Thursday, October 15, 2009

Jamuan Raya Company'ku

Semenjak aku jejak kaki kat ofis ni 2 tahun lepas, tak pernah ada jamuan hari raya (tp 3-4 tahun lepas pernah ada). Jadi tahun ni kami pekerja melayu sepakat untuk adakan jamuan hari raya. Pertama kerana ini bulan terakhir Mr Ito bersama dengan kami. Kedua kerana menyambut kedatangan pengganti Mr Ito iaitu Mr. Sudho sekaligus memperkenalkan masakan melayu yang terkenal setiap kali hari raya. Seronok betul melihat muka gembira dan puas hati orang bukan melayu menikmati makanan tradisi melayu. Ketupat, lemang, rendang ayam, nasi lemak sambal ikan bilis, sate kajang hj shamuri, lontong, puding dan kuih2 raya. Terima kasih kepada semua staff melayu tak kira lelaki atau perempuan, semuanya memberikan kerjasama jitu dalam menjayakan jamuan hari raya ni. Terima kasih banyak2... dan untuk hubby, terima kasih sebab tolong sama-sama masak sambal ikan bilis semalam. Sambal tu dapat pujian paling banyak hari ni sampai saya kenyang dengan pujian. Walaupun pagi tadi bangun pukul 4 pagi nak tanak nasi lemak 2 periuk... tp hilang segala penat dan letih bila nasi lemak tu licin. Syukur Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Lebih dari apa yang dibayangkan. Happy sangat. Gambar2nya boleh dibelek di bawah ye....

Kad jemputan yang diedarkan untuk staff bukan melayu. Ha... aku yang design sebab budak2 ofis ni dah tau, asal memerlukan kreativiti dan kerja tangan je, bagi kat Siti. Kad ni aku siapkan dalam tempoh half an hour je. Itu je masa yang diberikan untuk aku pun. Inilah hasilnya.


Dari kiri Mr Ito, Mr Monishita (auditor dari Jepun), Mr Hidenori Sudho (My new DMD), dan dari kanan ialah my MD, Mr Kamishima.

Jangan malu2..... makanan banyak... cukup untuk 5 round seorang.

Antara 'tulang belakang' yang menjayakan jamuan raya ni - please exclude the amoi.

1 comment:

iDAN said...

sambal menyambal ini orang jawa memang pandai buat...

sambal kacang keluarga kak mila memang sedap, rasanya org lain tak boleh lawan...! taruh dalam lontong!..

saya lebih memilih sate haji tasmin, sebab sate daging haji samuri agak kurang perapnya... tapi kalau kuahnya rasanya memang haji samuri lebih okey!...