Wednesday, August 19, 2009

Crocs Oh Crocs

Saturday, 22 Aug 2009

Pukul 5 sementara menunggu waktu berbuka, Aku ajak adik aku ke Aeon Bkt Tinggi. Tujuannya satu. Mahu beli sandal Crocs. Sampai di sana aku terus mengambil Crocs yang memang dah aku target dari awal, theme Hello Kitty. Harganya cuma RM129. Tak le semahal Scholl. Kira kalau jd angkat, budget kasut raya tahun ni lebih murah dari tahun lepas. Bagus tu.

Dengan bangganya aku mentry la kasut yang aku dah aim tu. Tanya pendapat adik aku. Berat je mulut dia nak menjawab. Dia tanya aku balik "Along rasa cantik ke kasut ni?" Aku pun tak dapat nak jawab. Jujurnya mmg hodoh dan tak cantik. Nampak kembang semangkuk dan mcm kaki aku cacat. Aku diam tak jawab apa2. Adik aku kata... "Ija tatau kenapa Along nak beli sangat selipar ni. Tak cantik langsung design dia."
Pelan2 aku letak balik kasut tu kat tempat asal. Went back home empty handed. Sepanjang perjalanan ke tempat parking kereta aku mula berfikir....

'Dari dulu aku memang benci betul tgk kasut Crocs, selalu aku mengutuk design dia yang hodoh tu. Tapi bila tgk kawan2 sibuk bercakap ttg Crocs. Internet Crocs, Magazine Crocs... aku cuba mengenali icon fashion / trend yang mula memonopoli dunia ini secara lebih positif...
Hakikatnya aku mula menyedari.... aku hanya ingin memilikinya bukan kerana aku sukakan dia... tp kerana aku tak mahu ketinggalan untuk memilikinya... sedangkan aku amat sedar ttg betapa hodohnya Crocs itu.... maka aku memutuskan... kenapa aku mesti membelinya?
AKU TAKKAN MENJADI MANUSIA YANG KETINGGALAN ZAMAN WALAUPUN TIDAK MEMILIKI CROCS.... '

Aku mengaku kalah jugak pada Andy akhirnya...... daulat.... daulat.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, 19 Aug 2009

Adat la tu, puasa belum lagi orang dah sibuk fikir pasal raya. Akulah antara salah seorang daripadanya. Malam tadi ketika sibuk mengemas rumah dengan Andy aku telah meluahkan keinginan aku untuk membeli kasut raya.... dan seperti yang dijangka.....

Andy : Kasut lagi??? Awak bukak almari kasut tu. Cuba awak tengok boleh isi lagi tak kasut dalam tu?
Aku: Ala.... kasut yang lama2 tu kita buang la... tak pun sedekah kat orang susah.
Andy: Semua kasut2 tu baru lagi. Tak sampai setahun. Kasut lama awak dah buang hari tu.
Aku: (cebik bibir) satu je... untuk tahun ni..
Andy: (membuka almari kasut, keluarkan semua kasut2 aku)

Yer.... betul kata Andy... dari raya tahun lepas sampai hari ni... aku telah membeli 6 kasut Scholl (termasuk 1 high heel), 2 Hush Puppies dan 1 Edward Forrer. Menjadikan jumlah keseluruhan kasut aku 9 pasang tidak termasuk selipar dan kasut sukan.... ada yang dh penyek sebab kena timpa ngan kasut lain pasal tak cukup tempat.

Aku buat muka seposen... terkebil-kebil...
Aku: Saya ingat nak beli kasut Crocs tahun ni.
Andy: Apa???? Crocs? Jangan nak mengada. Kasut rupa cam plastik hodoh tu takkan nak pakai buat raya? Pergi basuh semua kasut awak ni. 10 kali lebih cantik dari Crocs tu.
(ada ayat tambahan yang aku lupa nak bubuh tadi). Crocs konon. Kasut rupa macam orang nak motong getah je. Elok balik kampung, abah suh awak noreh getah pakai kasut tu.
Sabo je la

Uwaaaaaaaaaaaaaaa...... salah ke kalau aku nak beli kasut Crocs? Salah ke??????


4 comments:

ieja said...

vic.. andy gurau je kot.. mana ade en ishak motong getah dah..:)hehe..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

hahahahhaha...
ala... ko bukan tak kenal pak mertua aku tu... kang dio nampak kasut aku... mula lah dia cakap... "apa jenis selipar ko pakai ni Na? Mcam orang nak motong gotah jo"... ayat dia biasanya sama je ngan ayat Andy... Like father like son.

-inay- said...

jgn la beli yg gemuk mcm gajah tuh....beli yg mcm kasot ballerina tuh...by d way...kt mines ade crocs outlet...kire mcm yg off season punye...half price je...checkitout

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

oh beet... kau membuatkan aku kembali berfikir ttg Crocs... MINES... here I come.