Sunday, December 13, 2009

Cameraman : Jangan Rosakkan Majlis Orang!!

Hari ni ayah ajak aku ngan mak ikut dia ke majlis perkahwinan anak kawannya. Kawannya ini seorang yang berpangkat Dato'. Majlis perkahwinan ini diadakan di sebuah dewan. Ketika kami tiba, kami menghadapi kesulitan mendapatkan parking namun sebaik saja Dato' tersebut ternampak ayah, dia meminta kami parking di kawasan reserved. Nasib baik....

Masuk ke dalam dewan, aku terpegun dengan segala hiasan pink dalam dewan. (Kerana aku seorang yang obses dengan kaler pink). Meja makan pengantin dia sangat cantik sehingga setiap tetamu yang datang dengan kamera pasti akan menembak gambar meja makan tu. Memang kellas dengan rona pink. Baru 2 minit selesai makan, rombongan pengantin pun tiba. Diarak dengan paluan kompang mempelai nampak sungguh cantik dengan rona pink muda. Beratus lampu flash kamera menyinari kedua mempelai dan serta merta aku teringatkan hubby yang tentunya kini sedang sibuk menembak gambar pasangan pengantin di Linggi, Negeri Sembilan. Pastinya hubby pun kini sedang bz jugak.

Pasangan naik ke pelamin. Kameraman tempelan sekadar mengambil gambar dari bawah pentas. Tapi kameraman utama naik ke pentas untuk mendapatkan shot lebih jelas dan menarik dan ketika itu aku mula menyedari sesuatu:-
Si kameraman utama itu berambut panjang serabai yang diikat dengan getah tempe, berbaju lusuh t-shirt warna hijau berseluar beggie coklat dan berselipar jepun. Sakitnya mata dan hati aku melihat pemandangan yang sungguh2 kurang enak ni.
Di bawah pentas kameraman tempelan tak berhenti2 mengambil gambar dan di atas berdiri di tengah2 setentang dengan pelamin ialah punggung kameraman serabai tu. Agak2 korang ada tak kelibat si serabai ter'snap' oleh kameraman lain? Tentu ada... betul tak? Dan betapa cacatnya sekeping gambar yg sangat cantik tp menjadi jelik hanya kerana kelibat si serabai tu? Di bawah pentas tak kurang 500 tetamu sedang memandang ke atas pentas yang turut disertai pemandangan jelik hasil nukilan kameraman tadi.

Tolonglah.... sesiapa yang bercita2 nak jadi kameraman sila simpan nota ini sebagai perkara yang paling penting dalam minda anda. SILA HORMAT MAJLIS ORANG! Walaupun anda cuma kameraman, bukan jemputan atau tetamu anda adalah orang yang menonjol dalam majlis tu, janganlah mencacatkan majlis orang dengan berpakaian selekeh. Lebih2 lagi majlis orang kenamaan... mana la pergi etika seorang jurugambar?? Bukan aku je yang sakit mata, aku yakin ramai lagi yang sakit mata.

Sama juga dengan wartawan, bila mereka dijemput atau membuat liputan ke satu2 acara atau majlis, mereka akan berpakaian sama mengikut tema majlis tersebut walaupun mereka bukannya artis. Sebabnya... kalau disuluh dek kamera lain tidak la nampak cacat majlis tu. Kedua kerana menghormati tema majlis tu sendiri. Sekurang2nya dengan berpakaian formal dan kemas. Takkan nak pakai t-shirt dengan jeans pi majlis orang kan? Begitu jugak la halnya dengan jurugambar. Sila la jaga etika berpakaian anda. Itulah perkara yang selalu aku pesan dengan hubby.

Tuan rumah takkan nak menegur anda. Dia takkan mendowngrade muka anda yang tak seberapa tu, tapi takkan anda sebagai seorang yang dewasa dan berotak tak boleh berfikir secara logik. Atau sekurang2nya dengan bersivik?? Sumpah aku lemas tgk mamat tu. Sampai balik kami pun dok bercerita ttg kameraman serabai yang merosakkan majlis. Nanti aku akan upload gambar tanpa mukanya....

18 comments:

rosnanie said...

Betul Vic, memang boleh bayang camana kalau rupa mcm tu jd kameraman...memang rosak majlis. Selalu cemeraman akan berpakaian sesuai majlis spy nampak selari dgn majlis. Klau cam tu gaya mesti tuan rumah nyesal hired dia jd cameraman

tak pasal2 jd si jelik dan si cantik kan?

shazriena said...

yup sokong cakap sis nanie, kekadang kalau g majlis kawen yg grand2 ni mmg suka tgk kameraman dia amik gambar la, kekadang tu mmg ada yg berpakaian sopan la. ada jgk yg kurang sopan. so bila snap pic pengantin mmg nampak gak la cameraman yg berpakaian x sopan ni huhu rosak gambar:P

iCe said...

muahahahahaaaaa getah tempe???? gelak gulen2 jap... wakakakakakaaaa

Dak Wan said...

Yup, as an artist tolong lah jangan jatuhkan maruah artist lain. (kamera man pon artist gak k?)

At least pon, pakaian kemas + kasut(ni paling penting)
Oh, jangan lupa stokin ye?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Rosnanie - tu la... tak tau la camna nak menyedarkan jurugambar macam ni. Nak sound dia, kang dia kata kita nyibuk plak. Tapi takkan nak tunggu tuan rumah yang sound plak?

Shazriena - kalau kita tgk live pun dah sakit mata... kalau dah masuk dalam gambar lagi sakit mata + sakit hati.

iCE - Hehehe.. senang orang nak paham, rupa getah yang org selalu buat ikat tempe.

Dak Wan - betul tu. Tatau la kalau dowang rasa rambut serabai, selipar jepun dan baju lusuh tu art (seni) kan? Hehehehe

p/s: kalau tak pakai stokin, pengantin masuk rumah - dia follow, terpaksa bukak kasut... semua tetamu termasuk pengantin terpaksa tutup hidung.

azieazah said...

Mak ai.. ingatkan zaman kameraman cam tu dah tak der skrang... ada jugak lagi rupanya erkk?

Alamakkk... hampeh

*teringat sorang kawan (pangkat adik) yang saya kenali sejak dulu, jadi kameraman pengantin secara part time, tapi saya sungguh kagum dengan kerja2 dan etikanya ketika bekerja, wpun hanya part time, tapi memang klasssss...!!

leh juga ziarah blog dia: http://blog.faisalrahim.com/

azieazah said...

COPY n PASTE >
iCe said...
tgok sorang2 ni kadang2 akan membuatkan kita jadi mengantok kalo citer kurang menarik... keh3 nak ajak kak azie je laaaa tgok wayang sesama... oooopppssss bukan kak azie sorang je tp 1 family kak azie... 1 batalion pon takpe kalo nak bawak... hak3
December 13, 2009 9:25 AM

weyyyy ICE... bila tu? bila?
jom aarrr. no hal lahh...

iCe said...

kak azie - anytime & anywhere... keh3 email je time n date... nnt muncul laaa bdk iCe ni..!!

iCe said...

eh silap... tayah email tp IM je kat MSN... 24jam on mcm seben-eleben tu... hak3

ieja said...

aku setuju sgt tu vic.. mmg ada cameraman yang tak amik berat ttg etika berpakaian.. bukan l;a nak beria smpai berkolar , bertai bagai kan.. at least ckp asal nmpk kemas, orang pandang pon xsakit mata..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie dengan iCE, merancang tgk wayang dalam laman rumah saya tanpa mengajak saya? Sampai hati ko iCE, telan2 liur aku baca.

Ieja - dah dapat kameraman dah mak kecik? Kalau sudah, kena pesan ngan kemaraman pakai baju kemas2 sket masa amnbik gambo. ekekekek

azieazah said...

Wakakaka DIANA... udah terlior..

Ko ingat iCE tu berani ker? takder maknerrr nyerrrrrr...

hahahaha.... baca boleh, percaya jangannnn

siti murni said...

hurm..betul2 spoil majlis ni. biasa nya klu majlis grand...photographer pun nmpk berkelas sikit..at least sopan la kan..sedap mata tgk pun. sbb diorg ni consider penting di hr majlis tu..ish..ish..ambik2 la iktibar to all photog'pher out there...

iCe said...

psssstttttt kak azie... kalo nak tau brani ke tak meh laaaa try... keh3 kalo tuan tanah nak join pon bley je psl i sampai arini tak pegi2 tgok wayang lagi ni

AjiEm said...

saya wakil dri EnDoit Ph0toGraPhy...
saya rasa beliau ( JuruGambar yg serabai ) x biase g function dato' @ kenamaannyer function... seperti saya memang x pnah jugak... tp saya selalu berpakaian kemas utk kemana-mana saja walau pun majlis kawin di kampung2... kalu sesiapa memerlukan jurugambar sila layari blog ini ( www.endoitphotography.blogspot.com )...


sekian...

AjiEm

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Murni - memang spoilt betul. Sampai skang masih terbayang keserabaiannya yang sukar dimaafkan.

iCE- Ok.... sblm tgk wayang... kita jumpa dulu di FRIM.

Ajiem - EnDoIt Photography. Thumbs up!

iDAN said...

Kerja jurukamera memang jual muka; dulu saya pernah terlibat dengan kerja begini. Memang mencabar!.

Nak berkemeja panjang memamg tak sesuai tetapi tak salah jika pakai baju T berkolar & berpakaian kemas.

Hasil kerja seperti sudut yang menarik menjadikan jurukamera terpaksa menganggu majlis.

Rasanya teguran Diana memang bertempat; agar mendapat perhatian jurugkamera yang ke majlis besar begitu!.

iCe said...

aiseyman 25 & 26 i kena duty laaaa... tak dapek den poie FRIM tu... huhuhuuu