Friday, October 23, 2009

Surat Keluhan dari Lelaki

Kita biasa dengar keluhan wanita terhadap lelaki. Jarang sekali kita dengar keluhan lelaki terhadap wanita. Akhirnya hari ni lelaki telah mengeluarkan watikah keluhan mereka. Perasaan mereka yang sebenar2nya dan…. Ianya semua telah diletakkan no. 1 dengan sengaja.

1. Lelaki bukanlah seorang pembaca fikiran.

1. Belajarlah mengenai hakikat mangkuk tandas duduk. Kamu tu dah besar, turunkan je sendiri. Kami perlukan dia di atas, kamu perlukan dia di bawah. Kami tak pernah komplen kalau kamu meninggalkannya di bawah.

1. Bersukan pada hari ahad ibarat satu peristiwa yang pasti berlaku, ibarat air pasang surut…terimalah hakikat…

1. Airmata perempuan itu umpama satu ugutan.

1. Minta je apa yang kamu nak,bagitahu kami dengan jelas..tak payah berkias-kias…Tak payah hint2…Sebab biasanya kami mmg tak paham. Cakap je~!

1. Ya dan Tidak adalah jawapan paling tepat dan padat bagi semua soalan.

1. Bila kami dilanda masalah, datanglah pada kami dengan jalan penyelesaian. Kami tak perlukan sekadar kata2 simpati sebab selama ni itulah yang kami dapat.

1. Apa aje yang kami katakan lebih dari 6 bulan lepas dianggap tidak sah lagi. Dan sebenarnya setiap kata-kata kami hanya boleh digunakan dalam tempoh 7 hari aje.

1.Kalau anda rasa anda gemuk, ya, memang anda gemuk. Jangan tanya pendapat kami.

1. Sekiranya kata-kata kami boleh dimengertikan kepada 2 maksud yang berbeza. Dan salah satu darinya boleh membuatkan kamu marah atau menangis. Percayalah, kami sebenarnya maksudkan makna yang satu lagi.

1. Kamu hanya boleh menyuruh kami membuat sesuatu ataupun bgtau bagaimana kamu mahu sesuatu itu dilakukan…Tak boleh kedua-duanya.
Sekiranya kamu rasa kamu boleh lakukan lebih baik dari kami…kamu buatlah sendiri…

1. Seboleh mungkin, Cakaplah apa je yang kamu nak cakap..
hanya semasa rancangan tv saya sedang iklan.

1. Christopher Columbus tak memerlukan arahan dan kami juga begitu.

1. Kalau kami bertanya “kenapa dengan awak?” Dan kamu menjawab “takde apa2.”
Kami akan buat seperti memang takde apa2 yang berlaku...
Walaupun kami tahu kamu bohong..tapi kami malas dan tak kuasa nak bertekak.

1. Sekiranya kamu bertanya kami soalan yang kamu sendiri tak mahu jawab, anggaplah jawapan dari kami pun kamu sendiri tak sanggup nak dengar.

1. Bila kita nak keluar ke mana-mana, anggaplah apa saja baju yang kamu pakai cantik… betul…!

1. Kamu ada terlampau banyak baju.

1. Dan kamu ada terlampau banyak kasut..

1. Badan saya memang ada bentuk. Bulat tu kan bentuk??

1. Terima kasih sebab kamu sudi baca sampai habis.
Ya, kami tahu kami mungkin terpaksa tidur kat luar rumah malam ni…Tapi kamu tahu tak, kami sebenarnya langsung tak kisah…
Kami rasa macam sedang pergi berkelah.
:P

p/s: Jadi lelaki2 di luar sana, apa komen anda? Adakah anda rasa perkara yang sama seperti salah seorang dari kaum sejenis anda ni?


5 comments:

NanAFarhanA said...

aku terguris bila baca point num 9.. Kalau anda rasa anda gemuk, ya, memang anda gemuk. Jangan tanya pendapat kami..

waaa habis bila aku cakap aku dah berisi..memang sama la pendapat dia..Waaa tidak...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Nana,
ko tak keseorangan...
aku jua senasib denganmu...

zeqzeq said...

kekadang terasa Lelaki agak malu menyuarakan apa yang dia NAK?

Isteri: Yang saya nak repair My Brea** , satu cukup ker?

Suami: Ala..apa yang tak cukup , tak payah ubah2 lagi, saya bukannya memilih sangat satu pun cukup daa.

Bab macam ni tak perlu tanya buat jer..dah rasa kurang elok, ubahsuai bagi sama dgn insan lain, apa yang majoriti lelaki minat,

contoh: yang,ala tak payah solek2 ..

tapi dia minat tengok orang/wanita bersolek ??why??

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq,
Tu la masalahnya, sebab pmpn ni memang dilahirkan dengan sifat mudah sangat percaya, lebih2 lagi dari lelaki yang dia sayang. Kalau org tu cakap, "tak payah la..." memang dia ingat betul2 tak payah.

Tapi mungkin juga kalau lelaki cakap...
"Bagus jugak awak pi ubah brea** awak tu"

atau

"Elok juga awak start pakai mekap"

mereka takut plak kalau jawapan balasnya,

"Kalau camtu, bak duit saya pi alter brea** / beli mekap"

shazriena said...

alamak ayat2 yg menusuk jiwa dan menikam di kalbu :d