Thursday, October 22, 2009

Sabah - Land Below The Wind

Pertama kali jejak kaki ke Kota Kinabalu, Sabah. Perancangan asal sepatutnya ke Bandung. Tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kami ke Sabah dulu. Lagipun sebelum ke negara orang, kenapa tidak ke negara sendiri dulu?

Hari Pertama: Jejak kaki ke bumi Kota Kinabalu tepat jam 3.30 petang. Dari airport terus menaiki teksi ke Marina Court yang ditempah online semasa di LCCT tadi. (Giler punya time management). Mujur ada lagi bilik kosong. Condominium with 3 bedroom. Cantik dan luas. Cukup puas hati... and from our condo we can see clearly South China Sea ocean and the sunset.... the most beautiful scenery. Dari kondo kami berjalan kaki ke pasar Philipines yang terletak kurang 1km, pasar di mana letaknya beribu-ribu makanan laut (seafood) dijual dengan harga yang lebih murah dari semenanjung. Malamnya aku ke pasar mutiara. Berpinar2 mata disuluh kilauan mutiara dan kristal yang cantik2.

Hari Kedua: Bangun pagi terus ke restoran belakang kondo. Nasi lemak tak berapa nak umphh... orang sini tak pandai makan lontong. Menu sarapan cuma ada nasi lemak dan nasi kuning. Bila aku tanya nasi kuning tu apa? Mereka jawab "nasi lemak tapi tak letak santan." heheheh.... kira nasi putih la kan?
Hari kedua merupakan hari shopping. Kebetulan kondo kami terletak berhampiran dengan Plaza Warisan. Kedai2 dalam Plaza Warisan ni ala2 Pavillion jugak. Mantop2. Kalau kat semenanjung kita shopping tgk price tag dekat EA (East Malaysia) tp kat sini kena tgk harga WM (West Malaysia) yang lebih mahal dr harga semenanjung. Ha... ambik ko~!
Kami borong macam2 seafood jugak. Udang harimau, udang galah, ketam, sotong... perhh.. saiznya sungguh luar biasa dengan harga yang agak murah. Balik kondo suh mak masak... perghhh sampai tegang2 perut la kami makan. Malamnya shopping lagi. Beli banyak souvenir untuk kawan2 tersayang, mak mertua dan ipar duai.

Hari Ketiga: Islands trip. Kami ke Pulau yang paling terkenal di KK, iaitu pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Kami menaiki speed boat ke ketiga2 pulau tersebut. Bayangkanlah Nazim yang umur baru 8 bulan naik speedboat. Rawk habis~! Suka plak tu. Mujurlah kasut aku, Aliyah dan emak dicipta untuk ketahanan air masin, kewl je meredah ombak dan pasir pantai (yer aku sedang mempromosikan Crocs). Antara ketiga2 ni, Pulau Manukan paling besar dan cantik. Tapi ntah kenapa aku lebih suka pulau Mamutik. Sebabnya masa snorkelling aku boleh tangkap ikan dengan tangan, terlampau jinak dan badan2 ikan ni bercahaya mcm kilauan kristal jugak, cantik~! Ikan2nya lebih cantik dari Redang, tp sayangnya coral kat sini tak berapa cantik. Tapi aku cukup puas hati di Pulau Mamutik sehingga kulit aku menggelupas arini dek kerana sunburn. Lupa diri sungguh~!

Hari Keempat: Flight pukul 3.45 petang. Jadi pagi tu kami mengambil kesempatan pusing2 bandar KK buat kali terakhir. Ayah ajak kami naik bas. Pengalaman yang agak lucu juga la sebab terkial2 mencari bas yang kami sendiri tak tahu nak ke destinasi mana. Akhirnya kami memilih untuk ke 1Borneo, iaitu shopping kompleks terbesar di asia tenggara. Begitulah menurut orang KK. Perjalanannya umpama dari Klang ke Shah Alam jugak la. Sepanjang perjalanan dapat juga menyaksikan bangunan2 di KK. Dapat juga tengok Universiti Malaysia Sabah yang cantik dan besar. Almaklumlah.... Universiti baru. 1Borneo... boleh tahan besar. Ada 3 hotel terkenal yang menumpang sama bangunannya dan salah satunya ialah Tune Hotel milik Air Asia. Puas meronda, balik semula ke Marina dan berkemas. Having lunch di airport KK dan jejak kaki ke LCCT lebih kurang 6.30 petang.

Semasa berhenti makan di perhentian Dengkil, kami boleh lagi bersembang tentang next trip. Kemana? Just wait n see....

Walaubagaimanapun, pengalaman di Kota Kinabalu mengundang memori yang tersendiri. Land below the wind.... negeri di bawah bayu... what a pleasant journey there.


Wow... happynya sampai melompat melihat hubby ditanam.

Aik... kena tanam pun boleh posing?

V for Vic

Ajim also had a great time there~!

Destinasi wajib walau ke mana pun kami pergi. Starbucks. Aliyah is having her supper.

5 comments:

NanAFarhanA said...

waa.bestnya ko gie sabah..family trip ek..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

ha'ah.... family trip..
syok tau! pi la nana... honeymoon sana ke...

iDAN said...

Sabah tak pernah sampai! Abg Ipar orang Sandakan; mungkin satu hari sampai juga ke sana!.

Teringin juga mahu ke sana. Dulu ada si Maya@Junn tu tinggal di KK. Entah-entah telah beranak lima si Maya itu. Hilang tiba-tiba.

Ramai yang kata Sabah memang banyak tempat menarik!.

echah_syed said...

tak sempat gi kundasang ekk?? lenkali bole dtg lagi sbb kundasang terletak dikaki gunung.udara yg segar dan mlm mmg sejuk giler :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iDAN - Patut pergi tu iDAN. Tak rugi lebih2 lagi kalau peminat makanan laut.

Kak Echah - kalau boleh nak ke semua tempat di Sabah. Tapi buat permulaan KK dulu. Tunggu kalau ada rezeki lebih kemudian hari, InsyaAllah akan jejak kaki ke Kundasang.