Sunday, November 15, 2009

Malang Tak Berbau...

Jumaat 13/11/2009. Masa on the way balik dari ofis ke Klang (rutin petang Jumaat, dari ofis biasanya terus balik rumah mak di Klang). Kebetulan ada seorang officemate memandu bersaing kereta dengan keretaku. Dia menoleh. Tersenyum. Memecut tinggalkan aku. Aku tekan pedal minyak, mengejar dia dari belakang. Lambat juga nak memotong. Almaklumlah kereta aku kereta tua. Dah le kembara, auto pulak tu. Memang tak layak untuk berlumba. Dapat je bersaing. aku menoleh sekilas, balas senyum mengejek. Tiba2........ nyaris2 kereta terbabas melanggar divider jalan. Kebetulan hujan renyai2, jalan licin dan banyak lopak air. Aku perlahankan kenderaan serta-merta. Seram betul. Muka dah pucat lesi. Kenapa tiba2 tayar boleh 'lost control'???

Sabtu 14/11/2009. Aku cakap ngan hubby dan ayah tentang kejadian petang semalam. Hubby belek tayar kereta aku. Dia panggil "Cuba tgk, tayar kereta awak dah botak licin dah. Benang pun dah nak terkeluar". Betul la..... aduhai... "Abis tu mcm mana?" "Macam mana apanya. Kena tukar tayar baru la. Bahaya sangat dah ni. Nasib baik tayar tak pecah semalam." Ayah tanya, "Ada duit nak tukar tayar?" Aku garu kepala. Biasanya kalau bab yang berkenaan duit ni memang aku selalu garu kepala. Aku mencongak2 duit dalam bank. Alahai... akhirnya dua tayar depan diganti jua. Tengah ayah sibuk mengisi air dalam karburator tiba2 dengar lagi suara ayah "Minyak enjin pun dah tinggal sikit ni, long. Jangan lupa beli minyak enjin. Tak pun hantar service ke.." Adoi... nak kena beli lagi minyak enjin. Walaupun kereta tua tapi aku cukup particular bab minyak enjin ni. Nak yang baik je, sebab aku selalu fikir kereta aku, mcm aku jugak. Cuba bagi aku biskut kering cap ping pong dengan biskut Famous Amos.... mana aku nak?

Ahad 15/11/2009. Balik dari pasar Tani dekat stadium Shah Alam jalan keluar terlalu sesak. Jalan sangkut. Tiba2 ada lori MBSA menghon sebiji kereta Honda lama yang menghalang jalan keluarnya. Aku perhatikan je kereta yang ditinggalkan di depan lori MBSA... tingkapnya terbuka. Ada seorang lelaki cuba membantu mengalihkan kereta tersebut dengan cuba menurunkan handbrake melalui tingkap yang terbuka. Kononnya nak ditolak kereta tu ke depan sikit. Tiba2 owner kereta datang. Mengangkat tangan kepada pegawai MBSA dan masuk ke dalam kereta untuk mengalihkan kereta.

Kereta aku masih mengesot2 seperti kereta2 lain juga. Kepanasan dan kesesakan membuatkan hati macam nak meradang. Tiba2..... gedegak!!! Terangkat kereta aku. Aliyah Umairah yang leka pun terlompat memeluk aku kerana ketakutan. Aku rasa macam nak nangis sebab aku tau yang bontot kereta aku telah disondol kereta lain. Aku menoleh ke belakang. Kereta Honda lama yang dihon MBSA tadi sedang mencium bontot kereta aku. Pemandunya tersengih macam kerang busuk sambil mengangkat tangan. Laju aku turun tengok bumper Kembara aku yang dah berlubang dan terkulai. Uwaaaaaaaaa......!!!!! Alasan pemandu Honda (yg sebaya dengan aku dan hubby bila hubby mintak nak tgk ic dia masa nak salin nama penuh dan no. ic) "Clutch saya sangkut la bang. Dah rosak. Sori ye" Ahh.... peduli apa aku. Semalam aku baru ganti tayar, tukar minyak hitam. Dalam sengkek2 aku ni... aku sanggup buat apa je demi kereta aku. Last2 ko sedap2 cium bontot kereta aku sampai terkulai!!! Aku tak peduli apa masalah ko.... ko betulkan hari ni jugak!!!!

Akhirnya kereta aku dihantar ke bengkel di Sri Muda, Shah Alam. Hubby cakap dengan owner workshop... berapa pun kosnya, suruh itu lelaki bayar. Panjang lebar gak perbualan hubby, owner workshop dan pemandu Honda. Pemandu Honda pun dah garu2 kepala aku tengok. Mesti pasal hal duit jugak la ni. Lantak la... aku tengah sedih tgk Kembara aku jadi camni. Aku nak ia direpair mcm mana pun. Last2 hubby cakap "Kembara awak besok baru boleh siap." "Habis saya nak pergi kerja mcm mana?" "Esok saya hantar awak pi kerja, petang saya ambik. Awak terpaksa stayback lama sikit kat ofis besok."

Begitulah kisahnya aku kehilangan kembaraku untuk hari ni dan esok. Terasa seperti patah sebelah kaki. Terpaksa la menumpang kereta hubby. Bila tengah2 termenung macam ni aku mula la berfikir.... malang memang tak berbau. Aku mungkin terselamat dari kejadian terbabas dan hampir menyondol divider pada petang Jumaat tapi tetap tak selamat dari disondol.

21 comments:

zeqzeq said...

peluang dan syukur masih ada

echah_syed said...

aduiii mmg sedih dah ler ujung bulan lmbt lagi.. :(

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeqzeq - Ya, bersyukur sebab:-
1-tayar tak pecah pd petang Jumaat.
2-dapat sedar awal yang tayar dah botak licin.
3- sekadar disondol dan bukan menyondol (klu menyondol maknanya perlu keluar wang untuk kereta orang dan kereta sendiri juga.)

Combi - tu yang sedang menghitung hari ni, kenapa la lambat sangat nak gaji ni. uwaaaaa......

eelobor said...

salam...

sebenarnya, dalam kehidupan kita seharian, byk kali kita menggunakan ayat.."nasib baik...kalau tidak, tak tahulah mcm mana"

zeqzeq said...

tak sangka yer, VIC masih bersemangat berlumba, kena cabar lalu tersangkut cabaran, hhee

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

eelobor - haha.. betul tu. Dan satu lagi... bila kita gagal dalam sesuatu perkara kita yg kita buat atau lalui, kita selalu kata "kalau la aku buat macam ni dulu....." "kalau la aku tak buat benda ni dulu.." So perkataan "kalau la..." pun adalah ayat yang selalu kita sebut.

Zeq - hahaha... tp sy pernah kena cabar berlumba dengan org yg sy tak kenal (masa tu pinjam kereta mak), sy tak sahut la... buatnya dia berhenti kereta tiba2, block kereta saya ke. Tak pun 'road bully' ke... naya je.

iCe said...

hahaaaaa kete kena sondol takpe tp jgn orgnye sudah laaaa... btw biskot kering cap ping pong tu lg sedap dari biskot famous amos tu... mkn 2 3 keping pon da kenyang... kalo famous amos tu sebungkus pon blom tentu cukup... hak3

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - Berani nak sondol tuannya??? hahahaha... Camna nak kenyang.... Beli Famous Amos RM8 dapat 100 gram je. RM 8 kalau beli biskut kering bleh dapat satu tin besar.

Anonymous said...

Kak vic malang memang x bebau...
tp klo kmalangan jalan raye memang bebau... ( Petrol )...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

sape plak si anon ni...
kamu ye ajim?
ye... kalau petrol tu tumpah, ye la berbau...
kalau takat langgar bontot mcm akak smlm... tang mana nak bau nyer?
Tp kalau kentut, insyAllah... bau!
itu consider malang yang berbau..

permata hati said...

hai kak vic..hmm sabar2 kak vic ada hikmahnya...kereta saya baru 2 minggu keluar workshop tersadai sebulan dlm workshop sbb accident time raya ketiga..

kalau nak tgk cantiknye kereta saya menghentam cuba tgk kat entry bulan september tajuk yang sama malang tak berbau...hhuhuhuhuh
sedih tau...sebulan hubby kena hanta and amik dri opis n nk hanta baby kt umah mak..
dh la dia keje putrajaya..saya keje kl..baby hanta pandan indah..betapa seksanya hubby
sian hubby huhuhuhu

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Permata, kak vic dh tgk entry permata pasal eksiden tu. Dahsyat juga ye kereta kamu eksiden. Syukur alhamdulillah, kamu ngan family tak apa2.

Kak vic baru masuk hari ke-2 dah asyik call workshop bila leh ambik keta. Susahnya takde kereta....

rosnanie said...

salam vic
malang memang tak berbau,
saya pun pernah alami kisah kena sondol, lagi lama, sebulan lebih keta kena icu. Dah ler masa kena langgar tu tgh pregnant anak yang kecik skrg (2 bln) dan anak yg ketiga baru 2 thn ada sekali dalam kereta. Masa jd tu dari jauh hijau, bila start kuning saya pun prelahankan keta dan berhenti betul2 dah merah. So satu hilux dari belakang tak sempat brek, terus hentam keta. Alasan dia, dia tgk saya laju jer. Laju? tak kan tak nampak lampu brek nyala,laju sekalipun, saya membrek, dah pasti dia akan nampak lampu brek nyala, tu yang buat saya musykil tu. Keta company, report polis, dia kena denda, kereta cover insuran.
Walaupun tak kena bayar sendiri, tapi once dah accident, kita dah rasa tak seronok dgn keta tu dah

kita berhati2, orang dibelakang kita belum tentu, orang berhati2 kdg2 kita pulak buat silap... dunia...dunia..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

rosnanie - Adoi.... dah la masa kejadian ada anak kecik + mengandung. Menakutkan. Mujur takde berlaku kemalangan jiwa.
Semalam semasa berlanggar anak sedara berusia 2 tahun ada atas pangkuan saya. Ketika disondol, dia terlampau terkejut - melompat peluk saya. Tengok muka dia yang ketakutan, panik dan pucat lesi, rasa macam nak ketuk je kepala driver kereta belakang tu. Tapi apa nak buat, bukan dia sengaja. Benda nak jadi.

permata hati said...

hai kak vic, hmm tula patah kaki sebulan lebih takde keret..seksa nya hanya tuhan je tau..hihihi

hi kak nani..yeke sama la saya..time tu baru habis susukan baby..saya dudk seta depan plak tu hubby yang drive...kereta tu last minute masuk simpang kanan tak sempat elak...

baby nangis2 terkejut agknya..sian baby..dh risau takut dia ada apa2..cek kat doktor alhamdulillah dia ok.. hubby n saya ok..cuma adik laki saya kt belakng ada kesan lebam kt pipi dia..heheh sapa suruih tak pakai seat belt..hmm bila pikir2 trauma gak..tapi kna kuat semangat bawa keta balik sbb nnti sapa nak hanta g keje kan..kalau tak diri sendiri..nak bawa kete hubby satria manual...heheh manual saya tak pandai...

iCe said...

erkkkkkk kete tak siap2 lg ke? nak suh i amik naik my CLK ke? hak3

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - dah siap tapi kena tunggu habis office hour baru boleh keluar ambik kereta. Nasib baik ayah sanggup jemput kat ofis bawa pergi workshop.

Kang kalau last minute ayah cakap tak dpt ambik, u bawak la CLK tu ye datang jemput i... Teringin nak naik kereta mewah CLK u (cute litle kancil) hahahahhahahahah

iCe said...

oooooo u gelakkan my CLK ye? hak3 sabo aje laaaaaa... sesama org klang kena laaaa tolong menolong kan kan kan?

LORD ZARA 札拉 said...

Alahai sis~
Tapi nasib baik orang tu nak bayar kan?
..dan alhamdulillah, sis tak cedera~

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - Betul tu. Baik tul hati u.

Lord Zara - Ha'ah nasib baik dia yang bayar pasal dia yang menyondol.

p/s: petang smlm dah ambik kereta... amboi bumper belakang bersinar2, cat terlampau menyerlah... tak padan plak ngan warna lama body. Ni yg rasa nak cat seluruh kereta ni. ekekekekek

iCe said...

apa lagi cat je laaaa kete tu... keh3 makin botak laaa u nnt... btw da beli ke besday present utk hubby u? n dun forget besday present i skali tau... hak3