Thursday, November 19, 2009

Crocs Untuk Hubby

Sudah letih berfikir tentang hadiah untuk hubby. Hajat sehingga lewat semalam aku masih ingin membeli perfume Paco Rabanne untuknya. Tapi masih menimbang2 kerana perfume botol runcing DKNY miliknya masih berbaki setengah botol. Hadiah tahun lepas.

Hubby kata, "belikan sehelai baju sudah. Yang murah-murah," ala.... berbasa-basi pulak. Sudah hampir 5 tahun hidup bersama. Aku kenal sangat definisi murah pada dia. Hakikatnya baju yang "murah" itu semuanya dah dihantar ke almari di rumah mak. Buat baju basahan! Yang disimpan di dalam almari rumah kami... cuma yang "tidak murah" sahaja. Kerana itu bila perutnya naik seperti perempuan mengandung 3 bulan, dia bermatian2 diet. Katanya... "sayang... baju banyak.... tak boleh pakai". Sayang baju atau sayang duit beli baju2 tu... ntahla..

Asalnya hubby tak suka Crocs. Macam2 yang dia kutuk tentang Crocs. Pernah aku ulas tentangnya di sini dan di sini. Tapi satu hari ketika hendak keluar menjalankan part-time job dia sebagai photographer, hujan turun renyai-renyai. Sayang kalau kasutnya kena hujan, dia menyarung Crocs emak. (Tak sarung Crocs aku sebab katanya terlalu 'perempuan', siap ada nama pulak tu). Bila balik dia bercerita tentang Crocs emak. Redah hujan, lecak, berlari mengejar "moment terindah pengantin" segalanya berjalan amat mudah. Kena lumpur atau lecak, cuma basuh saja. Kaki kurang lenguh, kurang penat. Tak bermasalah ke sana sini walaupun penuh lumpur lecak. Terlupa barangkali, kasut yang dipujinya itu adalah CROCS, jenama yang paling dia benci satu masa dulu. Itulah yang dikatakan "Tak kenal maka tak cinta."

Lalu ia memberikan aku idea. Hubby pernah kata:-
"Moment terindah setiap Raja Sehari hanya berlaku sekali dan amat pantas. Hanya mereka (photographer) yang pantas sahaja yang akan berjaya merakamkan moment itu dari sudut yang paling cantik."
Maka aku memutuskan.... membelikannya CROCS bagi membantunya mendapatkan moment tersebut. Semoga hadiah ini memberi perangsang kepada hubby untuk menjadi photographer yang lebih baik. Dan.... aku lega melihat senyumannya sewaktu dia memegang Crocs tersebut malam tadi...

Selamat Hari Jadi hubby~!!

13 comments:

Anonymous said...

Nice give....

so sweet....

( Ajiem )

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tenkiu Ajiem... Besok besday kamu kan? Kak vic ucap eppy besday in advance.

Moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam pelajaran dan kerja.

iCe said...

ckp kat hubby u 'welcome to the crocs club'... skali da pakai tros tanak pakai kasut lain lg... hak3

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Betul tu iCE. Crocs saya dah banyak berjasa sewaktu meredah pasir dan air laut ketika bercuti di Sabah. Kalau kasut lain.... dah selamat jahanam dek penangan air masin. Berjalan jauh pun, kaki kurang letih. Well hubby, welcome to the CROCS club!

ieja said...

vic.. birthday nd eh.. ucap selamat hari jadi kat dia ye.. bertambah da umur..hehe :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

ieja- insyaAllah... jumpa di Tg Malim ye raya haji nanti.

zeqzeq said...

mahalnya, tertinggal masjid terus hilang.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Orang pergi masjid pakai selipar jepun je zeq...

siti murni said...

Sampaikan salam..selamat hari lahir to ur hubby k..semoga panjang umur & bahagia mengiringi kalian ke akhir hayat, ok!:-)

crocs is always comfy, dats what my sis said, big fan of crocs dia tu.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Siti Murni - terima kasih. InsyaAllah. Betul tu kata adik Murni tu, macam iCE kata, Sekali dh pakai Crocs tanak pakai kasut lain dah....

zeqzeq said...

kita nak beli jenama BATA pun tak mampu..huhuuhh

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - ala zeq... tayah la konon2 merendah diri... Org mcm Zeq mana nak pakai Crocs... nak pakai jenama Timberland yang RM400 ke atas je.

azieazah said...

I pun minat CROCS... selesa sangattt....