Friday, October 09, 2009

Ortodok~!!

Zaman millenium, maju, canggih, berteknologi tinggi dan moden.... masih ada manusia2 yang berfikiran ortodoks~! membosankan! Aku dah lemas. Lemas dengan soalan yang sama, jawapan yang sama, feedback yang sama juga. Kuno sungguh!!

Ini jawapan untuk setiap soalan kalian. Ya, kami sudah hampir 5 tahun berkahwin. Ya, kami memang belum mempunyai anak. Apa anda susah? Bukan, kami berdua sudah disahkan sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan anak. Kami cuma merasakan belum masanya untuk kami mendapatkan anak. Lagipun kami belum menemui satu titik pencapaian dalam hidup ini yang kami idamkan, iaitu kestabilan. Kerana fikiran aku amat jelas. Kenapa aku mahu membina rumah 2 tingkat untuk tanah yang mampu menampung rumah setingkat. Oh... si bijak pandai bersuara. "Anak tu rezeki. Adalah rezeki yang akan datang bersama2nya nanti" Ayat klise. Copy paste turun temurun dari tok nenek. Aku manusia yang berlandaskan realiti. Pemerhatian dan Penilaian. Hakikatnya, penilaian dari manusia2 di sekeliling aku tidak mengukuhkan ayat di atas. Aku sedikitpun tidak termotivasi ke arah itu.

Sakit betul hati bila orang bertanya,
"Dah ada anak?"
"Belum"
"Baru kahwin ke?"
"Dah 4 tahun"
"Kesian. Takpela... belum ada rezeki" (highlighted? apa yg ko nak kesiankan???)
-aku diam, mula rasa jelek.-
"Tak cuba berubat cara kampung?"
"Saya memang merancang"
"Hish... kenapa? Jangan mcm tu, dapatkan la sorang dulu. Lepas tu nak merancang pun, merancangla"
(eiiii.......... sibuknya.... ko susah apa? ko nak jaga anak aku ke? ko nak tolong beranakkan untuk aku ke?)
Benci betul. Tolonglah, isu andartu, isu janda bahaya sbb rampas laki org, isu dapat anak lambat sebab mandul, itu isu zaman tak kadok la. Majukanlah sikit pemikiran anda seiring perubahan zaman. Tak payah la jadi manusia yg berumur muda tapi berfikiran mak nenek!!!

Pernah la ada 2-3 org bersyarah dengan aku, habis dipetiknya hadis2 nabi. Respect tul lah dia bleh hafal hadis nabi, boleh bersyarah pasal agama. Tapi my point of view is really clear and easy. "Kenapa kowang mesti nak MEMAKSA aku beranak semata2 untuk memuaskan hati kowang? Tak terfikir ttg perasaan aku menjadi ibu secara paksa demi untuk memuaskan hati org lain? Bagus ke mcm tu? Apa kesan2 perkara ni terhadap aku, anak aku dan rumahtangga aku?" Tolong jawab ustaz...

Ewah2.... ada plak jadi pembela Noor Affandy Ishak. "Ko pentingkan diri sendiri la vic, ko tak kesiankan laki ko? Ko tak pk perasaan dia?" Ewah... dia lagi kenal laki aku dari aku plak. Eh... ko je la tolong beranakkan anak untuk laki aku. Ko lagi kenal hati dia kan? Apa yang Andy selalu cakap dengan aku, "Nasib baik kita belum ada anak." "Isu anak takkan jadi penyebab rosaknya rumahtangga kita" "Saya langsung tak kisah." "Saya pun sebenarnya belum bersedia." Jadi kalau dia tipu aku.. maknanya akulah yg tertipu. Tapi kalian boleh jadi saksi, kalau anak reasonnya, aku tak keberatan andy kahwin lagi. Fullstop~!

5 comments:

BULLET said...

betol2. dorg tau cakap jek. pk la skit. sekarang ni bukan zaman tok kadok...

ieja said...

ikut ckp orang mmg la vic.. ada je yang tak kena.. buat ape pon salah.. x ada anak org bercakap, ada anak pon org bercakap jugak..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Bullet - susah nak pahamkan tok kadok dan mak andeh yang kita skarang berada di tahun 2009, beberapa bulan je lagi 2010.

Ieja - kadang2 nak buat2 tak dengar je Ieja, tp lagi kita diam lagi kuat pulak dia bernyanyi.

qisya's mada said...

lumrah dunia dah vic..takder anak..org sibuk bertanya..ada anak sorang sibuk bertanya bila nak masuk 2..ada anak 2 sibuk tanya bila nak 3. ntah bila nak stop bertanya pon tatau ler..

-inay- said...

cool ah vic...agree2...