Tuesday, December 22, 2009

Aku Mula Percaya....

Pemergian seorang demi seorang ahli lembaga pengarah (BOD) syarikat bukanlah sesuatu yang membanggakan pada aku. Mereka kecewa. Kecewa dengan banyak perkara. Kekecewaan mereka telah membawa kepada kekecewaan aku dan sekalian pekerja.

Setelah beberapa bulan di sini aku yakin waktu itu, ini merupakan perhentian terakhir aku. Segalanya ada di sini. Termasuk perempuan tua nyanyuk yang menyakitkan hati. Tapi itu soal picing. Aku tak tergugat dengan dia, sekadar terganggu sekali sekala cuma. Namun sifat aku yang kaki melawan lebih2 lagi tahu bos berada di pihak aku menyebabkan dia makan hati berulam jantung. Padan muka. Kau salah cari partner sumo la nyonya!

Semenjak kerja di sini, aktiviti rutin aku satu masa dulu iaitu membuka laman web jobstreet untuk tujuan peribadi tidak digunapakai lagi. Aku hanya buka jobstreet untuk post vacancies kompeni aku je. Kemudian ketika terdengar gosip2 mengatakan bonus mungkin tidak ada aku click juga 2 post HR Exec dari 2 syarikat gergasi. Mana ku sangka perbuatan tersebut menyebabkan panggilan temuduga secara paksa sehingga menyebabkan mereka memarahi aku "Kalau You tak mahu cari kerja lain, kenapa you apply kami punya post?" Aduh.... itu kali terakhir... tobat tak buat lagi. Aku tau perasaannya bila kita rasa kita telah berjumpa candidate yg paling suit suddenly orang tu sbnrnya apply saja2 aje. "Apa... ingat kompeni aku cap ayam ke?" (Sebab pernah rasa dibuat gitu.)

Memang, aku tak pernah bersedia untuk meninggalkan kompeni ni kerana aku yakin aku telah sampai ke destinasi yang ingin ku tuju. Kerana itu walaupun menerima beberapa offer daripada beberapa individu untuk bekerja di syarikat gergasi mereka aku sekadar memandang sepi offer2 tersebut. Berat benar hendak pergi kerana aku punya sejarah hitam melompat2 kompeni sehingga termasuk ke dalam lubang neraka. Serik betul kerja dengan satu kompeni cina tu. Sampai skang aku tak boleh lupa. Nightmare!!!!

Malah ketika dioffer kerja oleh kompeni sekarang, aku 2 kali gagal menghadiri sesi temuduga (kerana aku dimomokkan, kompeni Jepun sangat particular, susah kerja ngan Jepun). Akhirnya aku menjadi individu terakhir yang ditemuduga daripada 12 candidates (itu pun lepas dipujuk agensi pekerjaan tersebut yang mengatakan MD Jepun terlalu sukakan resume aku). Maka di situlah bermula segalanya, aku mendapat tawaran tersebut ketika sedang berjalan menuju ke tempat parking kereta sebaik saja keluar dari bangunan temuduga. Dari situlah perjalanan aku bermula dan aku amat bersyukur, aku tidak salah membuat pilihan.

Tapi aku mula percaya kini.... mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah baru. Maka itu, malam tadi setelah berbincang dengan hubby secara telus, aku diberi perangsang untuk beralih arah. Maka dihadapan dia semalam, aku click juga butang apply dalam jobstreet untuk satu nama dan satu angka impian.... dan akhirnya ia membawa kepada satu panggilan telefon hari ini. Ya Allah, aku mula percaya yang aku perlu melangkah lagi kali ini. Moga kali ini pilihan aku tidak silap seperti Kau merestui aku 2 tahun yang lepas.


13 comments:

Framestone said...

Erm... same la... cam xnk je jadikan tempat kerje sekarang nie perhentian terakhir..

even baru setahun xdpt jawatan tetap.. tetapi terase sgt dgn birokrasi... politikus... ditaktorisme

cukup la... bukan niat aku mahu berada di bawah sahaja

BroFramestone Blog

iCe said...

gudluck & jgn pandang belakang... hidup kena maju ke depan..!! keh3 da mcm iklan laaa plak

azieazah said...

Kak Azie nak berkongsi sedikit pengalaman..
Kak Azie juga seorang yg tak suka lompat kerja. Tapi dlm tak suka akhirnya 3 syarikat juga aku lompat.. semua kerana terpaksa..

Kak Azie tahu, DIANA tidak suka tetapi lebih kepada terpaksa dan setelah ditimbang perkara2 utama dan memihak utk melangkah pergi, just go..

Jangan menoleh ke belakang, jangan kesal dgn keputusan bulat yg telah dibuat..

Selepas itu sediakan diri dgn segala ujian dan cabaran. Mungkin bagi orang yg sudah banyak pengalaman, soal kerja sangat mudah. Macam petik jari saja...

tapi biasanya soal remeh adakala mengganggu kelancaran.

Menyesuaikan diri dgn rakan sekerja, workflow or budaya kerja, cara seseorang, kerenah seseorang... etc..etc..

DIANA kena belajar dari bawah semula sebahagian perkara itu.. Kuatkan semangat dan sentiasa yakin bahawa U buat perkara betul.

All the BEST to U, DIANA..
Keyakinan yg tinggi selalunya buat kita jadi berani... believe me..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Framestone - kebanyakan kompeni pasti ada politik. Birokrasi agak jarang berlaku di syarikat swasta berbanding dalam Sektor Awam. Dulu ada istilah seniority tapi skarang senior tidak menjamin apa2 lagi kalau performance dok tang tu je. Kadang2 makin slow pula. Kalau si syarikat swasta kebanyakan mereka yang seronok berkubang di takuk tu je biasanya di offer untuk jadi suri atau sura rumah saja. Kalau banyak sangat karenah birokrasi dan politik yang jadi penghalang kepada career advancement, elok ditinggalkan aje.

iCE - Jangan pandang belakang, tapi tgk cermin pandang belakang kalau drive. heheheheh.

Kak Azie - Itula kak Azie, saya kalau memikirkan nak belajar semua dari bawah, rasa amat letih. Rasa malas. Kompeni baru, pekerja baru. Nak mula sesi suai kenal... kalau pekerja ada dua tiga ratus org, terkial2 nak belajar mengingat setiap nama, dept mana, jawatan apa.

Kalau pekerja ada 1000 orang... alahai... lagi la jenuh mak ngah. Sistem pembayaran gaji pun mungkin tak sama, jadi kena la belajar semula dari bawah macam seorang budak yang baru nak belajat bertatih.

Kemudian, adat la... orang baru tak mudah pekerja nak menerima kita dengan tangan terbuka. Makan masa juga. Ada sesetengah sampai bertahun pun masih diskriminasikan kita. Masa mula2 join kompeni ni, susah juga nak yakinkan mereka saya berbeza dengan org lama yang memegang jawatan ni dulu. Tapi skarang bila dah sesuaikan diri dengan semuanya, terpaksa ambil keputusan mcm ni. Macam gamble nasib plak rasanya.

Apa pun... doakanlah yang terbaik untuk saya. Terima kasih untuk sokongan moral dari kalian.

zeqzeq said...

selamat beralih rasa, umur masih muda..

eD Ph0toGraPhy said...

saya sentiasa sokong apa saja pilihan awak..

shazriena said...

my dear sis vic, x perla mungkin dah x de rezeki sis at kompeni tu, semoga di syarikat baru nanti akan ada sinar yg lebih bahagia utk sis vic. peluang akan dtg anytime. so good luck tuk sis. jgn menoleh lagi, byk lagi syarikat yg memerlukan sis, :d stay cute.

siti murni said...

situasi kita selalu sama saja vic. I dgn company skrg dh 6th yrs.bosan & rasa nk cuba something new, tp takut. sbb pengalaman dulu terkejar2 nak berkerja dgn listed company. finally, bertahan 1/2 thn saja..politik..birokrasi..it's everywhere. tp kalau dh smp masa nya go ahead..wish u all d best. insyaallah, tmpt baru, suasana baru...rezeki lebih, alhmdulillah..kan?:-)

ieja said...

sesungguhnya kita memang xdapat nak jangka apa yg berlaku kemudian hari vic...

teruskan usaha,kami sentiasa sokong n doakan kamu berjaya..

yeah..cayok VIC..

Dayung Serian said...

all I could say is Best of Luck to u Vic :) No turning back & No regret.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Umur mungkin tak tua lagi, tapi kalau nak belajar benda baru terasa otak dah terlalu tua. Kena format dulu. RAM lemah. ekeke

Hubby - Tenkiu. Saya tahu kamu selalu ada.

Shazriena - Yer, kerana mungkin ada rezeki yang lebih baik menanti di luar sana. Harapnya pilihan kali ni tak silap.
Selalu mengharapkan ianya destinasi terakhir.

Murni - situasi kita mmg selalu sama Murni. Neraka yang sy tulis tu Public Listed company la. Papan Utama Bursa Saham Malaysia. Memang setengah tahun je kat sana. Seminggu sebelum tarikh saya sepatutnya di"evaluate" untuk confirmation. Layan pekerja macam hamba abdi. Saya luahkan semua rasa tak puas hati kepada mgt sebelum berhenti kerja, dan paling tak malu minta saya stay untuk sebulan lagi supaya dapat mencari pengganti dan dalam masa yang sama ajar sistem payroll mereka kpd org baru. Dah la layan org macam taik, minta orang bagi budi plak. Sorry naik lori!

ieja - mekasih ieja.... kau bukan sekadar menyokong kerjaya aku je. Menyokong pemakanan aku pun iya jugak. Masa kita jumpa aritu, sampai 3 kali aku makan Mc Flurry. Thankssssssssss bebanyak. Makin cute la aku. heheheheheh

Dayung - Thanks a lot Dayung.

iCe said...

vic, tang belajar tu tak kira tua atau muda... yang penting nawaitu kita... kalo kita malas maka slow laaa otak tu berjalan... keh3 dalam sedar tak sedar, hari2 kita sentiasa belajar benda yang baru... tak gitu zeqzeq??

iDAN said...

jarang orang berhijrah dengan niat yang jujur akan gagal bergeraklah sementara masih muda;

cumanya saya telah melupakan dunia kerjaya lebih ke arah sisa usia yang memerlukan penjagaan diri sendiri & kesihatan nan terjamin..