Thursday, November 12, 2009

Durian Galore~!

Meneruskan Tradisi syarikat, kenduri durian setiap 2 tahun sekali, tahun ni kami memilih 11/11/2009 untuk mengadakan 'Durian Galore'. Selori durian dihantar tepat pukul 3 petang, bos-bos turun untuk memastikan durian yang dihantar berkualiti D24 dan 'baru gugur' seperti yang dijanjikan. Hasilnya, Bos puas hati, pekerja seronok dan kekenyangan, hubungan pekerja dan majikan semakin erat. Itulah dia Jepun, saling menghormati, beradab dan amat menitik beratkan hubungan kekeluargaan serta majikan-pekerja. Haraplah budaya ini dapat dicontohi oleh rakyat kita. Jangan asyik nak bakar kerusi stadium, bakar sepanduk dan baling mercun bila pasukan bola kita kalah ye.

Dahsyat betul Jepun, pandai dia telek D24 ke bukan. Padahal negara dia nak jumpa pokok durian pun susah.

Dahsyat betul lelaki, sambil makan durian pun boleh hisap rokok.

Sebahagian dari pekerja wanita.
Merekalah kawan-kawanku, rakan sejawatku dan teman ketawaku.

nyum nyum...



13 comments:

permata hati said...

nyum nyum bestnye makan durian kak vic...hmm ari tu hubby beli 3 biji..tapi hubby makanj 3 ulas je yang lain suma permata bantai..heheheh baby tgk je..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

permata hati - amboi hantu durian jugak rupanya. Kak vic kalau mengadap durian, selagi durian tak habis.... selagi tu tak berhenti. Smlm pun jadi org yg last sekali naik ofis sbb menghabiskan durian. hahahahahah

zeqzeq said...

bagusnya com besar byk aktiviti.
hari keluarga dll,
agaknya kalau ambil kesempatan boleh kan??

teman mengumpat adatak??

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq Zeq- Kalau management terlalu baik, pekerja nak ambil kesempatan pun tak sampai hati. Tapi kalau tergamak juga, mmg tak berhati perut namanya.
hehehehehe

Kerana mengumpat la jadi ketawa terbahak2 tu. iskk... tak baik tau mengumpat. :P

echah_syed said...

diana..jeles jeles jeles..!

combi anak beranak mmg hantu durian.musim kali ni tatau berapa hengget kami habis hanya utk raja buah ni :)

kat sabah dah tinggal hujung2..kat sana byk lagi tak??

zeqzeq said...

Durian kampung yang dibeli tepi jalan menghala Sg Pelek, juga sedap. dari pokok yng berumur lebih 40tahun.

dengan kulit hijaunya lagi.
paling tinggi saya boleh 2 biji saja.(bukan ulas)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi...
Kalau musim durian, saya balik kampung mertua sebab abah ada dusun durian. Berbakul2 bawak balik rumah. Tapi sepanjang perjalanan dari Tg Malim ke Shah Alam, mcm nak pitam la bergelumang dengan bau durian.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - nanti musim buah panggil sy dan combi makan durian sg. pelek ye. Jgn buat2 lupa lak. Kami dh terliur ni.

-inay- said...

huwaaa...bestnye makan durian...free plak tuh

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Memang sedap hingga menjilat jari beet. D24 la katakan. Lebih sedap lagi pasal tak kuar duit sendiri.

zeqzeq said...

amboi besar2nya biji durian..sedapmata memandang

siti murni said...

uish...durian lagik..serik dah I..smp kena ulser. padah makan durian minggu lepas.

Tapi bagus culture jepun ni..:-) mengeratkan hub. majikan-pekerja..tak lokek, staf pun happy. yg penting disiplin & komitmen terus mantap! waktu makan kite enjoy!!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

siti murni - lepas habis makan durian tu kami minum air suam dalam kulit durian. Kita suh cina dan India buat macam tu jugak. Bila bos Jepun tgk, dia pun ikut juga. Alhamdulillah, takde pekerja yang demam atau komplen kena ulser.