Wednesday, September 16, 2009

Beza Raya Sebelum & Selepas Kahwin..

Bahang lebaran makin terasa. Aku dah mula merasakan kehangatannya sehingga aku menjadi panas punggung duduk atas kerusi ofis. Aku tak sabar nak cuti raya. Nak balik kampung. Nak menyambut raya dengan keluarga aku dan keluarga mertua. Raya kali ni Andy kata, akan menjadi raya yang paling menarik dan dikenang oleh kami. InsyaAllah...

Esok (Khamis) hari terakhir bekerja sebelum bercuti raya. Isnin 28/9 baru start balik kerja. Jumaat pagi dah balik ke Tg Malim. Cadangnya tahun ni kami nak pecah tradisi, nak balik Tg Malim dengan komuter. Jimat satu hal, yang paling penting nak get rid dari traffic congestion yang tahap melampau tiap kali musim perayaan.

Ingat lagi pada tahun pertama aku beraya rumah mertua. Aku tak pernah rebus ketupat sebelum kahwin. Kalau masukkan beras dalam ketupat memang selalu buat, tapi lepas tu mak yang rebus. Tp nk dijadikan cerita emak mertua aku menyuruh aku tengokkan samaada ketupat dah empuk ke belum, aku plak ambik kain terus je bukak penutup. Rupanya nak bukak penutup periuk ketupat ada skill. Akibatnya... melecur ibu cari aku sampai bengkak2 malam tu dipenuhi gelembung air. Malam tu pulak, bila bergema je takbir, aku terus lari masuk ke bilik. Aku menangis sungguh2 - sebab aku tak pernah berjauhan dengan family aku pada raya pertama. Biasanya pada malam raya mcm tu, aku tgh sibuk menolong emak menggoreng kuih, buat air sebab kejap lagi ayah ngan orang surau akan 'takbir' kat umah. Jadi bila takbir memang terasa menusuk ke jantung sbb... teringat malam raya bersama mak ngan ayah. Kesan dari menangis teresak2 tu, family aku telah datang ke Tg Malim pada hari raya pertama pagi esoknya. Hahahaha... lucu! Tapi itu kisah 4 tahun dulu.. Skang dah tak nangis lagi.

Aku bertuah dikurniakan keluarga mertua yang sangat sporting, baik hati dan menyayangi aku sehingga aku tidak pernah merasa kekok berada di antara mereka. Tapi... ada satu peristiwa yang amat pelik dalam family mertua yang tak pernah terjadi di dalam family aku setiap kali raya. Peristiwanya ialah, selepas habis sembahyang raya, mak dan abah akan duduk atas kerusi... kami akan beratur panjang2 untuk bersalam dengan mak abah. Anak dan menantu sulung akan mengetuai barisan diikuti seterusnya. Kemudian cucu di belakang sekali. Proses salam menyalam di rumah aku biasanya dengan linangan airmata, kata2 sedih, peluk cium... sebaliknya rumah mertua aku -penuh dengan aksi lucu.. contohnya... ipar aku akan merangkak dari jauh untuk datang bersalam. Konon sebab banyak dosa. Sorang lagi akan berguling2 datang (mcm citer hindustan)... sorang lagi akan paut kaki mak abah.. cium2 kaki mak abah mcm dalam citer hindu. Akhirnya ia akan jadi acara yang penuh dengan gelak ketawa tapi masih mengekalkan motif utama - Kemaafan yang dipinta. Ayat ini tetap ada "Minta ampun mak/ abah" "Yelah, mak/abah ampunkan". Pada aku aksi2 itu hanya untuk menutup rasa sebak di hati masing2.

Satu lagi beza beraya rumah mertua dgn rumah sendiri. Dari kecik sampai besar (sblm kahwin) raya pertama biasanya kalau tak balik Johor, kami takkan duduk melanguk kat umah, kami akan tawaf semua rumah sedara mara seluruh lembah Klang. Pendek kata lepas makan ketupat sendiri, kita makan ketupat ngan juadah raya org. Tp rumah mertua aku mmg takde can la. Elok je habis bersalam, tak henti2 orang datang rumah. Kadang2 sampai penuh sesak mcm tin sardin rumah mertua aku. Jag air lepas basuh tak sempat tos dah kena buat air lagi. Kadang2 sampai rasa mcm nak letak surat resign dari jadi tukang bancuh air. Hehehehe... tp bukan aku sorang je jadi cinderella. Ipar2 ngan biras pun kena gak mencedok lauk pauk, kerat2 ketupat... equal la kerja masing2. Smpi kadang2 kitorg siap doa... harap2 lepas ni takde la orang datang... nak rehat setengah jam pun jd la... sbnrnya mmg jarang ada can rehat. Biasanya petang2 aku la akan ngelat ajak andy mandi sungai pasal badan aku dah lencun ngan peluh ngan air basuh pinggan. hahahahhaha....

Tapi sebenarnya setelah 4 tahun aku sudah lali dengan rutin raya ni. Takde beza pun beraya di rumah sendiri atau di rumah mertua. Yang nyatanya pada raya pertama aku tetap akan jumpa kedua2 keluarga. Tapi untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga, aku bukanlah menantu terbaik untuk dijadikan contoh.... but Andy... yes... He is. Dia menantu contoh. Kalau kowang pernah tgk Andy ngan mak ayah aku.. kowang tak rasa pun mereka mertua dan menantu sebaliknya seperti anak beranak kandung. Takde kekok langsung. Petua yang aku korek dari mak senang aje... "Andy tak pernah layan mak seperti mertua sebaliknya dia anggap mak mcm emak sendiri, jadi mak pun dah terbiasa melayan dia seperti anak mak sendiri"

Jadi... mungkin petua ni sesuai untuk mereka yang baru berkahwin. Selamat menyambut Aidil Fitri daripada aku dan juga Andy. Kami berdua memohon maaf untuk segala kesilapan kami, terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati samaada disengajakan ataupun tidak... Semoga lebaran kali ini memberi seribu erti dan rahmat buat kita semua. Assalamualaikum...


6 comments:

sha said...

hehe. mcm best jek bace entri raye ko neh vic. terase-rase meriahnye raye kat umah andy. terkekek2 aku kat opis bace ni tau. ;p

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ha.. tu baru baca sha.. kalau ko ada betul2 kat situ.. mau keluar airmata ketawa mcm org gile di pagi raya nengok gelagat ipar duai cenggitu. hehe... pape pun.. selamat hari raya sha... maaf zahir batin ye.

ieja said...

hee.. vic selamat hari raya.. raya pertama dtg umah aku eh..hehe

NanAFarhanA said...

euwww best nya family mertua ko, siap skill hindustan tuh aku x bleh blah..hahahaha..

selamat hari raya aku ucapkan kat ko ngan andy. kalau aku terkasar bahasa ke, terover buat lawak ke..mafkan la ekk..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

ieja: aku dah balik klang baru dapat baca message ko ni. Kalo dapat baca awal pun InsyaAllah tak datang jugak, sebab raya pertama aku hampir pitam gara2 lepas sembahyang raya sampai pukul 11 malam orang tak benti datang. Walau apa pun// selamat hari raya, maaf zahir batin.

Nana: Kami pun mcm tu jugak Nana. Terover gurau ke, terlebih dos mengusik ke... jgn la simpan di dalam hati. Buang yang karat ambik yang jernih. Maaf zahir batin.

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.