Monday, November 30, 2009

Stressssssssssssss


Free Talk yang pernah aku pergi di salah satu private hospital bertajuk "Women and Cancer" mengatakan punca utama perempuan mengidap kanser adalah kerana stress. Tak kira sama ada dari tempat kerja atau di rumah. Sekiranya anda merasa stress setiap kali hendak pergi kerja, itu bermakna kita mendedahkan diri kita kepada kanser. Jadi langkah yang perlu diambil sekiranya anda tidak mampu menyukai kerja anda (walaupun dah buat macam2 cara), anda perlu quit from the job and find new job.

Tapi seandainya rumah sendiri pun mendatangkan stress kepada kita? What should we do? Quit from "wife" or "mom" post? Mustahil kan?


Aku stress betul kalau ditanya soalan mengenai topik yang satu. Memang stress sangat. Kadang2 boleh meleret2 topik tu sampai sehari, bergaduh, bertekak, berbahas.... Oh My Coach. Kadang2 sebagai suami isteri topik tu tak pernah pun menjadi masalah kepada kami tapi bila ia melibatkan campurtangan orang2 lain (khasnya tetamu yang narrow-minded) ia akan menyebabkan aku berkecil hati, merajuk dan akhirnya bergaduh (sebab kecewa). So please la strangers, jangan buat conclusion on our marriage. Jangan susah2kan hati anda berfikir dan bertanya perkara yang tak pernah kami susah hati. Tolonglah...

Dulu hubby gila pancing. Most of the time dia memancing aku akan ada sebelah dia. Masa menunggu ikan kami akan berborak macam2 perkara, ketawa, bergurau dan kadang2 aku buat macam satu piknik, bentang tikar dan makan bekalan bersama2. Memang seronok. Kalau hubby dapat ikan aku yang paling happy sekali. Excited! Kalau aku plak yang dapat ikan dulu, hubby tak senang duduk sebab dia nak dapatkan ikan yang lebih besar dari aku. Tapi semenjak hubby ada hobi baru iaitu photography, dah lama joran2nya kat rumah berhabuk. Semalam masa teman hubby dan ipar pergi kedai pancing dan ketika dia membelek sebatang joran Abu Garcia aku mula bersuara, "Sebelum ni masa hobi awak memancing, walaupun hobi tu tak mendatangkan duit, tapi kita sangat gembira kan? Tapi skarang...." Aku kira hubby sudah tau sambungan kata-kata seterusnya. Dia diam lama.. sebelum bersuara "betul kata awak."

Ok... balik kepada topik asal. Stress. Please women... make sure hidup anda tidak diselubungi misteri. Opss... bukan misteri... stress. Jangan dedahkan diri kita kepada kanser. Hiasi diri kita dengan kegembiraan dan keceriaan. Hasil dari pemerhatian telah membuktikan, seseorang pesakit kanser yang menghabiskan sisa hidupnya dengan menangis, berkurung dan mengeluh mengenai nasibnya biasanya mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding pesakit kanser kritikal yang menghabiskan hayatnya dengan melakukan kerja-kerja amal di luar, dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat dan menghabiskan masa melakukan aktiviti yang mengembirakan hatinya. (read: mengembirakan hati yang tidak memudaratkan diri ye). Then...tunggu apa? U know what to do if you're stress now rite? Selamat bergembira.

20 comments:

Sharinginfoz said...

memang stress tu kena pandai dihadapi.... hidup mesti ceria kan.. bosan2 datang le melawat blog syaa

iCe said...

adoilaaaaa vic... u mcm tau2 je i tgh stress arini... pg ni dgn semangatnye i pegi jpj utk renew roadtax tp ada plak 3 saman yg i sendiri pon tatau bila masa kena... ni laa masalahnye kalo salu bg pinjam kete kat org... tak psl2 terbang rm210 buat byr saman... huhuhuuuu terkehel sket bajet bulan ni... geram pnye psl, i pon mkn aiskrim baskin robbins utk ilangkan stress... hak3 makin terkehel bajet i

echah_syed said...

combi pun tgh stress skrg sbb bujang exam.aduiii kekdg rasa mcm tak sabo nak tgu exam dia cepat abis :(

betul vic..kawan combi bertahun stress sbb huby dia kawin lagi satu.now dia dah suspect cancer.combi rasa betul fakta nih.

hidup kita ni umpama pantai.sekali ombak datang pasir akan berubah.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sharinginfoz - betul tu, kena selalu menonton saluran ceria anda. heheheh

iCE - I ada insticnt lebih kurang macam nujum Pak Belalang juga. CLK u tu ramai orang pinjam rupanya. Bagi la I pinjam seminggu.... Confirm level stress u akan bertambah. ekekekek

Combi - betul combi, ni fakta ni... bukan auta.. kalau salah... bukan saya tipu combi. Kajian dari pakar kesihatan dan doktor2 tu la yang tipu kita.

Jadi combi kena selalu main boling. masuk longkang pun takpe... janji combi ketawa2 dan tak stress.

shazriena said...

stress mmg selalu stress lebih2 kalau time dtg nak final exam waa:((
hidup kene kuat vic:d
vic tau x ritu pegi lata iskandar ya Allah rasa nak pitam je lalu jln cameron tu x sggp la nak pegi lg berpusing2

Dayung Serian said...

kalau cancer berkait rapat dgn stress, eee takutnya. dah la kekadang I pun stress sbb keja opis.
Tak nak stress lagi kali ni, nak bagi boss pulak stress hehehe

siti murni said...

terkena batang hidung i..huhu..baru lepas stress..cet! tk sempat nak melayan stress, baca entry u terus terbantut..

hehe..thanx vic..gud info. slalu advise kwn2 to cheer up..but me myself, bila sensorang..sentimental yg amat sgt sehingga membawa kpd stress.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Shazriena - hahaha... vic sampai skang kalau naik Lata Iskandar atau Cameron Highlands akan jadi lembik macam jelly. Tak boleh tahan.... belum naik... baru terfikir nak naik sana... dah stress. hahahahha

DayungSerian - Yer... biar bos yang stress dengan kita... jangan kita yang stress dengan bos. Vic sedang mengstresskan bos skang ni dengan bertanya pasal bonus hari2.

Siti Murni - betul tu murni, kadang2 kita selalu buat org lain gembira, tp kita sendiri tak gembira. Jadi saranan vic, bayangkan kanser tu macam anjing gila, bila kita tak lari dari dia (biarkan diri dalam stress)... dia akan gigit kita. Sure kita akan berusaha untuk lari (menggembirakan diri). okay tak?

iCe said...

vic, nnt tnye kat bos u... bonus utk i ada tak? BONUS OOO BONUS... nak bonus nak bonus... hak3 kalo takde bonus kompom dpt stress..!!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE- apa kata u apply untuk jadi MD kat tempat I.... bukan stakat u pun dapat bonus... I pun mungkin ada can dapat the highest bonus. hahahah

iCe said...

erkkkkkk MD??? nnt bila u tanya psl bonus kompom i akan bagi jawapan yg sebijik mcm bos u bagi skrg ni... muahahahahahaaaa

zeqzeq said...

ooh tak dapat bonus Stresss gak..ujung tahun

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kalau takde bonus... vic akan nyanyi lagu...
"BATU BELAHHH.....
BATU BERTANGKUP....
MAKANLAH AKU... LULUHLAH AKU...
AKU KEMPUNAN.... PRADA"

RMY-Abelitokjoro said...

SALM... stress adalah punca permasaalan yang kita lalui.. kalau kita dapat selesaikan masalah dgn bijak... kita hanya mengurangkan stress yang membelengu kita... cancer pasti lambat datang dan tak ada terus.... entah ye ke tidak abeli ni....

zeqzeq said...

wanita dolu2 kerja indoor, ramai yang awet muda, tak banyak cabaran kot? walaupun suami kawi lagi. Bebanan berat atau ramai suami yang berumur dari isteri?, juga isteri jadi balu.maknnya isteri kurang stress?? betul ke data ini?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Abeli - Hehehe.. bukanlah bermakna kalau hidup kita tidak ada stress, kita confirm takkan kena kanser. Cumanya daripada eksperimen yang dijalankan oleh pakar perubatan sedunia, orang yang hidupnya selalu dilanda stress mempunyai peluang yang besar untuk mendapat kanser. Macam makanan yang terdedah... tak semestinya diberak lalat, tapi dengan mendedahkannya kita telah membuka ruang untuk lalat tu. Betul tak?

Zeqzeq - Kurang tepat. Wanita dulu2 hidup sekadar sederhana sudah memadai. Jadinya kalau tidak bekerja, sekadar duduk rumah pun tak apa. Tapi wanita sekarang, bersolek, berhias umpama satu keperluan. Lebih2 lagi mereka yang mempunyai citarasa tinggi, keperluan ni adakalanya memerlukan kerja keras. 2 kali stress di sini, stress nak beli barang idaman dan stress akibat kerja keras. Lepas tu bila ramai sangat perempuan cantik, risau suami berpaling tadah, dah 4 kali stress. Stress nak bersaing untuk jadi cantik mcm pmpn lain dan stress takut suami berubah hati... Ha... 4 stress je dah panjang ni.. kalau saya cerita 10 stress... alamat panjang sampai tak cukup space lagi gamaknya.

iCe said...

erkkkkkk tuan tanah ni blom ilang stress lg ke sampai takde entry baru... keh3 jgn marah ye tuan tanah... arini da ada org hangen dgn dakni... huhuhuuuuu nasib baik laa dakni pnye ati cold as ice

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

hak hak hak....
hati sejuk takpe iCE...
jangan hati batu. ekekkek..

Ni tgh stress la ni...
stress pk nak cerita pasal apa la plak kali ni...
lum ada idea lagi...
biar vic bertapa dulu....
mana tau kot ilham turun dari langit.
ekekekkeke

azieazah said...

Kak Azie sudah lama melupakan tentang stress... rasanya tekanan jer, itupun sementara.. semakin kita matang, kita semakin bijak mengendalikan keadaan..

memang stress tu merosakkan..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

betul tu, kak azie. Pengalaman kadang2 mengajar kita untuk lebih bijak menanggani setiap masalah yang datang.