Friday, December 04, 2009

Jatuh Cinta Lagi~!!!


Aku tau siapalah aku ni kalau nak berpasangan dengan kamu. Kita umpama langit dan bumi. Tapi bukankah langit dan bumi itu saling memerlukan. Jadi aku ingin kamu. Sangat-sangat! Aku tak mampu tidur lena sejak terpandang kamu hari itu. Makan tak lalu. Mandi tak basah.

Aku tau. Aku sudah ada dia yang setaraf denganku. Aku tau dia dah banyak berjasa sekian tahun, bersamaku mengharungi susah senang. Bukan aku tak menghargai dia. Aku kenang semua jasa dan pengorbanannya kepadaku. Tapi naluri wanitaku tak mampu membendung perasaan yang membuak-buak ini. Aku sudah jatuh cinta pada kamu dari saat pertama kita bertemu. Kau impianku!

Aku tahu kau mengetahui perasaanku. Kau tentu nampak sinaran mataku dan senyuman paling manis yang aku hadiahkan padamu hari tu. Walaupun ketika melihatmu kali pertama, dia ada berdampingan denganku. Aku tak peduli. Aku sudah terpesona denganmu. Aku tahu dia kecil hati. Selepas sentuhan pertama kita, aku tahu, bukan mudah untuk memiliki kamu. Kau terlalu hebat dan aku harus bekerja keras!

Kepada si dia, maafkan aku. Sungguh, bukan niatku melupakanmu terus mahupun menduakanmu. Tiada niat mencurangimu. Aku akan kenang segala memori manis bersama kamu. Aku masih ingat hari pertama kita bersama. Semuanya indah. Kemana-mana saja kita berdua. Cuma waktu telah berlalu, keinginanku juga sudah berubah. Aku takkan buangmu terus dari hidupku. Percayalah. Aku akan letakkan kamu sebaris dengan mereka-mereka yang pernah bertakhta dihatiku dulu.

Kekasihku, impianku , tunggulah kedatanganku. Aku akan kembali semula ke sana, dengan duit bonus / kad kredit / duit pinjam dari hubby. Aku akan takluk kamu - handbag PRADA. Walaupun mereka semua kata kita tak sepadan. Aku tak peduli. Aku cuma mahu kamu. Dan kepada si dia handbag “Elle” aku akan gantung kamu di tempat biasa, dimana Carlo Rino, Sembonia, Hush Puppies dan Elle yang lain2 diletakkan. Because PRADA will take your place soon. Oh My Prada. I’m dying for you!!!

P/S: *DEVIL WEARS PRADA!*

19 comments:

azieazah said...

Kak Azie pun obsess handbag gak, nak sama banyak dengan kasut..

tapi adakala sampai suatu tahap, rasa macam nak jalan bawa duit, hp dan MyKad jer dlm suar jean. No handbag, no slingbag..

shazriena said...

hehehe vic usaha2 cayok2

ingt kan apala yg vic jatuh cinta kan... ni mesti gile beli handbag like my mum...

dah jadi collection dah rasanya handbag tu

Dayung Serian said...

Ingakan nak bercinta lagi ngan hubby mcm dulu2 belum kawen hehehe
teringat ngan lagu "jatuh cinta lagi" :)
Anyway, usaha itu tangga kejayaan..sure dpt punya *wink*

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak azie - tu ar kak azie, hubby sy sampai naik pening tengok kasut dan handbag yang banyak sangat. Tapi apa nak buat. Kadang2 bila nak ulang pakai beg yang lama, rasa macam dah outdated plak. Ternampak plak beg / kasut yang berkenan kat pasaran. Tak boleh tahan~!!

Shazriena - your mum pun pengumpul beg juga ye? Hehehe... vic banyak yang dah berikan pada orang. Hanya yang betul2 sayang je yang disimpan (walaupun tak dipakai pun). Beg ni pun kalau disimpan tapi tak dipakai, boleh rosak. Tu yang geram tu!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dayung Serian - terasa semangat berkobar2 selepas mendapat support dari dayung. Chayok! Chayok!

iDAN said...

Sang kekasih siPRADA ... manalah rupanya kamu!

Saya pula suka beli beg sndang jenis kain, murah sahaja... tapi beli-beli asyik anak yang pakai!.

azieazah said...

Betul.. kelemahan barangan utk handbag dan kasut ni kata orang dia makan diri..

kalu pure leather pun kalu tak jaga betul, memang dia akan makan diri..

Sbb tu Kak Azie beli yg harga sederhana, sbb kalu perlu tukar, or buang dek rosak or bagi orang dek jemu, tak ralat sangat...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iDAN - tu maknanya citarasa iDAN, citarasa orang muda. Pilihan seorang ayah, anak-anak yang berkenan. Mak saya kalau pilih handbag, tak pernah anak2nya berkenan nak pakai untuk diri sendiri. Semua memang khas citarasa dia je, bukan citarasa anak2. Hehehehehhe

Kak Azie - sebelum ni beg saya citarasa sederhana je kak azie. Ntah kenapa kali ni terasa nak "memberi" sesuatu kepada diri sendiri selepas bertahun-tahun menelan liur membelek gambar handbag dalam majalan CLEO dan Kosmopolitan. Tapi setelah menyentuh sendiri PRADA idaman, hati terus tertambat.

zeqzeq said...

jap jap nak semak apa citarasa saya? huhu..hobi.22

iCe said...

cehhhhhh handbag pnye hal rupe2 nya... duit bonus tu da lebih dari cukup wat beli prada tu... keh3 setia eco parkkkkkkkkkk... im cominggggggggggg..!!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

zeq - aik.... citarasa kamu pun kamu tatau zeq? vic tau citarasa kamu. Awek muda, bergetah, comel dan manja2 gitu kan? Yang macam ala2 Fatine~! hahahahahahha

iCE- banyak sgt perancangan kat bonus tu. Bonus ciput (itu pun klu ada)tapi listnya panjang. Tapi kalau campur dengan bonus iCE, confirm cukup. hahahahha.... terima kasih (ucapan in advance).

shazriena said...

haah, suka sgt mengumpul handbag, handbag dia jgn la sesapa kacau,

betul kalau x simpan ngan elok akan cepat rosak

iCe said...

i dun think ada bonus for me this year... huhuhuuuu so sad kan kan kan?? my bonuses kalau dapat pon next year in february... kena bagi org lain dapat bonus diorang dulu before christmas ni... so tak dapek laaa den nak nolong ekau poie boli beg prada tu... muahahahahaaaaa

zeqzeq said...

lain kali dapat bonus nak beli ..yang boleh makan sendiri mandi sendiri hee .. tak payah jaga..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Shazriena - perempuan memang minatnya hampir sama je.... kasut, handbag, baju.

iCE - demi bonus U, februari pun akan ku tunggu. hahahahahhahahaahha

Zeq - bunyinya macam "beli" anak dara dari mak bapaknya je. Ada hajat nak kahwin lagi dengan duit bonus ke zeq?

azieazah said...

Wakakaka...seronok baca VIC layan ZZ..

Dak Wan said...

Wow! Prada erk? Kalau LV atau Dior, harus dengan bonus hubby sekali hangus. Hehehe.

-inay- said...

vic.ape kata kumpol duet byk3 n then g uk beli kt outlet2 derang.jauhhhhh lg murah ok!percayalah

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ye ker? Patut la... kawan aku cakap org Malaysia kalau pakai Prada, Louis Vuitton, Coach.... maknanya kita lagi kaya dari omputeh yg pakai... pasal dia beli pakai duit dia...kita beli pakai duit dia....