Wednesday, November 04, 2009

Entry tercetus kerana cemburu

Sebenarnya tak ada benda yang penting pun untuk diupdate. Cuma kerana terlalu cemburu tengok kawan2 yang ada2 je idea nak posting entry baru. Ntah mana dowang ni kutip idea agaknya. Kalau idea tu boleh dibeli, memang aku beli idea tu. Nak lawan blog dowang punya pasal.

Terlanjur dah bercerita teringin nak bercerita tentang bos baru kat ofis ni. Buat pertama kalinya kompeni aku membawa masuk seorang bos Jepun yang muda dan muka stok ala2 model. Kalau sekali imbas, sebiji macam muka hero Jepun, Takeshi Kaneshiro. Tapi aku lum la sampai nak ambik gambar dia. Kang nampak sangat la aku dah jatuh syok kat dia. Tapi motif sbnr aku bercerita bukanlah kerana nak mengetengahkan kehenseman dia yang aku tau kaum2 Adam lain tak berapa suka nak dengar, tapi aku ingin becerita penangan (influence) yang tercetus dek kerana kehenseman dia.

Kat ofis aku ni memang la rata2nya perempuan, berkahwin dan bergelar ibu. Kalau ada yang belum kawen pun cuma sorang je la. Aku wanita termuda dalam ofis ni pun dah kawen. Tp semenjak adanya hero hensem kat ofis masing2 seperti lupa status plak. Masing2 dah start berangan nak kuruskan badan. Mereka yang sebelum ni muka pucat macam mayat pun dah pandai tepek bedak nyonya, blusher, gincu dan etc. Yang dulu pantang demam batuk sikit dah MC, la ni... dah sampai tahap batuk kokol pun datang kerja gak. Takut sehari tak datang, kang bos jepun beralih perhatian kt org lain.

Pantang ada waktu senggang atau waktu rehat, memang topik berbual pasal hero hensem tu. Kalau hero hensem tu keluar dari bilik melintasi kitorg nak ke toilet, kepala masing2 tinggi je... lepas dari partition tu dok telek hero sampai hilang dari pandangan. Kalau idak kepala masing2 mcam kepala kura2 dalam cengkerang. Tak nampak kepala pun... semuanya separas partition je. Agaknya hero hensem tu tau tak yang ofis tu dah dilanda Takeshi Mania. Apa la rasanya jadi perhatian gitu. Kalau aku la... mesti dah jalan kengkang2... kaki bersepah. Debar2 punya pasal.

Bila cerita pasal hal ni, teringat entry saudara iDAN. Katanya pmpn skang pun boleh tahan, lagi plak yang pendapatannya dan jawatannya agak besar. Selera pun besar. Hahahahah... betullah tu agaknya sdr iDAN, tengok aje fenomena kat ofis sy skang ni. Rupanya besar impaknya kehadiran jejaka hensem. Mungkinkah perkara ni terjadi disebabkan wanita skang dah bosan melihat suami dengan perut boroi, berkain pelekat dan duduk hisap rokok depan tv? Atau wanita skang sudah bosan dengan suami yang kering hati, balik rumah, mencekik, baca paper, tengok tv, tido? Atau sememangnya wanita skang makin gatal? hehehehehe.... ntah la.... tepuk dada tanya selera...

10 comments:

echah_syed said...

gatal..?? tak kot tp mcm 'window shoping'tak bole beli jamu mata pun ok pe hehe.. :p

lebih tepat mcm terapi mata gitu tengok yg seksi,yg cantik dan yg hensem :)

alah..tengok jer pun bukan luak mcm org jantan tengok pompuan seksi nak terjojol bijik mata..betul tak sis?? :D

wat ever semua org suke pada yg indah..normal ler tu :)

*suke dgn blog ni kemas jek (^_^)

zeqzeq said...

salam..

lelaki gatal atau perempuan gatal..

nanti saya semak..

yag penting Echah baik..licin dahi combi,jernih tak pucat..

zeqzeq said...

opps lupa nakpuji, Bolg yang kemas tak banyak promosi..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

terima kasih kak echah,

betul jugak kata kat kak echah, pmpn ni kalau jamu mata pun bukan leh buat apa kan? tak mcm lelaki... mula2 jamu mata2 silap2 pmpn tu diam2 dah bermadu ngan kita pun. heheheh....

apa nak buat... pmpn dah mmg fevretnya begitu. Window shopping, Window Men.... heheheheehheheeh

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ai... Zeg... puji kak echah je... Bodek nampak! hahahahahahah...
p/s: pulang paku buah keras!

zeqzeq said...

combi,

saualelaki bukan jantan, jadi saya tenung sambil berlapik ...qhqahh qah..ada filter screen,

diana,

puji juga kecam kemudian hee..memang blog ini tak banyak pokok tumbuh hee jika banyak ulam dan pucuk bunga serabut nampak..

jernih dalam kesenian aman nampak..

zeqzeq said...

lagi dua,

apasalahnya wanita spare dua, boleh menjadi daya penarik bekerja, hheee
rasa nak masuk pejabat, rajin dan berkibar-kibar nak tenung Secretmirror

iDAN said...

Nana..

bagus juga ada hero machoo macam tu, minat ke ofis itu melantun tinggi; emm! minat, idola, impian, pingitan, apalagi iyer?...

biasalah tu, jangan nafikan di mana kita pergi bila ada yang menarik pasti kita tertarik; rasanya echa ... zeq itu bukan gatal; memang semulajadi sifat@rukunnya!

lagi pun kelapa tua lagi kan lebih santannya!.

rasanya perempuan/lelaki ini dalam bab minat atau kata orang kini teruja itu sama sajalah, pasti ada Idola impiannya cumanya tak berani atau mahu berterus terang rahsia di hati!.

ala! suka-suka sahaja tak sampai ke hati pun!.

(kura-kura dalam bahasa perak... bejuku; tak dapat bayangkan bagai kalau bejuku tu keluarkan kelapanya dari tempurungnya itu; kat rumah ini ada 6 ekor bejuku dari besar ibu kaki dah besar tempurung kelapa... tak sabar nak buat kolam di kampung nak lepas mereka ini..)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sdr iDAN & Zeq,

Memang diakui pun, kehadiran hero Jepun hensem di ofis telah meningkat produktiviti di syarikat saya. Bukan setakat kedatangan yang memuaskan, bahkan, kalau diminta laporan untuk sesuatu kerja, pagi dia minta, petang dah hantar.
1- Sebab nak dapat perhatian sbg pekerja cemerlang.
2- Sebab tak sabar2 nak masuk bilik bos hensem.

echah_syed said...

dulu masa time sekolah..bila ade cikgu hensem bukan main rajin dtg sekolah.pastu pura-pura tanya soalan konon tak paham sbb nak suruh dia dtg kat tempat duduk kita..hiks :p

agaknye kementerian kena ambek cikgu cantik dan hensem kot baru student bole fokus hehe.. :D

zz >> aku baik ye..timakasih cakap ler smpi 44 kali. i like.. :p