Tuesday, November 24, 2009

Aku Ini Wanita Biasa

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan kisah perceraian KrisDayanti dan Anang. Tidak juga ada kena mengena dengan Keris Dan Yanti atau Keris Taming Sari.

Aku kira semalam merupakan hari yang malang untuk aku. Bermula dengan kehilangan harta (walaupun tak mahal, tp nilai sentimental sangat tinggi) yang paling aku sayang. Sejak aku memiliki harta tu, aku tak pernah tanggalkannya, dah jadi sebahagian dari diri aku.... dan bila aku kehilangannya... bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku terima... dan bermulalah segala yang malang dalam hidupku...

Malam setiap sejam terjaga sehinggalah kali terakhir aku terjaga jam menunjukkan 4.30 pagi. Punca terjaga kerana mengigau melampau. Menangis kerana teringatkan hartaku yang hilang. Basah lencun bantal dek airmata.

Bangun pagi, terlalu mengantuk. Mata bengkak sebab asyik menangis sepanjang malam. Keluar dari rumah, terlanggar ayam jiran. Mati penyek! Aku toleh kiri kanan, tak ada orang. Aku drive je, jauh sikit call hubby bagitau dah terlenyekkan ayam jiran. Lepas tu sampai ofis, parking kereta, sambung nangis. Sebab kurang tidur, sebab banyak sangat nangis aku dah terlanggar ayam jiran sampai mati. Kesian ayam tu. Aku nangis sebab kesiankan ayam plak kali ni. Tu la ko ayam... sapa suh melintas macam ayam. Nasib baik aku langgar ayam. Kalau aku langgar kucing, mau skang ni aku tengah meraung sebelah bangkai kucing tu. Aku kebumikan dia ikut adat resam sepatutnya pastu bayar gantirugi secara installment kat tuan punya kucing.

Sampai kat ofis, ada dua pekerja baru sedang menunggu untuk induction training. Aku siapkan segala dokumen, panggil dua2 masuk bilik induction. Entah apa yang aku merepek kat dowang aku tak sedar tapi aku tersedar bila 2-2 asyik tersengih2 memandang aku. Bila aku tanya, "kenapa kamu senyum?" diorang jawab, "Tadi akak dah terangkan pasal benda ni... dah 3 kali". Ha!!! Sumpah tak sedar aku dah merepek benda yang sama 3 kali. Nasib baik aku tak merepek benda2 lain contohnya tentang salasilah keturunan atuk aku.

Tengah aku menaip surat tawaran kerja tiba2 datang plak seorang supervisor production mengulas tentang tindakan aku melepaskan surat yang pada perkiraanya P&C kepada pihak bawahan dan bukan melalui tanganku sendiri. Lalu aku mempertahankan diri dengan mengatakan tindakan aku relevan kerana tiada apa yang P&C dalam isi kandungan surat tersebut dan ia perlu dilakukan begitu kerana aku tak berpeluang berjumpa dengan pekerja sepanjang minggu lepas memandangkan dia bekerja syif malam. Lalu terjadilah perdebatan sehingga memaksa aku mendail bahagian production dan meminta pekerja tersebut naik ke atas. Lepas lepuk lepak bertekak, berbahas dan berdebat tentang isi kandungan surat, masuk pula bos aku yang kononnya ibarat ultraman yang datang last minute menyelamatkan bumi. Elok je terpandang muka bos aku, terus pekerja tu sign surat tanpa banyak soal. Dahsyat tul ultraman ni, belum lagi kuarkan power laser, raksasa dah lari. Bila raksasa lari, ultraman pun menasihatkan aku supaya jangan bertekak dengan orang bawahan. Suh je supervisor dia yang bertekak dengan dia. Aku jangan masuk campur. Camna ni Ultraman, dah double instruction, sorang kata aku lepas tangan, sorang kata aku campur tangan.

Last2 aku menangis la depan pc... nangis nangis nangis... sampai bos naik cuak. Dia ingat dia yang telah menyebabkan aku nangis. Sebenarnya aku nangis sebab teringat harta aku yang hilang. Bila aku bengang aku selalu pegang dan gigit harta aku, tapi tadi bila aku dok meraba nak cari harta tu baru aku perasan... "alamak... benda tu dah hilang," so mengembalikan ingatan aku terhadap harta aku.

Masa lunch... aku tengok bos aku rehat sorang2 dekat kantin. Jarang bos aku makan kat kantin. Dia suka makan restoran sedap2, mahal2 kat luar.... tapi agaknya sebab bestfriend dia AL hari ni, dia makan kantin je. Kebetulan bestfriend aku pun AL juga. Dia jeling aku ngan ekor mata dia bila nampak kelibat aku masuk ke kantin. Eceh eceh.... macam la aku tak perasan. Dia duduk sorang2 je kat satu meja. Ye la. Mana ada pekerja berani nak lepak semeja dengan HR & Admin Manager. Lepas aku ambik makanan aku tarik kerusi betul2 di hadapan dia. Dia angkat kepala pandang aku. Aku senyum. Dia pun senyum. Kira dia tau la aku bukan kecik ati ngan dia tadi. Soalan pertama yang aku tanya dia, "Bila you nak minta leave record for Bonus calculation dari I?" Dia berhenti makan kejap, "Siapa cakap kita ada bonus?" Aku buat2 muka terkejut. Padahal aku dah agak dia mesti cakap mcm tu, dah kenal sangat perangai bos aku ni. "U jangan cakap mcm tu, nanti semua pekerja dengar mesti diorang nangis." Dia sengih je. "Padan muka dia orang. Ini Union punya hal la." Aku rasa macam nak cubit2 je bos aku ni. Nasib baik bos aku... kalau adik aku... dah lama aku piat telinga dia. Perbualan terhenti bila ada pekerja yang menarik kerusi di sebelah kami, bertanya soal pentadbiran syarikat. Patutla bos aku tak suka makan kat kantin, tgh makan pun orang boleh tanya pasal kerja.

Elok je habis jawab soalan pekerja lebih kurang, dia pun angkat punggung. Sebenarnya dia mungkin nak lari dari menjawab soalan aku yang seterusnya sebab dia sempat meninggalkan sengih2nya sebelum pergi. Kesimpulannya, aku memerlukan wang bonus untuk membeli semula harta aku yang hilang. Memandangkan tidak ada bonus tahun ni dan bagi mengelakkan diri aku dirundung malapetaka bertimpa2 dengan ini aku melancarkan... Tabung Dana Harta Vic Yang Hilang. Derma boleh dibuat melalui maybank2u atau cek berpalang ke atas nama aku. Setiap sumbangan anda amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

14 comments:

azieazah said...

Setuju DIANA, sebagai manusia biasa, menangis bila rasa nak nangis...

meraung bila rasa nak meraung.. (biar bertempat)

Kalu dah nama harta, wajarlah disayang dirindui bilang hilang..

Tapi bila sampai tahap lancarkan tabung tu, memang tak wajar.. heheheheeh

Barang terpakai nak? :D senyummm DIANAAA...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

azieazah - hahahah tak boleh yerk lancarkan tabung? Ingatkan bleh buat macam tabung untuk Gaza ke... Tabung Gempa Bumi... Tabung Tsunami ke... ekekekek..

Barang terpakai tanak la kak azie.. kat rumah pun banyak ni nak pi hantar welfare.

zeqzeq said...

ganas ganas, air mata mengalir jua.

mesti mahal dan nilai kenangan..

Tabung Teleton dan selesea ker..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ye... beli pakai duit raya masa sekolah dulu. Semenjak beli tak pernah tanggalkan... tiba2 hilang memang sungguh terluka..

zeqzeq said...

Diana, lembut nama wanita biasa ini.

Dayung Serian said...

simpati pun ada, kelakar pun ada esp part langgar ayam tu...marahkan ayam pulak, cian cik ayam hehehe...

zeqzeq said...

dayung,
satu nyawa satu tubuh, oleh itu langgar benda kecil tak nampak.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - hati je lembut, orangnya tak lembut sangat.

Dayung Serian- Skang sy dah tau kenapa ada iklan papan tanda "JANGAN MELINTAS SEPERTI AYAM".

permata hati said...

hehehe cian nya ayam tu kak vic...
heheheh

kak vic bawa bersabar..ada hikmahnya..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

permata hati - terima kasih... lenkali kak vic akan ingat "DONT CRY N DRIVE"

Framestone said...

he..23x lame sudah aku xmnegomen di blog mu nie Vic

ape yg hilang itew..cincin ke?? 9ko ckp ko selalu gigit)

anggap la yg hilang itew mgkin pen... ye ke

sian ayam tue ek... selamat mu langgar ayam jiran... klu terlanggar mak ayam or bapak ayam.. bagus gak..xde la ayam2 berpeleseran di tgh2 bandar mencari mangsa

www.broframestone.com

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Framestone - tekaanmu hampir betul tapi belum tepat. Tp kiranya yg sewaktu dengannya la.

Aku memang terasa nak langgar mak/bapak ayam. Tapi susah nak dapat mak bapak ayam ni keluar pepagi buta sebab beza dowang.. ayam betul, pagi2 bangun berkokok... mak bapak ayam... pagi tido, malam baru berkokok

iDAN said...

Apa bendalah yang hilang tu, cincin ke? gelang ke? takkan boleh gigit!.

Masa saya pergi Hutan Melintang saya ada terlanggar sesuatu dalam gelap, kucing ke musang ke.. kata si Afiz macam gumpulan kertas, takkan gumpulan kertas bunyi macam tu!. Puncanya ada minah depan tu bawa kereta 60... 70km.. tak reti nak laju, nak motong kenderaan punyailah banyak di lorong kanan. Tahu-tahu terlanggar benda tu! sebab mengekor dekat sangat. Harap-harap bukan benda bernyawa. Empat jam terperangkap di sekitar Tanjung karang tu!.

Habis tu tuan punya ayam tak bising ke? Kalau Ayam Katik mahal oii!

Saya selalu hilang spek, dulu rajin beli spek hitam; yang geramnya beli harga mahal sampai ratusan RM asyik hilang, beli RM15 tak mahulah pulak hilang!.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hahaha... barang perhiasan diri tu dah betul. Tapi agaknya apa benda yang mudah digigit kalau terleka?

Kalau bab langgar sesuatu, saya takkan pernah lupa ayah terlanggar angsa putih berkepala manusia ketika dalam perjalanan balik kampung di Segamat kira2 10 tahun dulu..
Lebih pelik lagi lepas muka di melekat di cermin depan kereta (ketika kejadian cuma saya dan ayah je yg nampak, yang lain sedang tidur), boleh dia sambung terbang naik ke atas semula. Ngeri.

Pasal ayam jiran tu, Sampai skang tokey ayam tak tau pun saya yang langgar ayam dia.