Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru, Cikgu-cikguku...

Tadi masa tgh drive nak balik, aku terdengar lagu rasmi GURU di hot.fm. Lagu tu disiarkan bersempena dengan hari guru 16 Mei. Tiba-tiba aku jadi sayu sangat. Aku teringat cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku khasnya ketika di sekolah menengah. Sungguh aku rindukan mereka.

Teringat masa menjejakkan kaki di tingkatan satu. Bukan main sedih lagi aku. Almaklumlah, sekolah ni bukan sekolah pilihan aku. Sekolah terlampau kemelayuan. Aku mahu ke sekolah Methodist atau Convent, malangnya dek kerana aku datang dari SRK Sek 17 Shah Alam. Aku tak punya kuasa untuk memilih – semuanya ditentukan oleh Jab. Pendidikan. Bergantung kepada “availability” sesuatu sekolah. Kononnya Methodist dan Convent penuh ketika itu.

Masa tingkatan 1, aku ditempatkan di kelas ke 8 dari 13 buah kelas. Sedih sungguh rankingnya, Punca? Sebab aku tidak hadir ujian penilaian penempatan kelas. Aku teringat Ustazah Kamariah, dialah yang bertanggung-jawab mengesan kelebihan aku. Dia yang mencadangkan aku dilantik menjadi pengawas. Aku memang sungguh2 sayang Ustazah Kamariah. Jadinya akulah muridnya yang pertama sekali berjaya menghabiskan hafalan PAFA.

Tingkatan 2, aku melompat jauh dari kelas ke-8 terus ke kelas pertama. Ketika ini aku mendapat surat dari Jabatan Pelajaran bahawa rayuan aku untuk ke Convent telah berjaya. Tapi aku sudah sayang sekolah ini dan guru-gurunya. Jadi, kenapa aku harus pergi? Maka, surat diabaikan. Puan Salmah guru tingkatan mula mengesan bahawa pengawas yang melompat jauh dari kelas ke-8 ini rupanya pandai mendeklamasikan sajak. Segalanya berpunca apabila aku memenangi pertandingan menulis sajak bertemakan sejarah. Ketika penyampaian hadiah aku diarahkan mendeklamasikan sajak aku di tapak perhimpunan di hadapan ratusan pelajar. Bakat dikesan. Makanya aku dihantar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan sajak.

Puan Norizan, guru penaung persatuan Kreatif dan Buletin sekolah pula mula mengesan bahawa aku berbakat dalam mencipta pantun. Akhirnya dia telah menghabiskan banyak masa membimbing aku bagaimana mencipta pantun yang berkualiti. Aku dihantar mewakili sekolah dalam pertandingan PESTA PANTUN anjuran Universiti Islam Antarabangsa. Pelajar sekolah menengah lawan mahasiswa mahasiswi universiti2 tempatan?? Ya… pelik tapi benar.

Pn Jamilah guru pengawas yang suka marah2. Walaupun dia suka marah2 tapi aku diberikan jawatan Setiausaha Pengawas yang meletakkan aku di antara 3 pelajar terpenting di sekolah – walaupun aku TIDAK hadir mesyuarat agong perlantikan EXCO!
Aku juga dipertanggungjawabkan membaca ikrar setiap kali perhimpunan sekolah.

Mungkin kerana kelantangan suaraku dan ketidakgugupan ketika membaca ikrar, Ustazah Rabiatun Adawiyah mula mengesan bakat aku dalam bidang pidato. Maka aku dihantar ke pertandingan pidato Puteri Islam Peringkat Daerah. Hanya memenangi tempat ke-4 membuatkan aku kecewa, aku mula mengasah kelancaran dan kepetahanku berkata-kata. Kemudian aku dihantar pula ke pertandingan pidato Piala Di Raja peringkat Negeri Selangor. Alhamdulillah, sekolah aku yang tak pernah menghantar wakil ke pertandingan pidato telah mula diberi perhatian. Aku dinobatkan diantara 10 pemidato terbaik negeri Selangor.

Cikgu Bahasa Melayu aku pula berpendapat, kalau aku boleh berpidato dengan baik, tentu aku juga boleh berbahas. Maka aku dan 2 lagi rakan dihantar mewakili sekolah ke pertandingan Perbahasan Peringkat Daerah. Alhamdulillah, aku dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik. Cikgu cukup gembira. Senyum sampai telinga.

Puan Beh Wai Ngoh, guru Bahasa Inggeris pula mula berfikir? Adakah aku cukup bagus untuk dihantar ke pertandingan Perbahasan Piala Tan Sri Dato’ Wira (Bahasa Inggeris). Di atas kepercayaan dan keyakinannya terhadap aku, sekolah sekali lagi mencuba nasib menghantar 3 orang pembahas. Sekali lagi aku dinobatkan Best Speaker. Syukur… syukur Alhamdulillah… kejayaan demi kejayaan..

Akhirnya setelah menamatkan tingkatan 5 dan mendapat tawaran ke UiTM Shah Alam, mak& ayah menerima kad undangan dari pihak sekolah bagi penyampaian hadiah. Aku juga. Pergi ke sana dalam keadaan terpinga-pinga. Hadiah apa yang aku menang pun tak dinyatakan. Rupa-rupanya kategori terakhir, sebelum majlis penutup. Piala Tokoh Pelajar tahun 1999. Mak dan ayah menangis dan aku gembira dengan airmata itu.

CIKGU, kalau tak kerana kalian, aku mungkin tidak seperti ini hari ini. Kalian yang menggilap aku dan jasa kalian akan ku kenang selagi hayatku dikandung badan. Selamat Hari Guru, Cikgu-cikguku…

1 comment:

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.