Thursday, July 09, 2009

Teater Perdana: Intan Yang Tercanai

Akhirnya impian aku untuk melihat teater sekian lama termakbul juga. Intan Yang Tercanai karya Sasterawan Negara Noordin Hassan dan diarahkan oleh A. Wahab Hamzah menjadi teater pertama yang aku tonton secara eksklusif di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Walaupun ini merupakan tayangan hari pertama teater tersebut dan dibuat pada hari rabu malam khamis namun ramai peminat teater yang berpusu-pusu untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan teater ulung dari DBP bagi tahun 2009. Penuh satu dewan. Sangat memberangsangkan. Siapa kata peminat teater sudah lupus tenggelam dek zaman?Permulaan cerita dibuka dengan tayangan pemandangan Kota Suci Mekah. Kemudian lagu "lambaian Kaabah - labaikallah hum malabaik" dinyanyikan berulang-ulang. Sayunya hati. Hiba. tak tahulah kenapa...
Pelakon utama teater ini merupakan seorang berbangsa Cindian. Walaupun pengalamannya dalam bidang teater masih baru tapi dia berjaya menjiwai watak Daniel dengan baik sampai Andy kata "Saya rasa macam watak Daniel tu meresap dalam jiwa saya." Pergh... suamiku sudah menjadi seorang puitis.
Penampilan istimewa malam itu ialah Norzizi Zulkifli, Juhara Ayub dan Ogy Ahmad Daud.

Beruntungnya aku ngan Andy. Ogy berdiri betul depan aku dan Andy - ntah muncul dari mana dalam gelap alih-alih dah ada sebelah Andy. Nyaris si Andy nak melatah. Sampai urut-urut dada. Jarak aku dengan kak Ogy yang hanya 1 meter tu membolehkan aku mengambil gambarnya puas-puas. Lakonan Kak Ogy memang mantap!

Inilah barisan pelakon Intan Yang Tercanai.
Sejujurnya penghargaan paling besar aku tujukan bukan sahaja buat pengarahnya dan karyawannya tetapi juga kepada suara latar yang membuatkan ratusan penonton terpesona. Mereka mendapat tepukan paling gemuruh malam tu. Nyanyian dan muzik yang dialunkan betul-betul menusuk ke hati. Rasa menyesal tak merakamkan suara mereka. Hampir-hampir aku menitiskan airmata. Terlalu harmoni dan merdu. Setelah habis teater baru aku tahu rupanya mereka merupakan pelajar-pelajar UiTM - produk UiTM mmg superb~!!
Lepas penat menonton teater, aku dan Andy menjamu selera di 222, PJ. Tempat kegemaran - Nasi lemak daun pisang! Hehehehe
NOTA KAKI: Teringat masa zaman sekolah menengah ketika aku berlakon teater 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang', aku memegang watak Dang Anum yang mengandung mengidamkan buah nangka kepunyaan sultan. Masa diheret, ditarik dan dihempas oleh hulubalang istana, kain batik yang aku pakai terselak sampai ke peha. Apalagi? Babak tu mendapat sorakan kuat la dari murid-murid lain. Malu nyerrrrrrr..... tapi tetap buat-buat selamba. Sampai cikgu perli "ada babak 18sx pulak".

No comments: