korea

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Stadium Bukit Jalil ada Jom Heboh hari ni. Kalau tadah, kesian plak tv3.

Iyer la tu stress boleh buat kita Slim. Kerana banyak sangat stress badan slim dulu dh macam tong skang ni (sbb bila stress je makan). Mana le dapat ideologi ni.

iCE - Hahaha... dah ramai tanya soalan ni iCE. Takkan zaman moden ni pun mak bapak nak aturkan jodoh kot. Tapi kalau dapat beg tangan Prada untuk "mommy" dia ni... kita bleh discuss lagi pasal benda ni. ekekekke..

Cik Epal - cuba tengok mommy dia. (Dia panggil saya mommy)

Combi - nasib baik tak lekat nama Lady D kat combi. Mak saya letak nama Diana sebab memang dia minat betul dengan Lady D masa tu, kebetulan Lady D pun tgh mengandungkan Price William. Memang musim DIANA la masa tu. (Skali anaknya minat Victoria Beckham plak.)

Dayung Serian said...

yaaa ampunnn....comel nyer aliyah ni:) sure ramai peminat bila dah besar nanti.

siti murni said...

comel anak sedara u..:-)
sape yg kena tag tu..jawab jangan tak jawab...

siti murni said...

comel anak sedara u..:-)
sape yg kena tag tu..jawab jangan tak jawab...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dayung & Siti Murni - Comel ye?? Nanti vic upload lagi gambar2 kitorg weekend aritu. Heheheheheh