Saturday, October 31, 2009

Criminalise War / Jenayah Perang

Dah lama tak spend quality time dengan hubby. Lately, our time were stole by his hobby (2nd job). Used to spent time alone, jalan sorang2 dari satu shopping complex ke satu shopping complex. Kadang2 rasa mcm org bodoh juga, tp what to do.. setiap perkara memerlukan pengorbanan dan aku harap pengorbanan ini berbaloi kelak.

Hari ni kebetulan hubby free pula. Jadi ajak dia teman ke Keep Slim. Puncanya semalam tgk gambar yang diambil kat Putrajaya... OMG... Gemuknya aku!! Tak dapat nak menerima hakikat yang badan aku kini lebih besar dari batang pokok balak yang berusia 100 tahun. Jadi inilah langkah pertama yang aku ambil. Ayah cakap "Stop your habit eating nasi lemak during night time". Oh ayah... itulah perkara yang paling aku suka dan sukar untuk ku kikis! Tapi demi kurus... akan kulakukan jua...

Tghari tu ayah cadangkan kami ke exhibition criminalise war di PWTC. Teruja dengan berita yang tersiar di tv dan berita, aku gembira untuk pergi. Hakikatnya tiba di sana... "my heart was bleeding" dengan setiap satu adegan dan aksi yang dipertontonkan. Aku tak dapat bayangkan betapa traumanya mangsa / banduan di penjara Guantanamo menghadapi seksaan dan brutaliti dunia yang maha dahsyat. Setiap langkah berikutnya menjadi sangat berat. Rasa mcm tak sanggup nak melihat pameran2 lain. Nak nangis... tp tak mahu dianggap cengeng. Tiba2 terdengar suara seorang wanita "I can't imagine, is this brutality is real? Takkan la manusia begitu kejam?" Aku menoleh. Profesor Noraini! My ex-lecturer in UiTM. Aku lihat dia memicit kepala, menutup mata kemudian berlalu pergi. Oh Prof, siapalah yang percaya ada manusia yang lebih hina dan kejam dari binatang. Tapi hakikatnya memang ada. Bush dan tenteranya.

Kemudian kami bergerak ke conference hall. Di sini disediakan hidangan tenghari untuk mereka yang menghadiri conference criminalise war ni. Semasa menikmati secawan kopi fikiran aku masih berpaksi pada kekejaman yang baru aku saksikan sebentar tadi. Hakikatnya, hari ini ketika majoriti dunia sedang menentang peperangan dan keganasan, seksaan di Guantanamo tak pernah berhenti. Pada waktu ini masih ada lagi umat Islam yang dibogelkan, dipaksa melakukan aksi lucah, dipaksa berdiri dengan kaki berikat selama 15 jam, diikat kaki di atas kepala dibawah, disalibkan tangannya dan andainya tangan dijatuhkan renjatan elektrik akan terarus ditubuhnya, didudukkan di atas kerusi kayu dan tangan serta kakinya dipakukan banyak2 ke atas kerusi tersebut dan digerudi tangan dan kakinya. Ya Allah.... maha suci Engkau, moga hilangkanlah segala rasa sakit dan perit ke atas umat Islam ini.

Dan ketika perjalanan pulang... hubby mengajak kami makan beriyani Insaf di Jalan TAR. Dah lama tak nampak hubby makan sampai pinggan licin tak perlu dicuci. Beriyani lamb shank. hehehe... dan penangannya tiga org makan RM94.00. Senyum je aku tgk dia terkejut. Masih belum biasa dengan harga Insaf. Insaf dibuatnya. Alhamdulillah, hari ni kami masih mampu tersandar kekenyangan, tapi umat Islam di penjara Guantanamo sedang berjuang untuk hidup. Entah masih ada esokkah untuk mereka???

p/s: Tahniah kepada Tun Dr Mahathir kerana menginspirasikan conference dan pameran ni tapi kalau boleh akan datang adakan dwi bahasa pada artikel. Kesian tengok makcik2 yang terkulat membaca artikel berbahasa Inggeris.

2 comments:

iDAN said...

Kata nak diet tapi makan Beriyani lagi!... emmm! Beriyani Gam pun tak semahal itu. Di sini Beriyani Kedai Mamak bawah RM10 kut! tenguk lauk juga!.

Nana tenguk gambar tu mana pulak gemuk amat; eloklah perempuan berisi macam tu; perempuan langsing ini kalau mengandung sianlah tenguk!.

Saya tak sempat nak tenguk pameran tu! biasalah ada sahaja progremnya jika hari cuti!.

Tapi dapat bayanglah bagaimana seksanya peperangan. Mimpi berperang pun sering buat kita berpeluh ini kan pula dihujani peluru, diseksa di penjara begitu!.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iDAN,
Sesuai dengan nama dia Restoran Insaf, kebanyakan yang pergi akan rasa Insaf bila bil sampai.

Kalau leh nak kurus sket je lagi. Bukan apa, sayang baju banyak2, tak muat pakai.

Memang pengalaman yang tk dpt dilupakan. Belum masuk pun kita dah dapat dengar jeritan banduan2 (dirakam) diseksa. Sayu betul hati. Yang paling sedih, bayi dan kanak2 pun menjadi mangsa kekejaman mereka. Salah satu patung replika diilhamkan oleh bekas banduan yang masih hidup dan dia turut hadir semasa sesi conference. Mengalir airmata dia saat menceritakan pengalaman diseksa, trauma hingga sekarang.