Tuesday, August 18, 2009

Get Well Soon Bakh~!

Isnin, 17 Ogos 2009 : Managing Director (MD) Endoit Photography telah dimasukkan ke hospital rahsia bagi menjalani pembedahan rahsia. Pembedahan itu berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira sejam.

Walaubagaimanapun, dalam sidang akhbar yang berlangsung di hospital rahsia tersebut Ahli Majlis Tertinggi Endoit Photography di sini menegaskan segalanya berada di dalam keadaan stabil dan pemegang saham tidak perlu khuatir dengan keadaan ini memandangkan ianya amat terkawal. Audit telah dijalankan ke atas MD Endoit Photography dan mereka telah mengesahkan bahawa setiap organ yang kelihatan dan tidak kelihatan masih berada di kedudukan asal seperti yang sepatutnya. "Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan", begitulah menurut beliau dalam keadaan tersengih-sengih. Sehubungan itu, beliau juga meminta pemegang saham agar tidak mendengar spekulasi yang tidak berasas mengenai syarikat atau kesihatan beliau.

Beliau dijangka akan dibenarkan pulang pada hari rabu ini. Sekian, saya Diana Kapal dan Sink melaporkan dari bilik berita Endoit Photography.



No comments: