Tuesday, July 28, 2009

Kisah yang masih panjang....

Takde idea pun nak update blog sebenarnya. Tapi masa yang terluang berlebih-lebihan ni terasa rugi dibazirkan begitu saja. Lalu aku berfikir... mungkin harus ku kongsi sesuatu dengan dia.. Entahlah... harapnya blogspot ni takkan ditutup sampai bila-bila sebab tulisan2 ni adalah untuk dia... mengenali siapa aku, mommy nya.... sejak dari usiaku 25 tahun...Sabtu ahad selain ke pesta buku PKNS, berjalan2 di Kg Baru, Pergi Fun Fair main BINGO, makan 6 jenis kek secret recipe dan Shopping di JUSCO, aku telah mengambil kesempatan menemani Andy membersihkan kolam ikan. Biasanya aku tak tolong.. sekadar tolong tengok je. Tapi pagi ahad tu masa tengok kolam kura2 aku yang kering dan berlumut, terasa nak bersihkan sendiri pulak.. Kesian kura2 aku.. dowang ni melebih2kan ikan... sampai kura2 aku terseksa. Rupanya seronok rasa dapat bersihkan sendiri kolam kura2 tu... terasa puas... Kura2 matahari tu pun dah besar betul... lari laju.. tak padan dengan nama kura2.. langsung tak takut org. Oh... 3 bulan lepas Andy ada bawak sekor kura2 hitam yang baru melintas jalan raya balik ke rumah.. so aku kawankan dia ngan kura2 aku... skang dia 2 ekor tu dh kira besh friend la..
Isnin... ada audit arini. Mr Ricky ckp giliran aku pukul 2 petang. Tiba-tiba Ija call pukul 10.30 pagi suh aku cuti. Mana bleh! aku kan audit kul 2. Dia paksa juga nak bawak aku jumpa Pakar Gine kat Pantai Medical Centre (Klang). Ni mesti lepas dia dengar cerita dari mak pasal aku. Beriya2 dia bawak aku arini jugak. Aku minta permission kuar dari bos. Jumpa dowang kat Pantai MC. Doktor yang sangat baik, Dr Phang namanya, perempuan cina yang kecil molek. Hasil ujian ultrasound... biarlah rahsia untuk mereka... tp kamu pasti tahu. Sedas injection ku terima pada hari tu membuatkan sampai pagi ni pun aku masih duduk senget.

Mujurlah masa balik ke ofis kerja bertimbun ditambah dengan debaran nak audit, jadi aku kehilangan masa untuk menangis. Nangis? Aku belum nangis lagi... mungkin sbb aku sudah ada kekuatan yang baru... cuma kadang2 airmata mengalir bila bercerita sama kengkawan... tp.. sebenarnya aku takde hati nak nangis pun. Untuk adik aku, Ija (I know u'll read this) thanks for everything. Termasuk bil hospital tu. You're the best sister in the world... dan yang paling bertuah di dunia kerana melahirkan perempuan tercomel dan tercantik permata hatiku. Kamu kekuatan mommy... terima kasih.... sebab beri mommy kekuatan ni.

No comments: