Saturday, November 07, 2009

November 09 : The Scariest Month

Bulan November tiap2 tahun adalah bulan yang paling menakutkan pada aku. Sebabnya bulan ni ada hari jadi my beloved sister ngan hubby. Tapi rasanya November 2009 lebih menakutkan kerana pada bulan ni je, ada 4 orang (jiran, sedara, kenalan rapat) yang beranak. Bila dowang beranak, maknanya kita yang tak beranak akan kopak sebab kena hulur. Kalau sorang beranak takpe jugak. Bayangkan kalo sekali 4 das keluar, ha... budget kita jadi x4 gamaknya. Belum habis lagi senarai belanjawan November aku ni.

Ada plak kenduri2 kahwin dan majlis tunang. Majlis tunang kawan adik aku pun, aku kena pi. Pasalnya budak tu dah rapat ngan family aku. Ha... tuan2 dan puan2... adalah tidak menjadi kebiasaan ye kalau kita ke majlis orang takat bawak perut yang kosong - mencekik - balik. Koman2 kena gak hulur sampul, kalau tak hulur sampul pun harus bawak hadiah.

Lalu bulan ni aku kira kekerapan aku memegang kalkulator lebih dari bulan2 biasa. (walaupun sbnrnya aku terlampau la benci tgk nombor dan kira2 sampai kantoi paper add math masa spm). Kertas belanjawan bulanan aku pun sampai kena extend, soletape sambung page ke-2 pasal tak cukup tempat dan jumlah keseluruhan akhirnya melebihi plak pendapatan bulanan. Aik.. garu kepala kejap. Garu lagi.... garu lagi... tetap lebih budget...

Adik aku ni plak ade ke wish dia tahun ni nak sambut besday kat JW Marriot Putrajaya. Sabo je aku. Kalo dia meng"wish" tu ikut sesedap lobang idung dia je tanpa memikirkan kita yang nak terkencet2 merealisasikan impian dia. Takpe la... hubby dia kaya. Bleh ar menunaikan permintaan dia yang mengalahkan Mariah Carey tu. Mula2 tu memang dh nak ikut perancangan le kiranya, celebrate juga di Putrajaya, sudahnya dari kul 3 petang dia diserang migrain peringkat ke-3 sampai terlantar je atas sofa. Hmm... daulat la tu. Lenkali mintak yang bukan2 lagi.





Memandangkan dia dh terbaring mcm orang dalam pantang, aku pun keluar la ke Jusco Bukit Raja untuk membeli hadiahnya. (Sbnrnya nak belikan dia kasut Scholl tp rupanya hubby dia dh belikan Crocs plak). Mujurlah Christmas nak dekat, jadi memang banyak gift set. Takde la aku dok perah otak cari idea hadiah dia mcm perah santan tua. Akhirnya aku memilih hamper dari Famous Amos.

Dari Bukit Raja terus drive ke Concorde Hotel untuk dapatkan kek. Kenapa Concorde? Sebab dia kata Concorde ada kek cheese tersedap di dunia. Ha.... kowang jangan tatau, adik aku nampak aje pendek, tapi seleranya beso! Bila balik tgk dia masih berpantang lagi kat atas sofa. So aku kuarkan kek ngan present sambil ajak family ramai2 nyanyi lagu eppy besday kat dia. Ewah... terus bangun sengih2... dah sihat la tu~! Akhirnya terbatal gak hasrat dia nak celebrate Bday kat Putrajaya. Tapi tadi dengar gak dia rengek2 kat hubby dia besok nak pi Putrajaya gak. Lantak la ko... (kek yang kowang nampak tu ialah gabungan 3 jenis cheese kek. Chocolate Cheese, Pure Cheese, Vanilla Cheese)

Ok. Lepas satu seksa. Lepas ni ada satu lagi seksa.... besday hubby plak. Kalkulator... ooo kalkulator.... mana kau... adui... rasa mcm nak migrain plak.

Owh.... sebelum terlupa... aku terpaksa masukkan budget starbucks dalam belanjawan November juga sebab aku dah tergila-gila dan kemaruk nak dapatkan diari 2010. (Masa tahun 2008 dan 2009 pun tergila2 mcm ni jugak - kemaruk kumpul cop starbucks nak dapatkan diari) Perlu 11 cop untuk dapatkan 1 diari. 11 cop bermakna 11 kali minum. Kat sini kowang dah nampak aku dah minum 5 kali. Bermakna mungkin dah dekat segelen air Toffee Nut Frappucino dalam perut aku skang ni. Jadi, camno makcik nak kurus? Cuba cite sket.













Latest Update: Ahad akhirnya ke Alamanda juga. Kemudian makan 1 family di Taman Warisan. Anak angkat emak yang baru (Azim) pun ikut juga. hahaha... Balik dari Taman Warisan singgah pulak di Quality Hotel, karaoke sampai suara jadi serak. Part paling kelakar masa ayah nyanyi lagu "Madu Tiga". Semua bantai gelak~!

12 comments:

KangNasir said...

sampaikan salam slmt hari lahir pada hubby,
smga bahagia & membahagiakan,
sentiasa & selamanya.
amin.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

InsyaAllah...
Terima kasih KangNasir,
Sudi singgah...
Moga2 Allah makbulkan doa...
Amin...

zeqzeq said...

selamat hari lahir,

eehem kalau tak ikut kehendak hubby macam mana...saja gurau

zeqzeq said...

jamu mata jer kek warna warni sedap

siti murni said...

salam ziarah,
u hv great blog! sampaikan wish slmt hr lahir utk hubby ya..my bday pun november jugak...ramai yg celebrate bday bln ni eh..mmg bulan gawat, hehe.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Zeq, hubby takde buat special request pun. Tapi dah tiap2 tahun b'day dia bagi hadiah, tiba2 tak bagi... mesti dia rasa lain.
Kalau nak rasa kek tu mari la datang klang. Ada lagi balance. heheheheh

Murni - terima kasih datang bertandang. Memang ramai yang lahir bulan 11 ni. Saya pernah menyakat mak saya dan mertua saya.... "anak valentine day ke ni?" hahahah... terus kena jeling geram!

echah_syed said...

hi diana..

combi dgn huby dari dulu lagi tak 'terbiasa' dgn hadiah bila sambut besday.so tak ler rasa mcm terbeban sgt bila tiba time besday kan.

cuma kami anak beranak akan keluar celebrate samada kat pizza hut,mcd atau kfc jek.anak2 mmg suke tempat ni walau diumpan kat tempat yg lebih best pun...ermm makin kaya company ni :p

betul cakap diana kalau dah terbiasa nnt ade yg kecil hati sedangkan masa tu kita bizi atau pun poket dah kempes hehe.. :)

apapun epi besday kat huby ye :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi - tu la dia... tradisi tak rasmi akhirnya memakan diri plak. hehehe...
Tapi kira adil la... bila tiba birthday kita org lain plak pening kepala. hahahhahaha...

Terima kasih combi untuk wish tu. InsyaAllah akan disampaikan.

iDAN said...

Hi Nana...

Kami sambut hari lahir tak kisah sangat, biasanya saya beli kek saja. Atau pun keluar makan malam kat sekitar Kajang, ikutlah permintaan. Tak lebih-lebih. Anak-anak suka ke McD, ibunya selalu yang bayar. Kut! hari jadi ibunya sahaja ayah yang bayar. Itu selalunya makan di Restoran makanan Siam bersepah di Kajang ini.

Biasa tak habis pun RM100.

Ada sekali tu sahaja ibunya belanja hari lahir si Anif makan di Secret Recepi. Sekitar hampir-hampir RM200. Bagi saya mahallah amat. Ibunya tak kesah pun.

Kalau di Hotel tu memang tak mampu. Kat ofis rajin juga buat seminar di Putrajaya. Rasanya paling bagus makanannya di Palm Garden Hotel IOI Resort; bersebelahan Marriott Hotel. Marriott Hotel memang mahal makanan tak seberapa.

Palm Garden Hotel IOI Resort empat bintang biasanya kalau bulan Ramadan pakej sekitar RM65 buffet berbuka puasa. Emmm! kalau berkeluarga mampukah?.

Atau pun ramai kata makan di Taman Warisan pun okey!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iDAN,

Kalau sebut je kajang, mesti teringat sate kajang. Kira abahnya romantik juga la bawak ibunya makan luar bila hari jadi. Jangan ibunya kena masak dan buat kek sendiri masa hari jadi. hehehe

Secret Recipe walaupun mahal tapi hidangan makanan memang sedap. Tak pernah saya makan tak habis kat sana.

Saya pun rasa JW Marriot tu sgt mahal. Tak berpadanan dengan hidangan makannya. Pernah makan buffet di Palace Of Golded Horses pun mahal juga.. tp hidangan makannya tak le sesedap hotel2 yang harganya lebih rendah sikit.

Sebut pasal taman warisan.... terkejut tgk harga makanan di sana sudah murah. Dulu mahal tak hingat.... skang sangat berpatutan. Mungkin pekerja gomen di Putrajaya dah bising2 kot.

iCe said...

erkkkkkkk ckp psl besday ni... apa kata u add lg 1 nama dlm ur list... u add je nama i psl my besday falls on 22nd nov... hek3 nnt u banje laa i lunch kat secret recipe bukit raja or klang parade... lalalalalaaaaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - What a coincident. Hubby I pun 22nd jugak. Nak beli gift utk hubby pun dh smpi gugur rambut. Kalau add u punya, alamat botak la i...