Wednesday, May 20, 2009

Surat Untuk Tun Dr Mahathir

*Posting Telah diupdate pada 22/05/09 pukul 8.30a.m.* Scroll down *

Assalamualaikum Tun,

Tun, saya tak tahu bagaiman caranya saya boleh meluahkan apa yang terbuku di hati saya ini kepada Tun. Tiba-tiba saya teringat beberapa bulan dulu saya pernah terbuka laman web Tun, maka saya fikir ini mungkin medium terbaik untuk saya meluahkan isi hati kepada Tun.

Sebulan yang lalu saya telah pergi ke Pulau Langkawi. Pulau yang satu ketikanya di zaman pentadbiran Tun merupakan pulau tumpuan yang sangat gemilang dan berkembang pesat. Pada ketika percutian saya dan keluarga ke sana, bukanlah musim cuti sekolah tetapi masih pada hari minggu. Hakikatnya, Pulau Langkawi itu memang tidak sehebat pada zaman pentadbiran Tun. Ia bukanlah satu pulau bebas cukai yang digilai lagi. Kedai-kedai coklat dan beg di situ sungguh sayu sehingga jumlah manusia hanya boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja.

Ketika saya dan keluarga pergi ke kilang pembuatan gamat yang paling popular di Langkawi (Jenama yang telah menembusi pasaran dunia), peniaga di situ mengakui bahawa Langkawi tidak lagi menjadi tumpuan seperti zaman pentadbiran Tun. Katanya, kebanyakan pengusaha industri gamat semuanya berpendapat begitu. Perusahaan merosot dengan teruk malah jumlah pelancong yang sedikit terpaksa dikongsi dengan pengusaha gamat yang terlalu ramai. Akibatnya banyaklah perusahaan gamat ditutup yang tinggal hanya kedai dan papan tanda yang lusuh bersepah di tepi jalan.

Tun masih ingat The Datai dan The Andaman? Dua resort di Teluk Datai paling mewah di Langkawi. Kalau Tun pergi ke sana hari ini, Tun dapat lihat betapa sedihnya keadaan kedua-dua resort mewah tersebut. Jalan masuk ditumbuhi lalang setinggi manusia, rumah pengawal keselamatan ditumbuhi semak dan pokok menjalar, tak ubah seperti kawasan tinggal. Hakikatnya kedua-dua resort tersebut masih beroperasi ibarat Hidup Segan, Mati Tak Mahu. Saya sempat bersembang dengan penyambut tetamu, mereka mengatakan tempat mereka telah jatuh seiring dengan pengunduran Tun.

Tun masih ingat Air Terjun Langkawi hasil Ilham Tun? Air terjun paling cantik dan saya pasti menelan kos yang amat tinggi untuk menghasilkannya. Air terjun itu telah lama kering, Tun. Batu-batunya telah pecah dan berlubang-lubang. Keadaannya sangat mendukacitakan. Kebetulan ketika saya dan keluarga meninjau keadaan di situ datang pelancong dari Holland sedang berbasikal berhenti untuk mengambil gambar. Katanya “I believe this waterfall must be very beautiful last time.” Dia bertanya lagi “What happen to this waterfall?” Kami tiada jawapan kenapa Pentadbiran Langkawi mengabaikannya. Kami tak tahu nak jawab apa. Mungkin Tun boleh terangkan.

Tun, saya berfikir kenapa setiap Perdana Menteri di Malaysia mempunyai agenda yang berbeza sehingga tidak mahu meneruskan kesinambungan yang baik dari Perdana Menteri terdahulu? Kami tak mengharapkan Pak Lah memajukan Langkawi seperti Tun, cukuplah sekadar memastikan kestabilan kemajuan itu berterusan. Cuma ‘Maintain’ kemajuan itu yang jelas-jelas telah menelan pelaburan yang bukan sedikit. Kini Dato’ Najib pula sebagai PM dan saya percaya dia juga mempunyai agenda yang berbeza dari Tun dan Pak Lah dan hasilnya setiap usaha dan kemajuan yang cuba diketengahkan oleh setiap PM, akhirnya habis sia-sia kerana tiada kesinambungan dari pemimpin seterusnya.

Tun,
Masalah ini mungkin hanya picisan dari beribu-ribu masalah yang terdapat di Malaysia, tapi ia cukup membuatkan saya berfikir… sampai bila Langkawi akan terus mati bersama pelaburan yang seandainya dijaga dari dulu akan memulangkan pulangan yang berlipat ganda hari ini.

Sekian. Assalamualaikum.
***********************************************************************************

Assalamualaikum Ayahanda Tun,

Maaf tun kalau komen saya lari dari tajuk.Saya sangatlah sedih apabila membaca komen dari saudari Diana berkenaan dengan Pulau Langkawi.Amatlah menyedihkan apabila terpaksa menerima hakikat bahawa pulau kebanggaan kita rakyat malaysia telah menjadi sesedih itu ... Apa yang menyebabkan pulau langkawi telah dipinggirkan dan dipandang sebelah mata sehingga menjadi sebegitu rupa pada waktu pemerintahan kerajaan terdahulu amatlah membingungkan kepala .... Apakah kerana marahkan Tun lalu pulau langkawi yang dianggap sebagai Pet Projek tun telah diabaikan ? Apakah tiada pertimbangan langsung terhadap masa depan penduduk2 di pulau langkawi ? apakah pulau langkawi sudah tidak lagi berkemampuan membawa keuntungan terhadap negara ? saya tidak fikir begitu .... jikalau alasan untuk meminggirkn pulau langkawi hanyalah kerana atas alasan peribadi maka jelaslah disini bagaimana jenis orangnya manusia yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ... dan sedikit rasa hormat saya yg masih ada padanya sebagai bekas perdana menteri negara kita secara rasmi pada hari ini HILANG SEPENUHNYA !!!! kami rakyat malaysia sangat2 tidak menyangka bahawa kami hampir saja menggadaikan masa depan negara kami ini apabila menyerahkannya pada manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi ... i have only one question to u sir ... how do u sleep at nite ?

***********************************************************************************
Tun,
Terima kasih. Walaupun Tun tidak menjawab soalan saya secara direct tapi saya tahu Tun cuba menyampaikan sesuatu kepada saya dan rakyat Malaysia amnya melalui posting Tun yang bertajuk "Mahathirism". Saya kira posting tersebut telah menjawab kenapa dan mengapa ianya terjadi.

Sekurang-kurangnya saya rasa lega daripada beratus-ratus email yang Tun terima, email dari saya mungkin telah mengembalikan ingatan Tun ketika zaman pentadbiran Tun dulu, Zaman Mahathirism. Saya tahu Tun takkan ada ganti tapi saya amat berharap salah seorang dari pemimpin kita hari ini bakal menerajui Malaysia sepertimana Tun dan seterusnya membawa Malaysia ke arah kegemilangan.

Hakikatnya, walau apa pun yang mereka tafsirkan, Mahathirsm telah membawa Malaysia ke tahap ini hari ini. Malaysia yang dulunya di tahap negara dunia ke-3 melonjak ke negara maju di bawah pemerintahan Tun dan kini Malaysia dicemburui oleh negara-negara membangun yang lain. Saya mendoakan moga Tun dan isteri sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. InsyaAllah.

3 comments:

Bakhtiar said...

fuyooohhh...hantar surat kat Tun Mahathir seee........

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Yer Bakh,
Tun kan idola aku..
Bapa permodenan...
Dulu kini dan selamanya
(eh... mcm motto UMNO je)
ekekekkekekek

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.