Friday, November 06, 2009

Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)

"Pernah dengar la, tapi lupa la apa menatangnya ni." Siasatan Dalaman atau lebih dikenali sebagai D.I. adalah satu proses (biasanya will be the last resort) untuk menentukan samaada seseorang pekerja tu benar2 bersalah melanggar peraturan syarikat (major misconduct) dan implikasi dari D.I biasanya melibatkan hukuman yang berat seperti penurunan gaji, penurunan pangkat atau dibuang kerja.

Nota Perut: Tak, aku bukan nak cerita pasal D.I yang sedang dibuat oleh jabatan audit negara ke, tidak... bukan pasal politik~!

Dulu masa kerja dengan sebuah syarikat yang berada di papan utama Bursa Saham Malaysia (Public Listed Company), boleh dikatakan 2 bulan sekali buat D.I. Entah apa le fevret sangat dowang buat D.I. tah. Tapi berpadanan la, dengan pekerja lebih kurang 1000 orang, tentu macam2 kerenahnya. Dulu biasanya aku akan duduk di kerusi pemerhati. Pernah juga duduk sebagai juri kalau ia melibatkan kes-kes dari anak syarikat yang lain. Tapi sebenarnya bukanlah best sangat pun jadi juri. Kalau jadi juri Malaysian Idol ke, Akademi Fantasia ke memanglah besh, pasal kita leh cakap "suara ko ke laut" "feeling ko tu tak sampai kat aku". Tapi kalau peminat nak undi, menang gak dia.

Tapi jadi juri dalam D.I. melibatkan periuk nasi seseorang. Hitam keputusan kita, tertutuplah periuk nasi dia. Lagi plak kalau pekerja yang kena D.I. tu datang dari keluarga susah, anak ramai. Kalau ikut perikemanusian, memang tak sampai hati tapi tu la.... kenapa la dowang pi langgar peraturan syarikat, yang besar2 lak tu. Aduii... Dulu rasa terseksa betul kalau dapat jemputan menjadi juri dalam satu2 D.I. Kadang2 malam nak tidur pun tak lena. Tapi kami dibayar gaji oleh syarikat untuk kerja2 mcm ni la. Tak ada mana2 syarikat yang nak simpan pekerja bermasalah. Tul tak?

Semenjak join kompeni skang ni, memang tak pernah buat D.I. Almaklumlah, bilangan pekerja kat sini bukannya la ramai sangat. 20% je dari kompeni lama. Tapi 2 minggu lepas setelah aku menyerahkan borang penggantungan kerja kpd seorang pekerja yang dah berkhidmat belasan tahun, aku tahu kali ni aku akan berhadapan dengan D.I. sekali lagi. Masalahnya kali ni, aku bukan lagi pemerhati, bukan juga juri, sebaliknya aku yang mendakwa dia. Jahatnya aku. Atas dakwaan "dengan sengaja merosakkan harta benda syarikat". Segala bukti telah dilambakkan depan mata. Pergh..... dan dengan sukacitanya aku perlu mengheret pakcik tersebut ke muka D.I. bagi memastikan beliau dikenakan tindakan (tentunya yang melibatkan periuk nasi dia).... dan inilah puncanya aku rasa tak sedap hati sejak 2-3 hari ni.

Buat pertama kalinya juga, aku terpaksa berlawan bukan dengan tertuduh sahaja sebaliknya dengan kepala2 Union yang telah set dalam kepala otak diorang, "This is our first case and no matter what we MUST WIN." Dah macam court betul2 plak, ada appoint lawyer plak tertuduhnya. Bercanggah dengan hasrat kompeni aku, "With all these evidences, You have to make sure that Management will win." Isnin, 9 November akan menentukan segalanya. Moga skill berbahas masih ada lagi terendam dalam sanubari aku.
Kalau aku menang, tentu rasa guilty sangat dengan pakcik tu. Aku doakan pakcik tu akan bukak bisnes dan jadi kaya raya lepas ni. InsyaAllah.


18 comments:

BULLET said...

bahaye ni. silap2 hari bulan leh jadi musuh plak...tapi apepun, yang benar akan selalu menang. so, jangan risau sangat ek

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Thanks bullet bagi sokongan. Betul tu... berani kerana benar!

iCe said...

ooooo org HR rupe2nye... haha this is my 1st time reading ur blog walaupon salu tgok ur name kat blog mazidul... as 4 this coming monday, i wish u all the best... jgn terkucil masa D.I tu nnt psl silap sket je u bley kalah nnt... jz my 2 cents opinion... keh3..!!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

TQ iCE sbb sudi berkunjung ke blog sy... and TQ also for the advice. Will do my best for this coming monday. Kalah atau menang, ada baik dan buruknya. Tapi kalau boleh biar sama2 menang. Win-win situation. (Erk... kalau bos tau ni... mesti dia dah jadi kurang confident dgn sy). heheheheh

iCe said...

yup the win-win situation is the best way for both parties... apa pon yg penting jgn ada yg benci & marah kat kita nnt especially org union... hak3 i ckp mcm laaa i ni org HR but around me mmg ramai org HR & i mmg suke lawan putar alam dgn org2 HR ni

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sblm jadi HR sy pun tergolong dalam kategori pekerja yang banyak sgt bertanya itu ini. Sampai tengok muka HR tu pun dah mcm nak menelan saya.

Lepas jadi HR ni, kena plak ada pekerja yang banyak sgt bertanya, lebih2 soalan yang tak relevan, arguments dan sarcastic, rasa mcm nak cekik2 plak dowang. Skang baru tau camna rasanya.

zeqzeq said...

agak2 kalau belanja nasi bolehlepas tak??ala sekali jer..rasuah

zeqzeq said...

kalo yang bersalah itu kacak macam mana..

(senyummmmmmm)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

ZeqZeq: Isk... belanja nasi? Rasuah jenis makanan lagi seram, terus jadi darah daging. hehehe.. Tak nak la. Bukan kata nasi, KFC, Mekdonal, burger King pun takmo.

Tapi kalau tertuduh tu hensem, mungkin bila dia senyum atau kenyit mata, lidah sy jadi ais, terus tak boleh berkata2. heheheheheheh. Kira menang tanpa bertanding la dia. hahahahahah

echah_syed said...

seram jugak bila melibatkan periuk nasi org nih.. :(

apapun do d best :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih combi...

iCe said...

zeqzeq kalo blanje ramly burger kompom diana nak... keh3

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

hahahah... drpd bagi burger ramly, lebih baik bagi tokey burger yg bernama ramly tu. eheheheheheh

zeqzeq said...

Hati-hati nanti kena culik, susah saya nak baca Blog VIC.. kongsi pengalaman..hihii

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Update Terkini: Telah selamat menjalani DI dengan jayanya. Walaupun keputusan dari juri belum dikeluarkan namun bos dah cakap "I'm proud of You".

Even juri2 juga ada bisik, "U did ur job very well."

Kalau kalah pun, dah cuba yang terbaik.
Untuk pakcik, mcm sy bisik td.. harap pakcik berjaya dalam bisnes buah2an yang sedang pakcik usahakan sekarang. 6 dari 7 pintu rezeki memang dari berniaga dan jiwa pakcik memang sesuai jadi seorang peniaga. Pakcik boleh jadi bos!

Anonymous said...

hi u oll,i pening pale..i paling tak suke D nak buat DI, i as pendakwa.pekerja ni sgt bgs dlm keje tpi attendance sgt bermsalah,,,skrg dah menjadi mslsh besar dah.so after discuss with other manager,we should do DI watever it is..boleh tak owner blog nie explain lebih lanjut prosiding DI nie...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

DI adalah satu proses yang sangat sangat sangat leceh... tak ada mana HR Practitioner yang suka DI... mungkin kalau nak kutip pengalaman pertama rasa teruja... tetapi dah lama2 rasa bosan dan menyampah.

Kalau nak explain prosiding DI, memang panjang lebar... saya akan cuba masukkan satu entry khas bagaimana prosedur untuk membuat DI secara ringkas yang boleh dalam entry terbaru. Harap dapat bersabar ye.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Boleh rujuk entry saya di link ini untuk keterangan lanjut mengenai DI.
http://lovelyvic.blogspot.com/2011/05/domestic-inquiry-procedures-proses.html