Saturday, July 25, 2009

I am a parent for them...

Sebulan lepas Mr Ricky (HR Manager aku) ada menyuruh aku join satu forum HR kat satu laman web popular kat Malaysia ni. Katanya... aku akan mengetahui banyak perkara kalau aku join forum tu. Susah juga nak jadi member forum tu rupanya. Aku perlu di'rectify' sebagai HR dulu sebelum di 'approve'kan untuk join forum tu. Seminggu lebih baru dapat approval. Minggu2 berikutnya inbox aku dilambakkan dengan emel2 mengenai permasalahan HR dan jawapan2 dari rakan2 HR seMalaysia yang lain. Kerana terlalu banyak aku cuma take a glance to a few interesting topic and delete the rest.

But last Friday, sesudah sehari suntuk aku menyiapkan ISO report bagi persedian ISO audit Isnin ni, aku mula mengemaskinikan inbox aku yang terlampau penuh. Tertarik dengan satu artikel dari seorang HR... katanya... lebih kurang gini...
"I hate to be a HR. I don't know to communicate and deal with employees that I think have thousands of attitudes. Sometimes I wish this all only a dream. I don't want to be a HR... and being a HR is like a nightmare to me..."
Tersenyum aku baca komen ni. Maybe I'm in the same ship with her. Aku pernah berdoa pada Tuhan, kalau la aku dilahirkan sekali lagi... aku tak mahu jadi seorang HR. Hahahah... dilahirkan sekali lagi.. gila.. ingat ini karma ke? Tapi pokoknya, betapa bencinya aku menjadi seorang HR sehingga aku tak mahu jadi HR kalau dihidupkan kembali.

Aku tak berhenti di situ, aku terus buka emel yang kemudiannya. Seorang HR Personnel lelaki yang amat aku kagumi hasil komen2nya sebelum ini menjawab... katanya lebih kurang gini...
"Don't hate to be a HR. We should proud to be the most important department in every organisation. No matter in what industry you are; there's must be a HR. We are like the parents to our employees. Whatever difficulties and problems they are facing related to their job; the first thing they will look for is a HR. We are the selected person to take this responsibilities and we should proud to be the one who will stand for the company and take care of the employees. We are the parents for our employees."

Hasil dari komen ini, aku telah berfikir sepanjang perjalanan memandu dari ofis ke klang. Betul juga kan.. HR tu ialah ibubapa kepada pekerja2 sesuatu syarikat. Apa pun masalah yang timbul, gaji terkurang, sakit tak datang kerja, nak claim SOCSO, nak bayar EPF lebih/ kurang, masalah dengan H.O.D, nak mintak kerja, nak berhenti kerja, nak mintak transfer, whatever yg related to their work, mereka akan cari HR department. Sama mcm kita manusia, bila kita ada masalah besar berkaitan soal hidup kita, kita akan ingat parents kita sebagai orang yang pertama (kalau kowang ingat awek/ pakwe sbg yg pertama.... maknanya i know what type of family b/ground u have). Sebagai parents bila anak nakal, kita tegur, kita marah, kita pukul... kalau sampai tahap conteng arang kat muka family, kita halau dia keluar rumah. Macam tu la HR, kita bagi amaran lisan, amaran bertulis, gantung kerja jika perlu... kalau dah teruk sangat, kita buang dia kerja.

Sebagai ibu bapa yang baik juga, kita akan sediakan makan pakai (salary/gaji) yang cukup untuk anak2. Bila berkemampuan kita bagi dia kemudahan, belikan basikal (co. car/transportation / bas kilang) ke.. supaya senang dia nak pergi sekolah. Nak pergi sendiri? Nah, ambik duit ni.. buat tambang bas (transport allowance). Tak pandai? Hantar kelas tambahan atau tuisyen (training). Sakit? Pergi klinik (panel klinik) kalau sampai teruk.. masukkan ke hospital (hospitalisation insurance). Kalau ditakdirkan tak panjang umur, dapatkan gratitude (Life Insurance dan SOCSO). Duit makan hari2 (coupon/meal allowance) jangan lupa, nanti lapar kat sekolah. Kalau periksa (performance) bagus, parents akan bagi hadiah (bonus/ increment). Bila anak kita nak kahwin dan pindah rumah, kita iringi dia dengan doa agar berjaya, kalau perlu bekalkan dia 'something' untuk dia meneruskan hidup di tempat orang. (acceptance of resignation letter and support letter, compensation, gratuity, annual leave reimbursement, farewell party ke).

Makanya... aku walaupun isnin ini aku akan dibebani dengan kerja yang bertimbun. Perlu Update employees attendance untuk salary preparation dan juga training auditing, aku tidak akan marah dan benci dengan kerja tu lagi kerana.... aku adalah ibubapa kepada pekerja2 aku dan sebagai ibubapa... we never moaning when raising up our children.

No comments: