Wednesday, October 28, 2009

Pergimu Dirasai...

"Thank You for the years that you had spent with us. You will be in our heart forever," itulah bait2 ayat yang aku tulis untuk Mr Ito di dalam kad "sayonara" nya. 5 tahun beliau telah berkhidmat dengan SLM dan aku mengenalinya 2 tahun lepas kerana kehadiran aku yang masih baru dlm keluarga SLM. Dua tahun mengenalinya, aku merasakan dialah majikan yang paling prihatin yang pernah aku temui.

Berbangsa Jepun, bukan beragama Islam tapi setiap kali pekerja Islam mengadakan solat hajat berjemaah, kenduri doa selamat.. dia pasti datang. Dia akan berdiri di barisan belakang sekali, di belakang saf jemaah. Dan ketika kami rukuk dan sujud... dia juga akan berbuat demikian...

Ketika bulan Ramadhan, dia akan sama2 berpuasa bersama kami. Walaupun bukan penuh sebulan... tapi dia pasti akan berpuasa.. Ingin merasai sama nikmat berpuasa bersama kami..

Pantang dia mendengar pekerja sakit atau masuk hospital, dia akan menjadi orang pertama dari syarikat yang melawat pekerja tersebut. Memberi saguhati dari poketnya sendiri. Tak pernah beliau berkira.

Kalau pekerja berhenti, dia akan membeli jambangan bunga dan coklat yang besar, mengucapkan terima kasih, mengadakan jamuan makan sebagai tanda ucapan "semoga berjaya" kepada pekerja tersebut. Duitnya sendiri, bukan dari syarikat. Besarnya hati seorang yang bernama Masao Ito.

Dan tradisi syarikat naungan negara matahari terbit, Jepun, mereka meletakkan sekurang2nya 2 hingga 5 tahun, MD dan DMD perlu ditukar. Go with the flow... Mr Ito akur dengan tradisi tersebut. Dan ketika ucapan perpisahan tadi nyata dia tak dapat menyembunyikan kesedihannya. Begini bunyi ucapannya:-

"It's unexpected to see this (menunjukkan hadiah pewter mug dari Royal Selangor), You all make me speechless. I can't talk too much, because when I talk... my tears will come out. (airmatanya keluar). It's not easy for me to go... but I will remember all of you. (ditambah sedikit ucapan untuk production, menjelang permintaan yang semakin meningkat)....... I really hope you all will be success in you life and I pray to God, to bless you and your family forever."
Kami mengambil kesempatan bergambar bersama...


Dan dia meninggalkan kami lalu masuk ke biliknya sambil mengesat airmata dengan sapu tangan. Aku yang hatinya cukup sentimental tanpa sedar turut keluar ke bilik air.

2 comments:

iDAN said...

Kalau di Jepun omiyage atau hadiah ketika melawat seseorang sememangnya menjadi rutin. Jika beli buahan pun kalau tenguk rakan sakit boleh klim kompeni.

Omiyage ini seolah-olah satu budaya biasa mereka. Ketua sememangnya amat menghormati orang bawahan, tak kira peringkat apa sekali pun.

Mungkinkah sebab mereka ini biasa mandi berbogel (taklah lelaki campur perempuan) sesama mereka maka tambah rapatlah hubungan. Telah tiada malu lagi. Mandi macam adik beradik zaman kanak-kanak dulu.

Bab mandi ini saya memang payah!, tunggu mereka habis mandi baru saya ke bilik mandi. Mereka mesti terkejut tenguk kita bersunat. Tapi terkadang tertembung juga.

Siapa juga yang pernah rapat dengan orang Jepun ini memang mengakui akan kebaikan mereka. Cumanya terpulanglah kepada kita yang mahu mendekati mereka. Ada juga kalangan rakan saya tak diterima di sana lantaran sikap ego diri masing-masing.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Betul tu Sdr Idan,
Mula2 dulu memang diakui rasa pelik bila tetamu Jepun datang bawa buah tangan untuk diagih2kan kepada semua pekerja.

Bila masuk kerja pagi2, bos Jepun pulak tunduk hormat sambil greet "good morning" pada kita. Tersipu malu pula kita yg bawahan disapa begitu.

Saya bertahun-tahun berkhidmat dengan 2-3 kompeni Cina sebelum ni tak terbiasa dilayan seperti itu oleh B.O.D syarikat. Tapi lama kelamaan saya amat mengagumi budaya mereka. Adab dan sopan mereka jauh lebih hebat dari negara kita.

Tatau la saya kalau mandi bogel bersama (lelaki2) boleh meninggikan peradaban masyarakat kita. heheheheheh.... cuba la... (kalau sanggup)