Thursday, May 14, 2009

Segalanya Kabur....

Andy balik lambat lagi. Entah ke berapa puluh kali dia balik lambat. Dah berapa kali jugak aku kena makan kat kedai sorang2. Tak terkira dengan sebelah tangan. Dulu selalu jugak aku bertekak ngan dia bila dia asyik2 balik lambat. Tapi dah lama aku berhenti membebel sebab aku mula menyedari bebelanku sikit pun tak mendatangkan kesan kepada dia. Balik2 urat tengkuk aku yang jadi tegang… dan aku migraine. Sudahnya aku tidak kuasa nak membebel lagi. Aku wat bodoh je skang. Lantak ar nak balik kul bape pun.

Rabu malam. Aku ke TESCO seorang diri. Teringat nak masak sup. Jadi aku ambik daging lembu, tulang dan ekor masuk dalam troli. Tiba-tiba teringat esok petang kelas yoga, tentu balik lewat, tak boleh nak masak. Jumaat malam dah tentu nak balik rumah mak. Bila masanya aku nak masak? Lalu aku letakkan balik daging, tulang dan ekor. Aku berpusing-pusing hampir sejam dalam TESCO dengan troli yang masih kosong. Aku mula berfikir, kenapa aku ke sini? Apa yang aku nak beli? Barang dapur? Aku dah laaamaaaa tak masak sebabnya untuk mengelakkan aku makan berlebihan. Aku terlalu suka masakan aku, jadi biasanya aku akan makan lebih dari 1 pinggan. Esok pagi nasi yang tak habis digoreng pulak untuk bekal sarapan pagi. Jadi untuk elakkan makan berlebihan atau pembaziran aku memutuskan tidak mahu masak lagi.

Bila sampai ke rumah, jam menunjukkan pukul 10 malam. Andy masih belum balik. Aku capai tuala mandi dan mula berfikir. Sebenarnya hidup aku kini pun sama seperti tadi. Aku sudah lupa tujuan hidup aku. Apa yang aku kejar dalam hidup ni. Hidup aku hari ni sama macam situasi aku menyorong troli TESCO tadi. Pusing2 tanpa arah, tanpa tujuan, kadang sumbat beberapa benda yang tak perlu ke dalam troli, berfikir, kemudian meletakkan kembali ke rak. Ya. Samalah hidup aku pada ketika ini. Aku sudah hilang arah sebenarnya. Impian hidup aku yang dulu amat jelas kini telah kabur. Aku berfikir lagi, betapa kesunyian boleh membuatkan aku berfikir sejauh ini. Bahayanya rasa sunyi. Patutlah ada orang sampai gila bila terlalu sunyi. Kalaulah Aliyah ada…. Tak mungkin aku akan sunyi macam ni.

Aku bermati-matian mencari penawar untuk hidup. Aku mahu hidup untuk apa? Aku bermati-matian berusaha untuk kurus. Aku kurus untuk apa? Untuk keyakinan diri la, kata satu suara. Keyakinan diri untuk apa? Untuk siapa? Bolehkah keyakinan diri yang tercalar ini dikembalikan? Kalau boleh ia kembali untuk apa? Untuk siapa? Aku sendiri pun dah terlupa impian aku. Segalanya kabur sama seperti aku menyorong troli yang kosong selama sejam. Akhirnya aku membeli beberapa bungkus biskut dan barang yang tak perlu. Hanya kerana tak mahu troli aku kosong. Hanya kerana untuk menyedapkan hati sendiri. At least “there is something” dan hakikatnya…. Hidup aku pun begitu…. “At least there is something, it is better than nothing.”

1 comment:

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.