Tuesday, June 09, 2009

Weekend in Tg Malim

Tak ada apa yang lebih menyeronokkan weekend lepas selain balik Tg Malim ketika semua adik beradik Andy ada kat sana especially Abg Din. Weekend aku penuh dengan gelak ketawa sampai aku lupa semua stress dan tension yang aku kendong ke hulu ke hilir selama ni. Bagusnya kali ni balik takde sorang pun yang komplen aku gemuk. Habis2 pun "Kurus sikit Diana skang. Sebab sakit ke?" Iye la tu sebab sakit. Macam nak mati aku diet! Malam tu masing2 tidur lewat pasal dok bersembang 2 bulan lebih punya cerita kat mak abah. Happy betul abah anak bongsu dia balik sampai siap berguling-guling dengan Andy menggeletek diri masing2.

Esoknya lepas pergi pasar dan masak... kami ke bawah ni... aktiviti yang sukar dilepaskan!
Abg Din & Andy

Aku, Abg Din & Syafiq

Abg Din dan aksi "merogol" Kak Lah (isterinya)

Abg Din dengan aksi "dirogol" Kak Lah

Malam tu kami bakar BBQ. Oh... elok je ayam masak masing2 meratah tak hengat. Hehehe... tapi tu la yang menambahkan keceriaan dan kenikmatannya. Lepas puas berBBQ kami tengok movie "Jangan Tegur" ramai2... Tiap kali hantu kuar... tiap kali tu la kami jerit ramai2.. Dah ar tu.. banyak kali plak hantu tu kuar. Sabo je.
Aksi pro membakar ayam BBQ

Aku dan anak-anak saudaraku..

Kebetulan pulak minggu ni Ajid ngan Mak Kecik bertunang. Ajid ni kawan baik Andy dari kecik, sampai dah tua ni pun still rapat jugak, cumanya tempat kerja jauh2... jadi jarang2 jumpa. Tapi still calling2. Bakal tunang Ajid pun bukan orang lain. Jiran sekampung. Selang 2 buah rumah je dari rumah Ajid. Kawan2 Andy semuanya kawan2 aku... so Ajid ngan Mak Kecik pun kawan aku jugak. Quite close la dengan diorang.
Ajid yang sedang memeluk Anak saudaranya yang berkebaya hitam.

Inilah Mak Kecik (nama panggilan). Nama dia sama ngan nama panggilan adik aku sebenarnya.

Lepas majlis mak kecik, mak abah bawak aku ke Trolak untuk berubat. Jauhnya perjalanan. Sampai kat rumah pengamal perubatan tradisional tu kena ambik nombor pulak. Ramai betul yang datang berubat dengan dia. Ada yang dari pahang, Utara, Selatan, Pantai Timur. Famous tul Tok Dukun ni. Dekat 2 jam jugak la menunggu giliran. Bila tiba giliran aku, mak mertua aku pun menerangkan la serba sedikit ttg sakit aku dan aku menyampuk ketika perlu. Keputusan dari ultrasound dan pandangan pengamal perubatan yang lain, aku tak cerita la. Lalu Tok Moh mengambil motol mineral yang aku bawa dan mula membaca "Laqad Ja'akum". Tiba2 aku teringat mak. Mak selalu bacakan doa ni untuk aku. Aku sakit, aku sedih atau bila dia rasa tak sedap hati... dia akan cepat2 baca doa ni.

Tiba-tiba Tok Dukun kata... "saya tak nampak apa2, gelap, hitam". Ya Allah... kenapa la beginning dia semuanya mesti sama dengan jawapan doktor dan tukang dan urut yang pernah aku jumpa. Dia minta aku masuk ke dalam dan baring. Mak mertua aku setia meneman aku kat sebelah dan ketika sesi pengubatan, keyakinan aku yang 50-50 tadi menjadi 100% bila dia tepat2 menunjukkan bahagian perut aku yang bermasalah sama seperti tukang urut dan doktor katakan. Penerangannya ttg sakit aku juga jitu, takde kena mengena dengan buatan orang atau makhluk halus, ia adalah sakit yang berakar sama seperti barah dan cara mengubatinya dengan membunuh akar tersebut. Operation yang aku jalani sebelum ini dianggap hanya sekadar membuang lapisan luaran sedangkan akarnya masih kuat tertanam dan akan terus bercambah dan membesar.

Deskripsi ttg keadaan organ dalaman aku seterusnya hanyalah yang meruntun hati. Katanya lagi seandainya usaha terakhir ini gagal, aku harus pasrah, sabar dan redha kerana keadaan aku kini di stage yang agak kritikal. Usaha terakhir itu ialah bawakan "Cendawan Susu Rimau" yang hanya boleh didapati di kaki gunung Cameron Highland. Puas aku surf di internet ttg cendawan ni dan benar ia hanya boleh di dapati di kawasan Lata Iskandar Cameron Highland dan perlu dibeli dengan orang Asli di kawasan tu. Memandangkan ianya agak sukar di dapati, harganya sangat mahal dan adakalanya memerlukan tawaran yang hebat sebelum orang Asli tersebut sudi untuk menjualkannya kepada kita. Lagipun orang Asli di situ amat arif dengan kehebatan Cendawan Susu Rimau dan mereka berani "demand" ttgnya. Sudah 2 hari dan belum ada cerita yang gembira disampaikan kepada aku. Hanyalah kata-kata yang mendukacitakan. Minggu depan aku mesti ke Trolak dengan cendawan tu. Aku tak boleh lewat. Aku tak punya masa... atau aku perlu pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya.

2 comments:

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

Anonymous said...

sorry bleh tumpang tanye..bleh gtau spesific area kat lata iskandar 2? sy sdg mencari cndawan susu rimau tok perubatan. berapa harga yg diorg jual?