Thursday, December 17, 2009

Kisah Airmata

(Kisah ini bukan berkenaan dengan entry yang sebelum ni. Dia tidak ada kena mengena dengan pekerja yang terbabit dalam MC palsu seperti dalam entry lepas.)

Ketika diminta membuat surat untuk notis 24 jam terhadap dia, aku menyoal pantas, "Kenapa?"
"Dia tak perform lagipun dia dalam probation period," jawapan ringkas dan muktamad dari pihak atasannya.
Teringat kali pertama dia hadir untuk interview, aku yang menguruskannya untuk saringan pertama sebelum dihantar ke pihak atasan. Orangnya cuma tua setahun dari aku. Muda, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Baik dan bersopan orangnya. Bukan seperti sesetengah lelaki muda, miang!
Dia : Saya minta tempoh sampai awal bulan depan ye puan, saya kena letak notis berhenti dengan syarikat sekarang dulu.
Itulah jawapan dia bila aku bertanya "Bila awak boleh mulakan tugas di sini?"

Setelah surat pemberhentian kerja ditandatangani pihak atasan, aku meminta supervisor membawa pekerja tersebut naik. Aku menunggu dalam bilik rundingan dengan fail peribadinya. Aku fikir, mungkin tidak ada masalah melakukan tugas ini. Aku sudah biasa. Rupanya tak mudah....

Dia ketuk pintu, aku persilakan dia duduk. Dia akur, menarik kerusi di hadapanku. Dia baca bismillah... amat perlahan tapi jelas kedengaran di cuping telingaku. Mukanya jelas penuh tanda tanya. "Ada apa-apa puan?"
Aku jadi gugup tiba-tiba. Aku hulurkan surat berhenti kerja kepadanya dengan menyeret surat tersebut di atas meja. Mungkin terbaca tajuk yang dihitam pekatkan... tangannya menggigil. Dia ambil surat tu dan baca.
Aku: Kamu ada apa-apa nak tanya?
Dia : Tak tahu nak tanya apa puan. (suaranya sebak sungguh). Saya sebenarnya masih belajar. Tapi mungkin saya belajar agak lambat. Tapi saya takkan berhenti belajar.
Aku palingkan muka dari dia.
Aku: Saya harap awak faham. Ini bukan keputusan saya... Ini keputusan dari pihak atasan awak. Dia kata dalam tempoh sebulan lebih awak tak banyak improvement.
Dia: Saya paham puan. Tak apa. Saya terima apa pun keputusan pihak syarikat. Nampaknya saya kena cari kerja lain ni puan. Entah boleh dapat ke tak agaknya.

Aku angguk. Dia berlalu setelah 2 kali mengucapkan terima kasih kepada aku. Hakikatnya aku tahu bukan kerana kualiti kerja dia diberhentikan. Tatkala pintu ditutup kembali airmata aku mengalir tak berhenti-henti. Tiba-tiba aku merasakan, aku bencikan kerjaya seorang HR ni.

14 comments:

siti murni said...

sebak rasanya baca entry ni vic. tugas HR dgn admin tak jauh beza..i penah jgk buat surat berhenti kerja..tp lain kes dgn u ni..boleh dikatakn kawan baik, tp suka melawan & tk dgr arahan. masa prepare surat tu kita sendiri rasa bersalah..tp apa nk buat..dah tugas..kena la jalankan tggungjwb. nampak nya kes u handle ni lagi berat..mcm ada cerita di sebalik nya...

shazriena said...

kesiannye, tp vic leh menanggungnya walau pun peritkan, x perla mungkin x de rezeki dia di tmpt keje vic, waktu mula2 baca ok lagi tau sampai part vic kata dia ada wife n anak, rasa sebak je, sbb fikir balik kesian anak n wife dia, skrg ni bukannya mundah nak cr kerja baru, mcm mana la dia bg anak n isteri dia mkn, harap2 la ada simpanan. tp congrats kat vic sbb mampu handle masalah ni dgn baik dan tak tunjuk emosi vic kat depan lelaki tu.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Siti Murni - Memang banyak kisah disebaliknya. Hakikatnya politik berada di mana-mana bahkan di tempat kerja sekalipun. Untuk orang yang lurus dan luhur seperti dia, permainan politik kotor memang di luar kotak fikiran mereka.

Shazriena - Itulah yang saya sedihkan. Malaysia menang lawan Vietnam saya fikirkan dia. Saya fikir mungkin bola ni takde makna pun untuk dia. Mungkin waktu saya sedang tengok bola, dia masih berfikir macam mana nak beritahu isterinya yang seorang suri rumah bahawa dia telah kehilangan kerja. Mcm mana nasib anak dia kalau dalam sebulan ni dia masih belum berjaya mendapatkan kerja lain. Vic bukan recruit pengaggur, vic ambik dia dari majikan dia. Kerana gembira dioffer kerja oleh syarikat kami, dia sanggup letak jawatan. Dia bukan cabut. Kalaulah dia tahu awal langitnya di sini tidak cerah.... :(

iCe said...

vic, i have sum questions... mamat ni bukan mamat yang bagi mc palsu kan? dia kena terminate atas sebab apa? not perform?? dia dlm probation period lagi kan?? sape yang buat assesment yang kata dia tak perform? the management or his supervisor?? kenapa tak bagi dia peluang to improve himself... u can always panjangkan tempoh probation dia... kena ada tolak ansur & kena bincang baik2 dgn employee tu... lain laa kalo dia ada wat major misconduct... in this case i tak setuju kalo ur company gunakan alasan not perform utk terminate employee... apa union buat? buat bodoh aje ke? kesian kat mamat tu... pasal politik ofis dia yang jadi mangsa... bnyk bnda i nak bebel kat u lagi ni tp simpan2 je sume tu dlm ati ni... kalo ada rezeki dpt jmpa u in person, kompom i bagi free lecture nnt... keh3 tgh emo ni pasal arini kete masok spital... huhuhuuuu

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ya Encik iCE, dah tau dah apa yg u nak bebelkan tu. Sbnrnya I tau pun his termination can be questioned. Things to do with Union also, don't know whether they'll do.

Decision made by the "lord of the company" - i'm just a servant yg kena obey setiap arahan tanpa perlu banyak tanya. Bila gajah dengan gajah dah sama2 lilit belalai... siapa la si kancil nak pertikaikan? Saya dibayar untuk berdiri bagi pihak syarikat walaupun adakalanya keputusan itu kita tak suka.

Saya Yang Menurut Perintah,
D.I.A.N.A @ V.I.C

iCe said...

errrkkkkk puan vic... bukankah seorang HR tu mesti neutral? walaupon kita dibayar gaji oleh syarikat tapi kita tak bley berat kepada syarikat semata-mata... disini laaa terletaknya integriti orang2 HR... keh3 ntah laaa... mungkin ada yang kata lain padang lain belalangnya tp untuk orang2 HR, sama je belalangnya walaupon padangnya lain2...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Neutral dari segi apa? 50% dari setiap masa memang nuetral. 20% dari setiap masa perlu lebih kepada employees khasnya bila kita sedang berusaha untuk mendapatkan PERKESO, KWSP atau insuran untuk mereka dengan badan-badan luaS. Kadang2 kami sanggup sembunyikan fakta demi memastikan pekerja diberi pampasan yang sewajarnya. Kadang2 kami sanggup membuat permohononan ke-2 dan ke-3 dalam cubaan mendesak atau mencuba nasib bagi pihak pekerja. Manakala 30% dari setiap masa memang perlu bersama kompeni.

Integriti - jangan sebut tentang integriti di negara kita bila kita sedang makan gaji. Hari ni kalau kamu seorang Ketua Polis Negara, Najib kata "tutup kes terbesar negara kita skang dengan cara apa sekalipun." Bukankah polis sepatutnya lebih berintegriti dari seorang HR cabuk macam saya??

azieazah said...

Tumpang simpati dgn apa yg berlaku kpd bekas pekerja company DIANA. Pandangan dan kritikan kawan2 boleh difikirkan juga agar kita belajar sesuatu dari kejadian ini.

Inilah juga antara sebab Kak Azie tak bleh rapat dgn mana-mana kawan sepejabat, kerana as a Team Leader, yang bila ujung tahun akan bagi markah dlm Appraisal kawan2 sendiri, ada kala kita tak sampai hati..

Ada kala kita tewas gak oleh perasaan (personal) bila bertugas..

Semoga ada rezeki lebih murah buat abang yang terbabit. Bukanlah malang bagi dia, tapi mungkin ada hikmah lebih baik di luar sana. Kita doakan...

U dont feel guilty la DIANA...

shazriena said...

x perla vic, kita sama2 berdoa agar dia dpt keje secepat yg mungkin dan juga mampu utk menempuhi dugaan ni. apa la yg mampu kita buat.

mAxx said...

jom follow sesama kita..huhu

http://taifeimaxx.blogspot.com

iCe said...

hahahaaa mcm marah je bunyi nye tu vic... as i've told u before... i ni dikelilingi oleh org2 HR & i myself pon produk HR jugak... memang i sengaja bagi komen2 mcm kat atas tu sekadar untuk melihat prinsip & ketelusan u as an HR... wutever it is, im proud of u girl... as for integrity, it shud come from our heart not from others... im sori kalo komen2 i ada yang menyinggung perasaan u... keh3 salam maal hijrah 1431H..!!
p/s: jgn marah2 nnt tak comey... hak3

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak azie - berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kak azie. Susah nak buang rasa bersalah dalam diri walaupun bukannya keputusan saya. Tapi selaku orang yang menyampaikan berita sedih kepada dia, saya takkan mudah lupa reaksi wajah dia. Penangannya Jumaat Maal Hijrah saya, dah 3 kali saya menangis bila cerita ttg dia pada hubby dan family. Siap tanya ayah, kalau dia nak pakai pekerja.

Shaz - itulah yang saya doakan selalu shaz. Kesiankan nasib isteri dan anaknya.

iCE - Takde la iCE, sebenarnya memang kalau berbincang bab serius nampak mcm marah tp sbnrnya dah terbiasa dengan format berbahas. Dulu dengan iDAN, dalam blog bro mazidul pun dia ingat saya marah agaknya.

Sebenarnya lebih kepada nak membuktikan saya tidak rela melakukan perkara tu kepada dia dan bukan saya tak mencuba untuk mempertahankan dia. Lebih2 lagi saya la orang pertama dia jumpa ketika pertama kali datang temuduga (selain guard).

Orangnya sangat baik, jadi bila dia memberitahu kepada kawan2 dia akan meninggalkan kompeni sebaik saja menerima surat dari saya, saya dihujani dengan pertanyaan2 sarkastik seolah2 saya sengaja membuang pekerja sebagai tanda dendam dengan union. Agak tertekan sebenarnya.

zeqzeq said...

sebak (tiru Murni).
demi tugas

iDAN said...

hidup ini ujian sebenarnya!, saya tahu mainan politik ketika 28 tahun berkerja, biar pun ada ketika kita terpaksa mengalah tapi kita tahu Ilahi maha faham!

jika kita rasakan kita juga banyak dosa maka kita reda sahaja takkan kita mahu memutuskan takdir

tapi depan mata kita dapat kita lihat satu demi satu orang yang pekena kita Ilahi terusan memberi balasannya...rasanya itu pun sudah cukup membuatkan kita tabah pun jangan nafikan hak orang!

rezeki seseorang bukan hanya dirinya tetapi berkait rapat dengan keluarganya! maka takutlah agar jangan nasib malang itu tempias kepada kita!

segalanya bagaikan putaran roda!