Friday, May 08, 2009

Sudah-sudahlah tu Pesimis!

Hari ini agak damai jugak rasanya. Fikiran tenang, tak sesak. Cuma pagi tadi digeramkan oleh emel berantai ttg hari ibu. Aku petik sket ayatnya ye...

3 - Semua sudah tersedia maklum, Hari Ibu ini berasal dari Barat (Kafir). Sejarah, asal usul dan latarbelakang perayaan ini jelas menunjukkan ia tidak sejalan malah bertentangan dengan Aqidah Islamiyah kerana ujudnya perkara2 yg membawa kepada syirik.
8 - Konklusinya, meraikan Hari Ibu adalah HARAM disisi Islam dan WAJIB mentaati, menghormati serta mendengar kata Ibu selagi ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Aku dah pernah perdebatkan hal ni dulu. Kali ni bila dapat emel mcm ni pagi tadi... terasa berdesing telinga aku (walaupun tak mendengar sekadar membaca). Kalau Hari Valentine dulu HARAM kerana kononnya mitos ttg paderi Valentine, pergaulan bebas sesama bukan muhrim whatsoever... kali ni apa pulak agendanya?

Apa yg haramnya ttg hari ibu? Apa yg haramnya kalau kita membelikan hadiah untuk dia pada hari ibu? Apa yg haramnya kalau aku ngan adik beradik aku merancang untuk membelikan kek, bawa dia makan kat restoran yang sedap, bagi sekeping kad yang ditandatangani oleh semua anak-anaknya dengan ucapan "Emaklah ibu yang terbaik di dunia." Apa yang berdosanya ttg hal itu??

Ini bukan soal hak ibu yang kita beri setahun sekali. Merepek. Ibu tetap ibu. Dia tetap berhak selagi hayatnya. Pada hari ibu kita bukan memberikan dia HAK! Sebaliknya kita meraikan dia sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga. Bayangkan anda seorang ibu. Suri rumah pulak tu, berhenti kerja semata-mata ingin memastikan anak-anak mendapat sentuhan tangan anda, supaya dia boleh hantar dan jemput anak ke sekolah. Supaya bila anak balik sekolah @ kerja mereka dapat makan air tangan anda sendiri. Tiba hari ibu, anak anda tak meraikan sbb anak anda anggap hari ibu HARAM! Anda tengok anak2 kawan anda bawa ibunya makan di hotel, ada yg anak2nya belikan kek, hadiah, kad. Ada yang bawak maknya pergi bercuti. Anda cuma duduk di rumah menjalani rutin harian, memasak, membasuh, mengemas. Terkilan tak anda? Besar lagi dosa seorang anak yang membuatkan ibunya terkilan! Ini baru betul HARAM!

Jangan diada-adakan perkara yang tidak ada. Jangan menunjuk2 Islam ni agama yang pelik, menyusahkan dan memeningkan kepala. Hakikatnya Islam tidak sebegitu kejam. Semuanya tak boleh, banyak pantang larang yang tak "reasonable" sehinggakan meraikan seorang ibu yang telah melahirkan, membesarkan dan mengasuh kita juga dikatakan haram? Adui melayu pesimis... janganlah menakutkan2 mereka yang bukan Islam. Islam tidak sekejam dan sesusah itu. Percayalah...

6 - Tiada satu pon perintah dari Allah Taala dan RasulNya yg berkait dgn Hari Ibu, Para Sahabat baginda juga tidak meraikannya.

Selepas ni Hari Guru juga haram. Hari Bapa juga Haram. Hari Jururawat Haram. Hari Setiausaha lagi haram. Hari Pekerja Haram (jangan cuti hari tu, tak boleh cuti, haram!) sebabnya.... semua hari-hari tu tak dirayakan oleh Rasullullah dan sahabatnya. Hari-hari tu semuanya international day... omputeh yang pilih.

Fikirlah.... kalau melayu ini terus di takuk ini. Kita tidak akan maju sampai bila2... Selamat Hari Ibu untuk semua ibu dan bakal ibu di dunia. Ketahuilah... anda sangat bertuah mempunyai seseorang yang memanggil anda ibu/emak/mommy/mama.... kerana ada orang lain yang langsung tak berpeluang untuk bergelar ibu.

No comments: