Tuesday, September 22, 2009

Adakah ini Syawal Terakhir?

Jumaat tengahari dah tiba di Tg Malim. Tak jadi menggunakan komuter memandangkan barang terlampau banyak- agak sukar bertukar train. Kami yang pertama sampai. Semuanya sangat menggembirakan sehingga malam tu ketika menonton tv, tiba2 pandanganku kabur. Aku tak mampu melihat wajah hubby, nieces, mak, Abang Man even my own face walaupun jarak aku dengan cermin cuma sejengkal aje.

Maka aku dibawa ke klinik Shifa di Tg Malim. Doktor kata, "ini kes serius," (kalau baca ayat ni spt lagu wonderpet, ia akan kedengaran kurang serius). Salah satu saraf yang mengconnectkan otak dan mata aku mengalami renjatan, jadi impuls yang dihantar ke otak tidak dapat ditafsirkan dengan baik. Akibatnya otak bekerja lebih keras dari biasa dan akhrirnya menyebabkan sakit kepala yang tak terhingga seperti yg aku alami bermula dari dalam kereta nak ke klinik. (Aku langsung tidak sakit kepala ketika mula2 hilang penglihatan). Doktor kata lagi... walaupun awak boleh melihat dgn baik semula pun lepas ni, isyarat telah dihantar bahawa saraf awak telah mula corrupt. Disyaki akibat tekanan emosi yang melampau ataupun kekerapan menggunakan komputer. Arahan paling mudah bagi seorang doktor klinik dikeluarkan iaitu, "Pergi ke Hospital Pakar Malam ni juga!"

Mana aku nak cari hospital swasta dekat Tg Malim? Aku cek list Private Hospital terdekat, Ipoh! Andy kata dari pergi Ipoh lebih baik balik ke KL. Aku berpk dan berpk... akhirnya aku memutuskan untuk ke hospital kerajaan di Slim. Malam tu terlalu banyak mayat dan manusia yang cedera parah diusung keluar masuk dari wad kecemasan... aku menunggu giliran dengan ketakutan, bingung, kepala yang sakit, penglihatan yang kabur dan seratus rasa lagi yang libang libu dalam hati. Giliran aku, aku dilayan dingin oleh doktor yang menganggap aku muda, tidak cedera parah, tidak kritikal dan sebenarnya tidak patut dirawat malam itu. Pendek kata dia membuat conclusion sebelum aku sempat menyudahkan cerita. Biasala... doktor kerajaan memang mcm ni. Aku balik dengan pil ponstant - tertulis di situ jenis penyakit "migrain". Mudahnya jadi doktor. Aku pun layak jadi doktor kerajaan mcm ni.

Teringat kata2 Dr. Phang (Pantai Medical Centre), "You tak boleh ambil lagi Ibuprofin, Panadol, Ponstant or any type of pain killer anymore. Otherwise when you go for 2nd operation, u'll awake in the middle of operation because u r started to immune with drugs." Scary!! Aku tak sanggup terjaga dan ternampak perut aku sedang dibedah dan mati terkejut. Oh No! Maka aku buang ponstant yang diberi. Andy bercadang kami balik semula ke KL dan aku akan dihantar ke hospital pakar di Klang atau Shah Alam. Aku pula memutuskan... sudahkan raya pertama di Tg Malim dulu, nanti balik baru ke hospital. Keputusan muktamad aku diterima walaupun berat. Kalau ini syawal terakhir... biar aku raikan dengan tenang dulu di sini.

Esoknya sehari sebelum raya, aku diserang lagi sakit kepala. Tapi kali ni penglihatan aku bukan kabur mcm semalam sebaliknya ada black shadow yang tebal di kiri kanan penglihatan menjadikan aku nampak benda yang limited to things that exactly infront of me.. 180 degree. 90 degree confirm tak nampak. Ketika kejadian aku sedang berjalan ngan mertua kat pasar Tanjung Malim yang sesak. Tak ke cuak??

Malamnya sekali lagi aku diserang sakit kepala yang amat sangat sehingga setiap kali aku tunduk aku merasakan otak aku bergolek2 jatuh ke kepala. Akhirnya aku duduk di beranda luar memandang langit yang penuh dengan bunga api dengan background music takbir raya (sentimental sungguh, tak caya cuba kowang try) dan aku mula berdoa... "Ya Allah... andai ini petanda Syawal terakhir untuk aku, permudahkanlah segalanya untuk aku. Apa pun takdirmu aku redha, moga dbekalkan kekuatan yang luar biasa untuk aku."

Pagi Raya kedua aku pulang ke Klang. Perjalanan balik ke klang aku diserang sakit kepala seperti dicucuk jarum di belakang tengkuk sehingga menyebabkan aku muntah2 di pertengahan jalan (perut tidak kosong kerana sebelum bertolak sudah sarapan dulu di Tg Malim).... dan ketika aku menaip ni di pagi raya ketiga... aku masih belum ke hospital lagi kerana terlalu takut dengan keputusan yang aku mungkin tak mahu dengar. Teringat kejadian2 aneh sblm raya dulu. Andy diserang rasa tak sedap hati seminggu sebelum raya. Kerap termenung dan asyik bercakap "sy rasa tak sedap hati". Bila balik ke Tg Malim mak mertua plak asyik termenung, dia kata... "mak rasa tak sedap hati la raya kali ni. Mcm seolah2 raya tahun depan kita akan kekurangan seorang lagi ahli keluarga." Dan... setelah difikirkan aku mula bertanya, adakah aku pilihanMU kali ni Ya Allah? Adakah ini syawal terakhir untuk aku?......

4 comments:

ieja said...

vic... jgn pk bukan2 ye.. kita sama2 berdoa..semoga ko cepat sembuh..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Thanks ieja... InsyaAllah.. aku pun berharap semuanya ok. Wat masa ni lum pi jumpa doktor lagi.. rasa tak sedap hati plak. Kalo kena attack lagi.. insyaAllah akan terus pergi.

GhostMcee said...

salam...kak diana xpenah gna ap2 ubt k? klu x,sya cdng kn ubt qurrotaini,ubat pencuci mata...bca la info dye kat www.qurrotaini.com.my

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.