Sunday, September 13, 2009

Mungkin kamu boleh guna taktik yang sama juga..

Kali terakhir aku posting entry dlm blog ni pada hari Selasa lepas, masa kat ofis. Langsung takde mood nak kerja... kerana.. Pak Usu yang baru meninggal dan aku belum bersedia unyuk bekerja semula. Lebih menyakitkan hati, PC aku buat hal seperti biasa iaitu monitornya bertukar blank secara tiba2 dan banyak kali. Bila bukak Excel, facebook, ym dan blog secara serentak boleh menyebabkan pc tu menjadi sawan kejung (hang). Jadi pada hari tu aku telah mengamuk sakan. Aku tampo sekali monitor aku (aww... sakit tangan aku) lepas tu berckp dgn suara yang kuat. "PC pun dah tua nak mampos, nak tukar baru pun susah. Aku benti kerja senang, cari kompeni kaya sket, bagi pc baru." Jahatnya aku. Padahal pc aku tu tak le tua sangat. Monitor aku pun skrin nipis, bukannya berbontot besar mcm setengah2 kompeni tu, letak monitor je penuh meja. Tidak! Monitor aku nipis je. CPU aku pun solid... nipis.. dua-dua keluaran DELL. Selamba kodok je aku kata pc tu tua nak mampos. Tapi apa nak buat, pagi tu mmg mood tak baik. Nasib ko la kena. Lgpun dah banyak kali ko buat mcm tu, naik menyampah!!

Hari Rabu masih takde mood nak kerja.. tak banyak ckp. Pekerja datang mengadu pun aku sekadar catit, angguk2, paling tinggi pun aku ckp, "Ok... saya akan cek untuk awak, apa2 hal saya akan inform kemudian." Perubahan tu telah menyebabkan aku diasak pertanyaan2 pening oleh office mates. "Siti, kenapa minggu ni ko mcm lain je?" ye ker? agaknya aku PMS kot (sbnrnya tidak) "Siti, betul ke aku dengar ko nak berhenti kerja?" ko dengar mcm tu ke? betul la kot. "Ti, nape sy tgk 2-3 hari mcm takde mood je?" Ntah agaknya dah takde hati kat sini kot. Oh tidak. Benarkah aku akan melakukan perbuatan bodoh tu lagi dan lagi... - Berhenti kerja atas alasan - tiada alasan, saje je rasa nak berhenti!

Hari Khamis muka still kelat. Masih mengerah otak mencari alasan nak MC. Kebetulan hari khamis ada rasa kurang sihat mcm nak pitam dan pengsan. Tidak tahu kenapa. Tiba-tiba tenghari tu 3 biji CPU dan monitor baru sampai. Hati aku jadi kembang mekar. "Adakah salah satu pc tu untuk aku??" Tgh aku belek-belek kotak tu, tiba2 purchasing aku bersuara. "3-3 pc tu untuk manager." Salah satu tu pula ialah untuk pmpn chiok. (aku malas mau sebut nama dia, suwey blog aku nanti). Chiok komplen PC dia dah outdated... kurang sesuai lagi untuk system canggih yang digunakan skang. Jadi ada pergaduhan sikit yg berlaku sehingga endingnya aku ckp, "Eh... I tak kisah langsung U all nak tukar baru ke tak nak PC I ni.. I pun bukannya nak kerja lama sgt kat sini." Lepas tu aku pi klinik ambik MC half day, balik rumah - membuta sampai petang.

Esoknya Jumaat aku pi kerja dengan impian.. mau update jobstreet - mau apply semua post HR yang ada di seluruh lembah Klang.... dan... dan... surprise!!!!!!! PC baru... Monitor LCD... diulang.. bukan sekadar nipis sahaja... kali ini ia adalah LCD. Bila dikorek2 lagi...Acer - Duo Core. Yang paling besh dekat keyboard ada speaker. Solid gilerk arh! Maka aku mengetest kepantasannya. Pergh.. laju seh.. Bukak segala applications.. wah tidak ada sawan kejung... dan muka aku atak senyum itu hali... aiyaa Mr Ricky.. rupanya yang kamu kata kamu punya pc tu, rupanya adalah diorder untuk aku... dan aku tgk muka Mr Ricky pun atak senyum jugak tgk muka aku atak senyum kembali. I lebiu la Mr Ricky....!!! Tak jadi bukak jobstreet. 3 hari saja diperlukan untuk mendapatkan pc secanggih ni ye kawan2. Mungkin kowang juga boleh menggunakan taktik ini untuk mendapatkan pc baru. Jumaat itu aku telah kembali kepada Siti yang selalu....

p/s: sekadar selingan... jumaat malam ada majlis berbuka puasa dengan ex-school mates SMKTG di Prescott Hotel. Seronok dapat bertemu kamu semua kembali. One of the photo on that nite is attached. The rest check out in my facebook. Adios....


2 comments:

NanAFarhanA said...

hahahha...klakar laa ko nyer entiri...
bila aku baca entiri ko nie vic, teringat aku masa mac aku rosak 2thn lepas...cam ko gak la.."hagging memanjang" lepas tuh semua application suka hati dia nak off tanpa bagi warning alarm...
dah la tuh marketing yang tak de perasaan suka2 cakap aku buat kerja lambat...naik geram aku ngamuk..pas tuh sampai laa aku ternagis (bukan nak nagis pun kan...)
terus the next day, bos aku mintak admin aku call utk replace mac utk aku...waa...berbaloi gak la aku nagis2..hahaha(tak teresak2 kay...)
kira kalau ko nagis sure kejap je laaa ko dapat replacement skrin ko...hahaha

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

hahahahah.... aku bukan takmo nangis.. tp pmpn chiok dalam cerita ni rasa kalau aku nangis maknanya dia menang. Sebab tu teruk mana dia buli aku pun, aku tak nangis... tp aku maki dia balik. hahahhahahahahaha