Tuesday, September 08, 2009

Moga kau tenang di sana, Pak Usu..

Hari ni sebenarnya memang takde hati langsung nak pergi kerja....
langsung takda hati..... langsung~!!!

Semalam ada berlaku cerita yang agak sedih. Betul la... bila kita terlalu gembira dan excited... kita akan dapat satu berita yang sedih. Same goes to me. Sebaik je habis menaip entry semalam.. aku masuk bilik.. panjat katil.. tepuk2 bantal... jeling andy yg tengah lena habis... baru nak letak kepala.. telefon aku bunyi. Nama tertera di skrin 'emak abang'.

Aku: Hello Mak.. Assalamualaikum...
Ibu mertuaku: Waalaikumsalam... Ana, mak nak bagitau ni.. Pak Usu Yem tenat skang, kat hospital Selayang. Kata PakAh, semalam dia meracau2 berak berdarah.
Aku: Iya ke? Takpe la mak.. nanti diana ngan andy pergi sana. Diana cuti hari ni.
Ibu mertuaku : Ha... nanti kamu pi tgk dia ye. Mak telefon Andy dari semalam tak dapat. Dia off hp ke?
Aku: Oh ye ker? agaknya bateri hp dia habis kot. Kejap yer mak... (aku kejut Andy, letak telefon kat telinga dia - kemudian masuk bilik air, cuci muka)

Tak sampai lima minit kemudian mak telefon semula... informed that Pak Usu Yem telah kembali ke rahmatullah. Untuk 2 minit aku dan Andy mcm tergamam. Speechless...

Memandangkan pergi dengan satu kereta hari tu (my sis MPV) , Andy perlu mengambil kereta aku kat Klang dulu. Jadi aku menemankannya ke monorail yang terletak depan Lot 10. Ketika itu jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Andy hanya tiba kembali ke KL pada pukul 11.30 disebabkan perlu menukar tayar kembara yang pancit tiba-tiba. Dugaan... dugaan...

Tiba di tanah perkuburan lebih kurang 12.30... bacaan talkin sedang dijalankan. Kecewanya... tak dapat menatap muka Pak Usu Yem buat kali terakhir. .. dan ketika semua orang mula beredar, aku ngan Andy mendekati pusara Pak Usu... aku nampak Andy duduk memegang nisan Pak Usu.. menadah tangan dan berdoa... kemudian aku nampak dia menangis..

Tiba-tiba aku teringat sabtu lepas, semasa melawat dia di hospital Selayang. Dia nampak sihat walaupun wajahnya bengkak. Dia buat lawak.. dia ketawa... dia ckp "Besok lusa insyaAllah aku boleh keluar." Dia juga ada cakap pada mak aku, "Hari tu... aku nampak ayah ngan mak kita datang melawat aku. Ros (adik bongsu mereka yang meninggal tahun lepas) pun datang melawat aku gak." Mak aku tak suka dengar, dia ckp... "Jangan cakap mcm tu Yem, ko baru jatuh tangga sikit.. dah fikir bukan2. Takde apa la..." Hari tu kami mengambil gambarnya. Cukup gembira dia posing. Senyum sampai telinga walaupun mulutnya ditutup dengan serkup oksigen. Kami sempat mengusiknya... dia ketawa sungguh2 sampai sesak nafas. Ketika kami bersalam nak balik.. tiba2 mesin pengesan jantung berbunyi kuat. Kami ketakutan. Tapi dia masih tersenyum atas katil. Dia kata "tak ada apa la tu... tadi tergerakkan sikit... tu yg bacaan dia lari." Kami tunggu kejap... pandang mesin tu lagi... kemudian bacaan kembali normal.. baru rasa tenang mahu tinggalkan dia sendiri.

Dan ketika aku kembali ke alam nyata... rupanya airmata telah melencunkan wajah aku. Satu2nya adik mak yang tinggal setelah dia kehilangan adik perempuannya tahun lepas. Nyata emak terasa amat perit menerima kehilangan ini. Tapi takdir Allah... tiada siapa dapat menghalang. Tinggallah Mak usu seorang suri rumah dengan anak yang masih belajar di sekolah rendah keseorangan. Pak Usu... moga kau tenang di sana ye......

P/s: hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sia-sia....

1 comment:

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.