Tuesday, November 17, 2009

Perempuan Dan Diari

Diari sangat sinonim dengan perempuan. Perempuan dikatakan kaum yang amat gemar menulis diari. Walaupun bukan semua tapi majoriti daripada mereka mempunyai diari sendiri. Diari tak semestinya mengandungi segala rahsia hati kita, tapi mungkin juga perancangan kita sepanjang tahun dan perkara yang berlaku yang kita fikir harus diingati.

Aku tak tahu reason orang lain, tapi aku ada sebab tesendiri kenapa aku menulis diari dan tak pernah gagal menulisnya sejak usia aku 8 tahun lagi. Antara sebab2nya ialah:-

1- Masa aku berusia 8 tahun ayah belikan sebuah diari yang ada mangga berbentuk hati siap dengan kunci. Aku pula memang gemar membaca novel remaja keluaran buku Kenari dan kisah 5 Penyiasat terjemahan dari karya Anid Blyton. Maka pada waktu tu aku sangat faham fungsi diari berdasarkan kisah2 yang dibaca dalam novel. Itulah kali pertama aku memiliki diari sendiri.

2- Kerana aku terlalu banyak perkara yang ditempuhi sejak kecil dan bila aku menulis, aku akan menangis (sebab tu diari aku dulu2 tulisannya kembang2 sebab kena airmata) dan lepas aku tulis aku rasa aku dah berkongsi beban tu dengan seseorang. Rasa sangat lega.

3- Kerana bukan semua kisah kita boleh berkongsi dengan orang lain. Lebih2 lagi aku punya pengalaman dikhianati orang yang paling aku percaya. Jadi aku yakin, diari takkan mengkhianati aku.

4- Sebab aku pelupa. Diari membuatkan aku tahu apa yang aku rancang sebelum ni, apa tarikh yang penting dan apa yang telah berlaku beberapa hari / bulan/ tahun yang lalu.

5- Kerana aku memang suka menulis. Kalau korang tengok blog aku pun, korang akan tau betapa aku suka menulis. Kalau dulu masa penggunaan komputer belum dikomersialkan sepenuhnya, aku ada beberapa buku log yang besar mengandungi cerpen dari tulisan tangan aku sendiri. Bila dah dewasa, aku baca balik.... rasa lucu plak.

6- Aku selalu berharap satu hari nanti akan ada keturunan aku yang buka balik semua diari ini, membaca segalanya tentang aku, yang paling jujur, dan memahami betapa aku melalui hidup ini dengan seribu satu cerita dan rahsia. (Sayangnya sesetengah diari telah selamat dijilat api)

Tapi siapa kata diari tak pernah mengkhianati kita? Kalau kita cuai meletakkannya dan ia dibaca oleh orang yang tak sepatutnya membaca..... hmmmm....

Ok.... inilah diari aku tahun 2010. Dah 3 tahun pakai diari starbucks. Tahun depan masih lagi diari starbucks..


Aku berdoa... catatan 2010 hanya yang indah2, penuh dengan cerita kejayaan dan gembira kerana aku dah penat menulis dengan airmata.... Ya Allah... makbulkan doaku...

8 comments:

siti murni said...

nmpk nye Vic kite ni cam ade persamaan..cuma i start ber'diari' masa di secondary school. i dulu pun suke sgt tulis cerpen, at 1st kwn2 je baca..lama2 i hantar ke majalah. pernah skali dua published kat REMAJA..skg dah tak reti Vic..bahasa ikut sedap i jer. u punya gaya penulisan baik...teruskan menulis & ber'diari'. i support u..:-)

zeqzeq said...

VIC, teliti dlm menulis, saya malas..

cuba ingat mimpi masa umur berapa..

hheee saja tanya , kalu dapat curik diari itu.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Siti Murni - Yer, cerpen vic pun pernah keluar majalah REMAJA. Cerpen untuk hari Ibu pun pernah menang tempat pertama. Dapat Hamper Nivea. Hehehe... Ada juga cerpen yang keluar dalam Majalah Mingguan Wanita. Selain cerpen, vic suka pada puisi (sajak). Puisi pun kerap keluar majalah, sampai kadang2 hantar je puisi tapi tak pernah tgk samaada keluar majalah lagi ke tak.

Zeq - sbnrnya kekerapan menulis dah agak kurang. Kadang2 bila menulis semula, kita rasa penulisan kita kurang "sengat" berbanding dulu. Sbnrnya menulis perlu diasah selalu, kalau ditinggalkan lama, skillnya berkarat.

Skang diari dah dikunci dalam peti besi, tak senang nak curi. hahahahahah

echah_syed said...

combi masa sekolah rendah jer ade diari.masuk sekolah menengah dah malas..

ehhh..malu pulak nak share kat sini..hiks :p

buat2 jek tak malu ek.combi nangis berjurai airmata baca kisah u masa kat hospital tu..aduiii touching so muchh!

perasaan takut masa nak operate,sakit bila kena bius, menahan sakit setelah operate membuat combi sgt terharu.tak sedar airmata combi turun mcm air ujan.

huhh...rasa mcm nak peluk u kalau combi ada kat situ :)

semangat u sgt kental.teringat combi dulu pun pernah kena puji dgn doktor masa nak lahirkan anak pertama..doktor cakap combi sgt berani sbb menahan sakit sehingga 14 jam walaupun masa tu combi baru awal 20an.

bila doktor puji terus hilang sakit..heheh :p

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi - Saya pun malu nak cakap, saya masih menangis kalau baca entry pembedahan tu. Walaupun dah hampir 2 tahun, tp ingatannya masih segar. Terlalu banyak juga perkara yang terjadi sebelum dan selepas pembedahan yang memberi pengajaran besar buat saya, bahawa menjadi kuat dan tabah adalah satu2nya pilihan yang saya ada.... dan saya janji pada diri saya... sy takkan rebah.

zeqzeq said...

kalao ada lelaki yang matang leh tau, tulis diari masa level berapa, jarang lelaki rajin, lepas tulis lempar..

iDAN said...

Sejarah hidup ini mungkin setahun dua sahaja ada diari, kemudian conteng lebih kurang kemudian entah ke mana hilangnya diari itu.

Diana sebenarnya telah ada langkah awal, apatah lagi pernah dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan menulis. Teruskanlah usaha itu. Di samping elok susun puisi atau cerpen di di blog. Mungkin ada pengikut & penggemarnya.

Mungkin apa yang kita tulis itu dapat membentuk jiwa seseorang, dalam seribu tulisan kita mungkin satu berbekam di hati; rasanya itu pun telah bagus.

Saya tidak pernah jemu menulis, lantaran tulisan, saya kerap di tribunal ketika berkerja makan gaji dulu & sekarang tak serik menulis. Jangan sampai masuk ISA sudahlah.

Tak semestinya menulis itu mencari glamour; tetapi niat & isian tulisan itu yang penting. Kalau dulu mungkin majalah, akhbar atau media massa yang lain tempat kita berkarya. Sekarang rasanya dunia blog ini lagi bebas & berkesan.

Sejak tahun 1978 lagi saya rajin menghantar di radio & media lain. tak pernah menang satu pun hadiah penghargaan. Cuma Ratib Seribu Syair saya turut serta; dapat sijil Malaysia Book of Records; itu pun Gapena tulis salah nama saya Haridan jadi Hafidan. Tapi rasanya kenangan dapat bersama dengan ratusan penggiat sastera yang lain sudah amat membahagiakan.

Di akhbar itu memang amat payah mahu mencelah; bayangkan sebulan ada ribuan puisi yang dihantar; cerpen mungkin tak sebanyak itu. Jika tersiar satu dicelah penulis mapan memang sudah amat baik. Diana cubalah hantar mungkin tersiar.

Jika Diana perasan saya ada menyusun sebahagian puisi yang dapat dikutip di jurnal saya ini. Ada sebahagian entah ke mana saya pun lupa tulisannya.

http://idan.easyjournal.com

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Betul tu iDAN, masa beli majalah sekali terperasan nama diumumkan sebagai pemenang. Rasa bahagia betul. Semangat menulis berkobar-kobar. Seperti mendapat perangsang baru. Tapi setakat seminggu dua sahaja. Saya sebenarnya kesuntukan masa. Tapi kalau ada masa terluang, sy curi juga untuk menulis. Cuma kadang2 idea tak datang seperti dulu, jadi.... kebanyakan karya dibakulsampahkan sebelum siap.

Saya suka baca puisi iDAN. Susunannya teratur, halus tapi tepat. Kadang2 lepas baca puisi iDAN, saya cepat2 capai pen... cuba menyambung rangkap seterusnya... heheheh...

Saya tak pernah berpeluang duduk semajlis dengan GAPENA. Teringin juga bertemu sasterawan terkenal, mendengar cerita. Cuma saya ada pengalaman berkumpul bersama pemantun ketika usia 17 tahun. Kami pemantun termuda ketika itu, yang lainnya dari Dewan Bahasa, UIA, Institut Bahasa Melayu dan beberapa IPTA lain. Masa tu dah terfokus nak menjadi pemantun pula...

Tapi sebenarnya hati dan jiwa sy lebih kepada penulisan cerpen. Walaupun rasanya puisi yang sy tulis lebih banyak dari cerpen. Mungkin kerana dalam sehari kita boleh hasilkan 2-3 puisi tetapi cerpen memerlukan sekurang2nya 2 hari untuk siap. Malah cerpen kalau datang ilham untuk intro... belum tentu ada ilham untuk penamatnya. Penamatnya pula.. perlukan sesuatu boleh menyentuh hati orang. Itu yang susahnya. Kadang2 kita je tersentuh - org lain tak rasa apa. Hahahaha...

Terima kasih iDAN kerana bila sy membaca blog dan jurnal iDAN kerap membuatkan sy menconteng sesuatu di atas kertas... mengembalikan keinginan menulis seperti dulu.