Thursday, December 24, 2009

Kakak Jaga Adik

Dia dengan adik dia memang langsung tak ngam. Walaupun jarak umur cuma setahun lebih je. Dia 2 tahun 4 bulan dan adik dia 10 bulan. Adik dia di"haram"kan menyentuh mainan dia. Kalau sentuh juga, dia akan tolak adik yang berusia 10 bulan tu. Lantak la tergolek ke, terhentak ke. Dah le budak tu berdiri pun macam bendera yang ditiup angin. Tatih pun baru 2 langkah dah terduduk. Kadang2 geram sangat dengan dia. Kadang2 pukul tangan dia yang menolak adik. Kami tahu sangat dia tak suka dengan adik dia. Dia rasa insecure. Kasih sayang yang sepatutnya hak milik dia seorang dirampas adik. Dia cemburu.

Semalam adik dia masuk hospital. Penyakit yang belum dikenalpasti. Dia tahu hospital untuk orang sakit. Sebab dia pernah masuk hospital. Kena cucuk, kena masuk air, sakit! Dia pernah masuk hospital masa umur setahun. Sebab tu dia trauma kalau masuk hospital. Tapi semalam dia tau dia masuk hospital sebab nak tgk adik dia. Bila dia nampak adik dia atas katil. Dia peluk adik dia. Dia cakap, "ajim cakit? cayang ajim." Dia peluk adik dia, dia cium adik dia. Semua orang sebak.

Masa aku call, aku nak cakap ngan dia. "Ajim sakit ke kakak?"
"Ha,ah.... ajim cakit. Sian ajim. Ajim cakit"
"Kakak sayang Ajim? Kalau kakak sayang ajim, pergi peluk Ajim, sayang dia."
(Kemudian aku terdengar kucupan dia bertalu-talu. Terdengar juga suara garau adik dia yang mungkin "terlemas" dek kucupan bertalu2.)
Kemudian dia bercerita panjang lebar dalam bahasa yang tidak aku fahami disebabkan terlampau pelat. Aku pura-pura faham.
"Kakak jangan gaduh dengan Ajim lagi ye. Kakak tolong mama jaga ajim ye?"
"Ok... jaga Ajim," jawabnya. Aku jadi sebak.

Tak pernah dia bersetuju untuk buat sebarang kerja amal untuk adik dia sebelum ni. Bayangkanlah... kanak-kanak berusia 2 tahun yang belum cukup akal fikir, tak matang dan belum pandai bercakap pun tahu nilai kasih sayang. Mengenepikan ego dan kepentingan diri bila tiba masanya. Inikan pula kita yang dewasa. Renung2kan... selamat beramal.

Kakak = Aliyah Umairah. Sewaktu kelahiran adiknya Februari 2009.

7 comments:

shazriena said...

hehehe betul tu dia terasa x selamat sbb nanti dia akan rasa terpinggir, sedangkan tu hanya perasaan dia sahaja. mcm adek bongsu sy la, bila kami bergurau yg dia akan dpt adik baru terus dia menangis, dia ckp nanti umi dah x syg dia. kami 3 beradik nak kata rapat x sgt, sy lebih rapat ngan adek bongsu sbb yg no2 lelaki, tp betul bila adek2 kita sakit, mmg risau tu yg teramat sgt, cth angah yg eksiden hari tu walau pun sy ngan dia x rapat, tp perasaan takut tu ttp ada, lebih2 lagi dia jela anak lelaki dalam keluarga kami, adik sy berumur 5 thn ketika pun dah kurang dah menyakat abg dia yg sorunk tu. so nampak la walau kita gaduh, selalu bertengkar, kasih syg antara adik beradik ttp ada. tahniah buat vic sbb dpt anak buah baru walaupun dah 10 bln

azieazah said...

BONDAku pernah kata, “budak-budak tak reti bohong”...

Mereka tidak pandai meluahkan, tapi mereka sentiasa jujur..

Nanti bawa ker si comel ni ke FRIM... nak CULIK..hehehehe

nurul said...

Disaat aku membaca post ini,baru aku fahami erti kasih sayang seorang kakak kepada adiknya.hmmm......

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

shazriena - terima kasih shaz. Vic cuma 3 beradik je. Dari kecik sampai besar hubungan kami bertiga memang sangat rapat. Walaupun adik yang ke-3 lelaki dan agak 'nakal' sikit perangainya tapi dia tak pernah berahsia apa2 dengan kami. Walaupun kadang2 dia marah dan memberontak bila kami nasihat tapi dia ikut juga nasihat kami. Mungkin sebab dia tau kami sangat2 sayangi dia.

Azieazah - InsyaAllah kak Azie. "Kakak" tu ikut ke FRIM nanti. Wat masa ni dah dapat green light dari mama ngan baba dia.... harap2 dowang tak berubah fikiran la.

Nurul - Air dicincang takkan putus. Inikan lagi hubungan darah.

Framestone said...

he,...23x elok diajar anak cam tue kan...

kekdang masa ade mmg xde pe2 pun perasan... bila xde.. mula la bosan.. xde teman bermen..xde teman bergaduh.. xde teman berebut

out of topic--> lame xnmpk die dtg blog teman ek.. kalau stokin seminggu pakai xdibasuh n digantung.. confirm sume pengsan dah xbagun2 dlam rumah tue

BroFramestone Blog

AjiEm said...

kak vic ajiem kecik sakit aper ek..???

msti comel an die buat camtu...

hihihi

iDAN said...

Selalunya jika jarak umur sekitar dua tiga tahun memang agak payah menjaga anak-anak ini.

Tak puas bermanja lagi telah ada adik baru! hakikatnya kena begitu sebab sekarang org kita makin lewat kahwin! mana ada masa jika asyik melambatkan kelahiran anak..

Rumah tangga kecil pula tak meriah seronok kalau ramai anak biar pun payah membesarkan mereka!.

Saya gagal punyai anak perempuan!.