Sunday, November 08, 2009

Pisau Cukur : Sejauh mana materialistiknya perempuan sekarang?

Aku menulis entry ni kerana Filem Pisau Cukur yang baru aku tgk pagi tadi. Sebuah cerita Melayu bergenre santai dan feminin (girlish film). Sedikit sinopsis dari cerita tersebut. Fazura (she is the reason I watched the film) memegang watak Intan merupakan sugar baby kepada seorang Datuk yang mempunyai isteri yang tak kurang hebat (cos she is Dr.). Isterinya koma ketika membuat pembedahan liposuction - kononnya bagi mencantikkan dirinya supaya suaminya meninggalkan pmpn simpanan tersebut.

Bella (lakonan Maya Karin) finalist yang direject si jutawan dlm rancangan "Siapa Mahu Kahwin Jutawan". Disebabkan kemurungan yang di alami, Intan mengajaknya bercuti di atas kapal mewah bersamanya kerana kebetulan saat akhir si sugar daddynya tak dapat ikut. Dan di atas kapal, Bella menggunakan segala kepakarannya menggoda seorang Jutawan Duda yang boleh tahan hensem (Eizlan Yusof). Walaupun diushar oleh seorang mamat yang lebih hensem dan muda, tapi kerana Eizlan seorang Dato', CEO terkenal dan berharta Bella memutuskan yang dia cuma mahukan Dato' tersebut sahaja.

Akhirnya Bella menyedari bahawa walaupun dia memasang impian dari kecik lagi untuk jadi wife jutawan, berlatih bercakap, berpakaian dan segala etika untuk menjadi perempuan yang bertaraf 5 star supaya mudah untuk dia mendapatkan lelaki jutawan tetapi apa yang lebih penting sebenarnya adalah rasa disayangi, dilindungi dan dipertahankan oleh lelaki yang disayangi walaupun dari keluarga lelaki itu sendiri. (Kerana dalam cerita ni kakak Eizlan tak sukakan Bella. Walaupun Eizlan tak bersetuju dengan kakaknya tetapi Eizlan sangat menghormati kakaknya itu memandangkan itulah satu2nya ahli keluarga yang tinggal).

Persoalannya: sejauh manakah wanita sekarang memandang harta melebihi segala2nya?
Dulu aku selalu cakap.... impian aku nak kahwin dengan orang kaya. Berkelulusan setaraf ataupun lebih dari aku. Berkulit putih, tinggi, kacak. Lepas kahwin aku akan minta suamiku belikan sebuah rumah yang ada swimming pool dan sebuah kereta sport Supra. Aku tak mahu kerja sebaliknya aku nak pergi shopping dan melancong sahaja. Tapi hakikatnya.... itu semua impian kosong sahaja. Bila aku jumpa hubby, segala kriteria tersebut tak dicek pun. Aku terima siapa pun dia sebagai jodoh dari Allah. Tapi aku pernah ada seorang kenalan yang selalu rasa aku gila memasang impian gila mengalahkan Erra Fazira walaupun aku tak secantik Erra Fazira. Sebenarnya aku cakap je. Kadang2 aku tak maksudkan benda yang aku cakap.

Tapi pernah tak kita melalui situasi ni:-

SITUASI 1

Tengah makan meja sebelah ada sorang lelaki asyik pandang kita... sesekali dia senyum kat kita...
Tengok muka dia tak hensem, kulit gelap, badan gempal plak tu.. kita jeling nyampah kat dia..
Dia pun frust... balik la... pastu pi jalan kat keta dia.. bila dia tekan suis kereta...
Pergghh.... Subaru Impreza.. Nyesalnya tak balas senyum dia...

SITUASI 2

Kawan kita nak kenalkan kita kat sorang pakwe. Pasal kita single lagi kan...
Sekali dia bawak kawan dia tak hensem, bukan taste kita la...
Kita pun reject la budak tu, siap marah member kita... "kalau nak kenalkan pun... biarlah yang rupa semegah"... sekali kawan kita cakap... "dia tu orang kaya tau. Ada syarikat sendiri... rumah dia 8 tingkat... keta 10 biji..." Terus kita tiba2 nampak lelaki tu boleh tahan juga la... Takat rupa pecah rumah tu... bleh touch up later... dun wori..

SITUASI 3
Kita excited nak kenalkan pakwe baru kat family. Siap la bawak gambar pakwe kita tgh posing sakan. Bila kita tunjuk kat family, berkerut2 family nengok muka dia (pasal tak hensem sgt). Soalan pertama yang family kita tanya "Kerja apa dia ni?"
Cuba kita jawab.... "dia kerja driver mak, abah"
Ha... driver??!!!! (muka mak ayah dah bengkek je...) "Driver lori? Drebar teksi?"
"Driver kapal terbang" (pilot la tu)
Oooo... cakap la pilot... (senyum sampai telinga)
p/s: ni kes mak bapak plak yang materialistik.

Kalau situasi ni amat biasa dengan anda... maknanya... memang duit sangat penting dalam hidup anda sehingga kadang2 anda sanggup tutup mata untuk perkara yang lebih penting asalkan.... anda boleh hidup bersama duit~!!!

19 comments:

echah_syed said...

combi nak tgk hari rabu ni dah janji dgn bebudak dan bapak budak hehe.. :)

combi rasa masih ramai pompuan/lelaki yg materialistik sbb situasi skrg mmg memerlukan duit duit duit.betul tak?

nak cantik pun perlukan duit.nak gi SPA,nak beli make up mahal,baju mahal dll lagi.takde duit jgn harap ler jadi cantik..serius!

kat tv pun asyik promote brg2 utk kecantikkan esp utk org pompuan.adehhh

utk mencapai hajat dgn mudah kawin dgn org kaya atau carik duit dgn jln mudah..ermmm paham je ler :p

apapun yg paling penting berpada2 jgn sampai jadi hamba duit sbb takde yg kekal pun didunia ni.

zeqzeq said...

saya pun nak jadi pencukur juga ..

opss saya lelaki boleh ke cukur??

cukur combi

bila dah duit..boleh buat wang.

nak pusing dunia pun kena duit

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi- pi la tgk combi. Ceritanya tak berat. Santai je. Tak le pening kepala nak berfikir... dan ada mesej yang disampaikan.

Memang skang ni semua perkara memerlukan duit. Ramai pasangan bercerai berai kerana duit. Wanita sanggup jual maruah kerana duit. Duit dah jadi Tuan.

Zeq - Kalau zeq nak jadi pisau cukur, kena cari mak datin yang kaya dan kesunyian la gamaknya.

zeqzeq said...

macammana pulak nak beza pisau cukup sikit-sikit dengan pisau cukur sekaligus, atau sambil makan sambil cukur..

sambil enjoy sambil cukur?

atau mencukur dalam paksa

zeqzeq said...

kenapa pisau cukur tak pernah kecundang??

serik jauh sekali.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Pisau cukur sikit2 - Dia suh belanja bila makan. Beli shopping dia sengaja buat supaya pasangan yang bayar barangan yang dibeli (ni utk org yg belum kahwin).

Pisau Cukur Sekaligus - Nak bukak bisnes / mak, adik, opah masuk hospital nak operation nak pakai duit. Bleh pinjam 10,000?

Sambil Makan Sambil Cukur - Kalau you belikan I kamera digital tu, kang I upah kiss.

Cukur dalam paksa - Bila janggut dan jambang dah lebat, kita simpan konon macho, sekali pasangan paksa cukur gak, pasal lemas dan geli bila kena janggut kita. hahahahah

Kenapa pisau cukur tak kecundang?? Sebab dia pakai jenama mahal. Gillete Turbo Mach 3, Cuba dia beli 3 singgit kat Mydin, baru cukur sket dah tumpul. ekekekke..

zeqzeq said...

VIC.
agaknya siapalah yang jadi mangsa itu kesian kalao ada anak bini.

kalau suka sama suka , MOU lagi tenang..

menjiwai apakah agaknya sebab menyebab ke arah jadi Pencukur atau pengambil kesempatan.

nampak anggun mewah dan berjayabergaya..orang boleh beli ..terikut jenama

permata hati said...

situasi 1 macm lawak je...hehehehe
tapi sbnarnya penah jadi kat saya..hahahah ada orang nak knal...muka mcm pecah umah..skali tgk pakai harrier..nyesal tak ingta..selidik punye selidik rupanya kerabat diraja selangor hahahahaha..padan muka..tapi bukan pasal materialistik..saya tak berkenan sbb dia merokok...konon dulu nak cari pasangan yang tak merokok..alih2 hubby skrg pun merokok...heheheh

iDAN said...

Banyak sangat duit bermasalah juga, kalau lelaki asyik ingat nak kahwin lagi, kalau perempuan mulalah gah diri.

Tak berduit pun payah amat, zaman sekarang semua kena duit.

Terbaik memang bak kata Combi berpada-pada. Serba sederhana. Tak rugi dapat calon suami atau isteri orang kaya tapi ingat-ingatkanlah dalam banyak bab, langkah, zakat, niat semua itu! Tak ada orang Islam kaya bagaimana nak bantu orang miskin dengan zakat segala.

Tetapi jika telah tersurat punyai jodoh dengan orang tak berada; janganlah hina & dera dia. Janganlah meminta sampai dia tenggelam punca. Berpakat-pakatlah. Sesungguhnya ujian kita pelbagai; ada orang ujiannya adalah kekayaan nan dimiliki ada orang ujiannya pula kemiskinan yang mesti diharungi.

Tak mungkin kita dapat menolak segala ujian Ilahi. Skala ganjaran atau pahala yang kita perolehi adalah melalui traf kesabaran kita ketika diuji.

zeqzeq said...

Idan,

psst sebebnarnya saya pun TAK berada.

hhee

sederhana dalam menembak

qah qah

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Permata hati - situasi tu memang banyak kali dialami oleh perempuan zaman skang. Kereta mewah.... memang boleh buat mata kita jadi bling bling.

iDAN - biasanya bila si suami bawa balik duit banyak. Abang sayang. Bila si suami sengkek, abang pun melayang. hahaha...
Tapi isteri yang baik. Susah dan senang bersama-sama.

Zegzeg - wow... pengakuan berani mati! hahahahahahah..... takpe... bersederhanalah dalam segala hal. Kan sunat tu! hahahahahah

zeqzeq said...

VIC,

kat mana nak order Pisau cukur

post laju seekor boleh??

zeqzeq said...

Idan, banyak duit susah nak jaga, asyik sayang duti dari bini, dari anak.

bila2 masa terbayang perompak masuk rumah, tak bebas nak keluar rumah, gelisah kena culik

-inay- said...

sayep pon tgk kerana fazura sahaja..beli tiket dpt shaver free pon gembira..hahaha

siti murni said...

VIC, situasi 1 mcm penah happen je kt i...huhu. tp tak la sampai tahap nyesal, anggap tkde jodoh & rezeki je..hehe.

tp VIC perlu materialistik jgk di zaman skg ni..bukan la smp tahap millionaire..asal bleh bertanggungjawab sbgmana adanya..dah Alhamdulillah.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Yabeet - tu la... ntah nape aku minat sangat kat dia. Tgk muka dia comel!

Siti murni - Majoriti wanita memang pernah alami situasi 1 tu. hehehe..
Tak salah kalau kita memilih lelaki yang boleh menjamin masa depan kita, yang salahnya kita membiarkan maruah diri kita diinjak2 hanya untuk memastikan kita dapatkan lelaki yg mcm tu.

Anonymous said...

susah tidak berduit lagi susah dari susah dgn berduit.

iCe said...

tetibe je tingat sumone tnye bape bnyk kete i ada & dgn slambanye i jwb i hv 6 cars at the moment... 4 biji kete remote control, 1 toyota & 1 CLK... bdk bila dgr CLK je tros kata WOWWWWW KAYANYE U... tp yg dia tatau CLK tu ekceli CUTE LITTLE KANCIL... hak3 smpai skrg dia mati2 igt CLK tu mercedes... alahaiiii kalo laaaa btol2 dpt sebijik merc kan best... kena tpon master no ekor kat blog bro mazidul baru dpt pakai merc kot... wakakakakakaaaaaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE, pi la sms tok sami tu, mana tau dia bagi no. kena 1st prize. U beli terus 2 biji CLK.. satu leh bagi kat i..

Lagipun bday u nak dekat, kata org.. bday person banyak ong (luck)!!